03 October 2013

of sos and kicap (part II)

*Baca part 1  

  Brr. Brr. Brr.

  Enset Azlan bergetar. Tanpa suara deringan. Dia sengaja letak mod senyap. Tak mahu di ganggu tidurnya di hujung minggu. Setelah 5 hari bergelumang dengan kuliah, pensyarah, test, quiz dan esaimen bagai. Hujung minggu merupakan heaven untuk Azlan. Sem ini dia ambil 20 kredit. Ada beberapa subjek sem lepas yang dia ulang semula untuk baiki pointer semasa. Dia ada dua sem berbaki sebelum tamat pengajian di unibersiti. Dan di hujung-hujung pengajian ini, semua semakin berat dan mencabar bagi Azlan.

  Malas-malas, Azlan capai enset atas meja. Ada mesej baru masuk. Daripada Hasnim. 
Assalam. Sobahul Khoir. Jom sarap kat Aminah sekarang. Lincah!
  Azlan baca sekali imbas. Kemudian dia letak semula enset ke atas meja. Azlan tarik selimut hingga melepasi kepalanya.
"Ah, malaslah."
  Azlan sedikit berbisik.  Dia cuba lelap lagi. Tidak lama kemudian, panggilan pula yang masuk. Azlan ambil semula enset. Hasnim lagi. Azlan tunggu sehingga panggilan itu tamat. Kemudian, Azlan matikan enset.
"Aman."
...

  Pukul 10.30 pagi akhirnya Azlan bangun. Betul-betul bangun. Dia sudah tidak mengantuk lagi.

  Sem ini Azlan tinggal bilik single. Tiada roomate. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, Azlan sentiasa duduk berdua. Walaupun dengan orang berlainan setiap tahun. Tahun ini, Azlan betul-betul mahu bersendirian. Terutamanya, bersendirian dari mereka. Hasnim dan yang lain.

  Azlan kuak jendela. Udara pagi segera menerpa masuk. Langit mendung pagi itu. Tak lama lagi pasti hujan.
"Hujan. Bosannya." 
  Azlan buka laptop atas meja. Connect wi fi. Log masuk mukabuku. Tengok notification. Ada 14 semuanya. Azlan teliti satu persatu. Hampir semuanya adalah request-request untuk bermain game 'Candy Crush'. Azlan langsung tak berminat. Tiba-tiba mata Azlan tertarik dengan satu notification.
Hasnim commented on a photo of you.
   Gambar lama di mukabuku. Gambar Azlan, Hasnim dan yang lain-lain. Dia masih ingat lagi cerita di sebalik gambar tersebut. Masa tu tahun satu. Ada iftar puasa sunat hari isnin, anjuran Persatuan Mukminin Mukminat kat unibersiti. Makan dalam talam. Entah macammana. Azlan, Hasnim, Syamsul, Aslam dan Amin masuk dalam talam yang sama. Talam kecil, tapi yang makannya 5 orang. Tak kenal pun antara mereka. Masing-masing ikut abang senior yang ajak pergi program iftar tu.

  Tapi, itulah kali pertama mereka berlima berkenalan. Antara mereka, fakulti dan kolej berlainan. Cuma Syamsul dan Hasnim yang sama kolej dan fakulti.

...


 "Weh, ada sos cili. Nak tambah tak? Sedap jugak ni dengan ayam madu."
  Aslam mencadang. Serentak antara Hasnim, Syamsul dan Amin menyahut.
"Bole. Bole."
  Azlan senyap. Dia tidak biasa makanan pedas. Walau cuma sedikit pun. Sos cili jauh sekali dalam menu hariannya. Entah kenapa, dia akan ke tandas dua tiga kali setiap kali menjamu makanan pedas. Dan mungkin pelik, dia lebih selera dengan kicap. Setiap kali makan, kicap tidak akan pernah dilupanya. Hatta, sekadar nasi putih dan kicap sudah cukup untuk Azlan tambah dua tiga kali.

  Kerana tidak mahu mengganggu selera kawan-kawan barunya, Azlan tidak membantah. Cuma, dia sangat memilih setiap kali menyuap makanan ke dalam mulut. Dia akan mengasingkan makanan yang terdedah dengan sos cili. Sehinggalah Syamsul perasan.
"Lan, ko tak makan pedas ke?"
"Err. A'ah."
  Azlan sengih-sengih.
"Laa, kenapa tak bagitau awal-awal. Dah nak habis kitorang makan."
  Dengan mulut penuh nasi, Hasnim mencelah.
"Eh, takpe. Takpe. Aku tak puasa pun sebenarnya. Korang makan la."
  Azlan mempelawa mereka meneruskan makan.
"Eh, aku pun tak puasa sebenarnnya."
"Yeke. Aku pun."
"Haha. Same la."
  Berturutan. Amin, Hasnim dan Syamsul mengaku tak puasa. Seterusnya, Aslam menambah.
"Apela korang ni. Orang datang sini nak buka puasa, bukan makan malam."
"Ko puasa ea?"
"Eh, taklah. Aku cuti. Haha."
  Berdekah ketawa antara mereka berlima. Nasib baik tak tersembur nasi.

...

  Azlan senyum sendiri mengenangkan peristiwa tahun lepas itu. Kesal pulak rasanya bila dia memilih untuk mengasingkan diri daripada mereka.

  Azlan baca komen terbaru yang ditulis Hasnim sejam lalu.
"Dua tiga botol sos, mana nak sama botol kicap."
  Azlan termenung sebentar membaca komen Hasnim. Komen terakhir dalam post berkenaan gambar itu adalah 2 tahun lepas. Dan kini, tiba-tiba masa seolah diputar kembali ke belakang. Terlalu banyak kisah disebalik barisan ayat ringkas itu. .

[to be continue, In Shaa Allah..]