mana nak sama botol kicap.
...
Hari semakin menginjak matang. Pepohonan rendang berbaris rapi di tepi jalanan. Di celah daunnya yang hijau, cahaya matahari mengintip-ngintip masuk ke bilik melalui jendela. Seperti si dara yang malu-malu meng'usha' jejaka pujaannya yang sedang berjabat tangan dengan Tok Kadi di majlis akad nikah mereka. Eheh. Di bawah pohon, pegawai kebajikan masyarakat kawasan sedang rancak memulakan aktiviti kemasyarakatan, menghimpunkan semua daun-daun kerepot yang bertebaran di sekitar. Dilonggokkan di suatu kawasan sebelum dihantar ke Rumah Daun-daun Tua berdekatan.
Pagi itu, jalanan agak lengang, tiada bunyi jerit pekik enjin-enjin kenderaan yang tersiksa merana menjadi hamba kepada manusia-manusia. Hanya kereta-kereta pelbagai warna dan jenama yang kaku berparkingan di sepanjang bahu-bahu jalan. Sama ada kereta-kereta tersebut kehabisan minyak atau sekadar mahu dipamerkan, tidak dapat dipastikan. Haha.
Pagi itu, jalanan agak lengang, tiada bunyi jerit pekik enjin-enjin kenderaan yang tersiksa merana menjadi hamba kepada manusia-manusia. Hanya kereta-kereta pelbagai warna dan jenama yang kaku berparkingan di sepanjang bahu-bahu jalan. Sama ada kereta-kereta tersebut kehabisan minyak atau sekadar mahu dipamerkan, tidak dapat dipastikan. Haha.
Sementara itu, di balik pintu yang terkunci. Ada Syamsul dan Hasnim. Hasnim sedang khusyuk tawadhu' membaca buku. Mukabuku. Tidak berkelip-kelip matanya membaca post-post terbaru yang hangat pagi itu. Like. Comment. Share.
"Syam, bangun. Matahari dah tinggi."Hasnim menyeru nama rumetnya yang masih terbaring kaku diatas tilam dengan cadar Mickey Mouse itu.
"Hmm. Kul bape dah?"Mamai-mamai Syamsul menyahut.
"8.32."
"Ha! Weh, asal ko tak kejut aku? Kelas aku pukul 8 kot."Terbeliak mata Syamsul.
"Eh yeke? Hang tak bagitau pun."Jawab Hasnim. Sedikit pun tidak menoleh. Masih terus menatap paparan pada skrin laptopnya.
"Arghh. Habislah aku."Syamsul segera mencapai hensetnya di bawah bantal.
"Eh, hari ni hari Ahad ea?"
"A'ah."
"Laa, ingatkan hari Isnin."
"Ha, tu la hang. Lepas ma'thurat Subuh jangan tidur. Entah apa yang hang mimpi."
"Hahaha. Hari ni je, ngantuk doe. Weh, Aminah jom."
"Ha, jom jom. Siap cepat. Sat gi aku mesej Aslam, Amin ngan Azlan."
"Oke."Hasnim keluarkan henset Soni Eksperia dari koceknya. Tapi dua tiga baris ayat,
Assalam. Sobahul Khoir. Jom sarap kat Aminah sekarang. Lincah!
Message sent. Beberapa saat kemudian, mesej berbalas. Mesej Amin sampai dulu.
...
Kemudian, tidak lama lepas tu, Aslam mesej pulak.W'salam. Ok.
Hanya Azlan yang tak reply lagi. Lepas beberapa minit menunggu, Hasnim cuba kol Azlan. Tak berjawab. Akhirnya, suara Kakak Celcom yang kedengaran,Waalikumsalam Akhi. Alhamdulillah, ana bikhoir. Ok dude, see u there.
"This is the voice mail box for the number zero one five.. "Hasnim cuba kol lagi. Kali ini, belum pun sempat suara Kakak Celcom keluar, henset dimatikan. Tutt.. tutt.. tutt..
"Sigh.."Hasnim mengeluh.
...
Restoran Aminah. Meja nombor 9. Aslam, Amin, Syamsul dan Hasnim duduk.
"Bang, order!"Pekik Hasnim sambil mengangkat tangan. Kelaparan barangkali.
"Oke. Kejap."Abang waiter restoran mengangkat tangan kepada mereka. Restoran agak sibuk pagi itu. Biasalah hujung minggu. Lepas beberapa minit barulah Abang waiter datang kepada mereka mengambil pesan.
"Minum bang?"
"Teh tarik."Pesan Syamsul.
"Sama."Aslam pulak.
"Saya gak, sama. Amin, order air."Ikut Hasnim.
"Nescafe panas. Kurang manis."Sahut Amin. Sungguh menjaga kesihatan.
"Oke. Makan?"
"Roti kosong dua."Kali ini, Amin mula dulu.
"Roti kosong satu, roti telor satu."Di follow oleh Aslam.
"Roti telur satu."Syamsul diet.
"Emm, bagi telor setengah masak satu set. Roti kosong satu. Roti tampal satu."Bukan main lagi Hasnim ni.
"Oke. Teh tarik tiga, nescafe panas kurang manis satu, roti kosong empat, roti telor dua, roti tampal satu and telor setengah masak satu set. Betul?"
Laju jak abang waiter tu kira. Ingat pulak dia semua order walaupun tak dicatatnya di mana-mana kertas. Sepatutnya abang waiter ni jadi professer di unibersiti buat kajian macam-macam, bukan kerja waiter kat restoran. Ah, biarlah dia.
Sambil menunggu pesanan siap, mereka berempat berbual mesra. Aslam buka topik.
"Bola semalam siapa menang, Johor ke Selangor?"
"Ntah. Aku tak tengok. Ce tanya Syamsul."
"Alaa, main kat Shah Alam. Bolela.."Syamsul mencebik bibir.
"Hahaha, ngaku je la. Johor kalah 4-1 kot. "
"Apela korang ni. Takde bende lain ke nak cerita. Tak tarbawi langsung. Haha."Amin dengan provoknya, macam biasa.
"Weh, lama tak nampak Azlan. Dia ape cer ea?"Syamsul cuba ubah topik..
[to be continue, In Shaa Allah..]
tiba2 ada azlan..wuwu
ReplyDeletecepat la sambung, xsabar nih..
cepat sambong.
ReplyDeletebuku cerita hilang.
ReplyDeletelupa skrip.
hew hew hew.
bile nak sambung???
ReplyDelete