“Laksamana Sunan.” Jeritan Kerang mengejutkan semua
penumpang dalam bas 2 tingkat itu.
“Kerang, bangun. Ko ngingau ae?”Lala,teman di sebelah Kerang
mengejutkan Kerang. Mata penumpang di
dalam bas tertumpu kepada mereka berdua.
Kerang membuka mata perlahan-lahan. Lala di sebelah pula
tidak habis-habis meminta maaf kepada penumpang lain yang asyik memandang
mereka.
“Aku ngingau ke?” Dengan suara serak-serak basah, Kerang
bertanya kepada Lala. Di mindanya masih
terbayang-bayang pertarungan antara Laksamana Sunan dan Hang Tuah.
“Ye la, cik adik oi. Tak nak semua orang pandang ko pula, tu
la, tido lagi lepas asar,” Lala membebel.
“Bukan aku sengaja nak tidur, tadi makan nasi lemak kot. Tu
yang ngantuk.” Kerang memberi alasan.
Sememangnya, perjalanan dari Pulau Pinang-Kedah-Shah
Alam cukup memenatkan badan beliau yang biasa dimanjakan.
“Ye la tu.Alasan. Success
people doesn’t make excuses.” Sambil bercakap, tangan Lala mencapai air
mineral dari beg lalu diberikan pada Kerang yang masih kelihatan lemah.
“By the way,
Laksamana Sunan tu siapa?Pakwe baru kau ae? Unik kot nama beliau.” Lala
menyambung perbualan. Kali ini, beliau mengambil pula laksa goreng yang baru
dibeli di Kedah tadi.
“Laksamana Sunan?” Kerang mengerutkan dahi. Fikirannya ligat
mencari pemilik nama tersebut. Macam pernah ku dengar, tapi di mana ye? Matanya
tertumpu pada novel Bagaikan Puteri, novel yang dibacanya sebelum terlelap
tadi.
“Oh, Laksamana Sunan! Ok,ok...hahaha..aku jerit nama
Laksamana Sunan ke tadi?Laksaman Sunan tu, watak dalam novel ni hah. ”Kerang menunjukkan
novel di tangannya kepada Lala.
“Pergh, dasyat gila kau. Menghayati watak sampai masuk dalam
mimpi,” Lala buat muka kagum. Tangannya pula masih ligat menyuap laksa goreng
ke mulut sendiri. Laksa goreng, only
available in Kedah.
“Entahlah, tapi aku rasa, watak Laksaman Sunan menarik.
Laksaman Sunan, seorang pahlawan yang meletakkan Allah di tempat paling tinggi.
Sedangkan, lawannya, Hang Tuah, meletakkan perintah sultan melaka yang paling
utama. Kedua-duanya sama hebat. Ko rasa, kalau depa bertarung, siapa yang akan
menang?”Kerang menimbulkan persoalan.
Lala yang sibuk menguyah laksa goreng terhenti seketika. Fikirannya
mencari jawapan.
“Hang Tuah la.Hang Tuah kan betul-betul wujud. Laksamana
Sunan tu, imiginasi Ramlee Awang Murshid semata-mata,”Lala memberikan jawapan.
“Tapikan, dalam novel ni, Hang Tuah lepaskan Laksamana
Sunan, walaupun arahan sebenar Sultan Melaka waktu tu adalah untuk pastikan
Laksamana Sunan terbunuh. Jadi, tak tahu siapa yang menang.” Kerang membuang
pandang ke luar. Di matanya, dia dapat membayangkan perasaan Hang Tuah menerima
arahan dari Sultan Melaka. Tiada kompromi apatah lagi tawar-menawar dalam menjalankan arahan Sultan Melaka.
“Jadi? Itukan imiginasi penulis je. Ramlee Awang Murshid kan
pandai buat novel thriller. Ko bacalah A.D.A.M. Seriously, best kot.”Lala
menyambung suapan laksa goreng. Laksa goreng-simple, tapi sedap.
“Yup, A.D.A.M memang best. Tapi, bukan itu yang aku nak tekankan kat sini.” Kerang memandang
Lala. Mukanya serius.
“Okey, apa yang ko nak tekankan sebenarnya?” Lala
menghabiskan suapannya yang terakhir. Alhamdulillah, rezeki Allah, sedap
sungguh.
“Masa Laksamana Sunan dan Hang Tuah bertarung kan, Laksaman
Sunan sempat lagi berdakwah pada Hang Tuah. Sempat lagi doakan kesejahteraan
Hang Tuah. Sempat lagi minta kebenaran Hang Tuah untuk solat. Dan, yang paling
aku kagum, sempat lagi ajak Hang Tuah solat berjemaah dengan beliau.Nampak tak
mesej yang cuba disampaikan kat sini?” Kerang bertanya. Nadanya serius.
“Berdakwah sehingga ke hujung nyawa?” Lala cuba menjawab.
Tangannya kini mencapai keropok yang dibeli semasa mereka berada di Pulau
Pinang.
“Yea! Lala pandai. Betul. Tapi, bukan itu je, kerana kagum
dengan akhlak dan keperibadian Laksamana Sunan, maka Hang Tuah pun berhelah
dengan Sultan dengan mengatakan yang Laksamana Sunan tewas dalam pertarungan
tu.” Kerang telan air liur.Tangannya membuka novel yang selama ini dipegangnya.
Matanya kini terarah pada novel tersebut.
“ Pendapat aku kan, dari novel ni kita boleh nampak beza
jadi seorang Melayu dan jadi orang Islam. Hang Tuah, seorang Melayu yang
popular dengan ungkapan ‘Takkan Melayu hilang di dunia’. Bahkan, kerana adat
seorang Melayu-perlu patuh pada perintah sultan-Hang Tuah sanggup membunuh
sahabatnya sendiri iaitu Hang Jebat. Berbeza dengan menjadi seorang Islam macam
Laksaman Sunan. Laksamana Sunan, walaupun berasal dari Tanah Melayu, namun atas
dasar kefahaman terhadap agama, sanggup berjuang mempertahankan Aceh dari
dikuasai Ratu Sulaman, si penyembah berhala. Setiap perlawanan Laksaman Sunan
pasti dengan perasaan yakin dan kebergantungan dirinya yang tinggi kepada
Allah. Sampaikan kata-kata Laksamana Sunan ‘Sebagai manusia..aku sayang padamu’
sangat terkesan di hati Ratu Sulaman,”
Kerang
menyambung hujahnya. Matanya kembali ditumpukan kepada teman di sebelah.
Bibirnya mengukir senyuman melihat Lala tertidur dengan keropok di tangan.
“Lala, Lala, aku memang suka cerita bed time story kat kau, kan?” Kerang bermonolog seorang. Tangannya
mengambil keropok di tangan Lala lalu disimpan di dalam beg. Telinganya setia
menghayati lagu “I Believe-R Kelly” yang dipasang di dalam bas.
I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly
I believe I can fly
I believe I can fly
Dalam hatinya, ditekatkan azam untuk menjadi seperti
Laksaman Sunan. Tegas dalam pegangan. Tenang dalam perbuatan. Taat arahan ibu
dan bapa. Bersungguh-sungguh dalam perjuangan. Dan yang paling bermakna, mati
dalam khusnul khotimah.
“Awan..Kalau dapat kucapaiMaka saktilah hamba”-Laksamana Sunan-
Belum baca. Tapi, bnyk dengar desas desus tentangnya.
ReplyDeleteAwesome kata mereka.
Btw, Ramlee Awang Murshid meme best.
Hatiku di Harajuku, satu2nya novel beliau yg saya baca stkt ne.
Cool!