Assalamualaikum..Salam
Ramadhan,selawat serta salam pada Junjungan Besar Nabi kita Nabi Muhammad SAW dan
kaum kerabat baginda..
Kita pun pasti merasainya.. bersediakah? |
Kita selalu
dengar ceramah ustaz yang pada bulan
Ramadhan terbukanya pintu syurga seluas2nya dan tertutupnya pintu neraka
serapat2nya.. namun kali ini CH mahu kongsikan satu kisah yang dipetik dalam
Kitab az-Zawajir fi-Iqtirafi al-Kabair, Ibnu Hajar yang menulis kisah ini,
iaitu kisah seksa kubur.
Kisah ini
adalah kisah Ibnu Hajar sendiri. Bermulanya kisahnya, Ibnu Hajar ini selalu ke
kubur ayahnya, untuk membaca al-Quran disisi kubur ayahnya. Pada suatu pagi
yang gelap selepas solat subuh iaitu pada sepuluh malam Ramadhan yang terakhir,
dan kemungkinan pada malam itu adalah lailatulqadar. Tak ada sesiapa pun selain dia dikawasan kubur tersebut.
Ketika dia
duduk dan mula membaca ayat2 al-Quran, tiba-tiba dia terdengar suara rintihan
yang mengejutkan “aah..aah… aahh..” dan
nadanya sangat memilukan.. Suara
tersebut datangnya dari kubur yang dibina dengan batu dan simen, berwarna putih bersih.
Dia
memberhentikan bacaan al-Quran dan mencari-cari mana datang suara tersebut.
Ternyata datangnya suara tersebut dari kubur tersebut. Penghuninya sedang
diseksa, ia mengaduh dengan suara rintihan yang sangat menyayatkan hati. Dia
sempat mendengar suara tersebut beberapa minit, dan apabila matahari mulai
terbit suara itu menghilang.
Tidak lama
kemudian, ada seorang lelaki melalui tempat itu, dia bertanyakan pada lelaki
tersebut.. “Maaf tuan, ini kubur siapa?”.. Lelaki itu pun menjawab.. “kubur si
Polan”. Nama yang disebut sangat dia kenali, dia pernah berjumpa denganya
ketika kecil dahulu. Allahyarham sangat rajin datang ke masjid, sentiasa
menjaga solat dan tidak banyak bercakap.
Dia sangat
hairan kerana allahyarham sangat soleh tetapi kenapa dia mendengar suaranya
merintih kerana diseksa didalam kubur. Dia bertanya kepada yang lebih mengenali
allahyarham.. rupanya allahyarham seorang
peniaga, dan ketika usia tua, dia mahu menambahkan sedikit harta kerana dia
tidak merasa cukup dengan harta yang dimilikinya. Lalu syaitan membisikkan
supaya dia melabur dalam riba supaya hartanya tidak berkurangan.
Ibnu Hajar
berkata:
“ Itulah
yang menyebabkan dirinya mendapat seksaan kubur walaupun di bulan Ramadhan, dan
pada malam lailatulqadar yang penuh rahmat”
p/s: CH Sharing
dari buku “Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia”.. muhasabah diri kita semua..
doakan semoga kita menjadi hamba Allah yang terbaik, dan ramadhan ini adalah
ramadhan yg lebih baik dari sebelumnya, dan doakan juga pada yang sudah tiada
supaya diberi kesejahteraan di alam sana. Wasalam sayang..
good sharing,
ReplyDeletethanks!
sama2 ^^
Deletesemua orang...
ReplyDeletesehari selangkah ke kubur.....
sehari semakin dekat ke kubur....
semalam sudah berlalu selangkah....
hari ini satu langkah lagi akan berlalu pergi....
esok satu langkah lagi akan mendekatkan kita dengan kematian....
dan begitulah seterusnya.....
entah berapa langkah lagi yang tinggal....
tiada siapa yang tahu......
termasuk diri kita sendiri......
oleh itu,bersiap sedialah untuk menuju ke dunia baru.....
iaitu alam barzakh.....
sekian.
Cinta sejati ku.ya allah ya tuhan ku.ku sedih jika ku telah lalai degan mu.
ReplyDelete