Anda kenal dengan Hamka?
Ya,Hamka.
Ya, betul. Beliaulah yang saya maksudkan.
Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah.
Ya, benar tu, Hamka,
pendakwah yang disegani di rantau Nusantara.
Anda mahu tahu, sebagaimana kamu kenal dengan Hamka,
sebegitu juga dia mengenali Hamka.
Sebab itu, saat dia ternampak novel karya Hamka di katilku,
hatinya jadi tidak keruan.
Apa tidaknya , novel
yang diidam-idamkannya kini berada di depan mata.
Puas dia mencari novel
tersebut di MPH, Popular, Borders mahupun Kinokuniya tidak dijumpanya
novel tersebut.
Yang dijumpanya di kedai tersebut hanyalah novel-novel cinta
karya penulis yang tidak dikenalinya.
Lantas, saat peluang berada di depan mata, dia meminta
izinku untuk meminjam novel tersebut.
“Ambillah cik adik oi. Nak ambil terus pun tak pe. Novel ni
bahasanya tinggi. Kakak Limau yang duduk bilik sebelah tu pun tidak boleh
memahami novel ni. Aku ada novel ni pun sebab mak aku yang bagi. Kalau tak,
dalam mimpi pun belum tentu aku baca novel ni haaah. Baik aku layan novel cinta ni,
lagi best”. Kataku dengan penuh kejujuran.
Tanpa ku sedari, kata-kataku itu sedikit sebanyak menjatuhkan motivasi
dirinya.
Pulang ke bilik, dia meletakkan novel tersebut di dalam “To-Read-List”
yang paling bawah.
Semangat mahu membaca novel tersebut berada di tahap negatif
120.
Namun, takdir manusia, Allah yang tentukan.
Saat dia kebosanan di dalam bilik, hatinya tergerak membuka
novel tersebut.
Semenjak itu, tangannya tidak boleh melepaskan pegangan
novel itu, mindanya tidak boleh tidak menghabiskan karya 286 muka surat itu dan hatinya sudah terpateri
kukuh dengan novel itu.
Dan, dia,
Ya, dia,
berjaya menghabiskan membaca novel itu dalam masa 2 jam.
Selesai membaca, terbit satu perasaan baru dalam dirinya.
Tidak pernah terfikir
dalam benak hatinya seorang pendakwah terkenal mampu menulis sebuah novel cinta yang sungguh
tragis.
Tidak pernah lagi dia
membaca sebuah novel cinta yang mampu menceritakan kepincangan adat masyarakat Padang
pada zaman itu sebaik Hamka.
Tidak pernah lagi dia berjaya memecah rekod dirinya sendiri
dengan membaca sebuah novel setebal 286 muka surat dalam 2 jam. Rekodnya yang terbaik
sebelum ini adalah membaca buku setebal 200 muka surat dalam masa setengah hari.
Dan, sudah tentu, tidak dapat dinafikan lagi, dia, sudah
jatuh hati dengan karya Hamka.
Dan, dia-ya, dia, rakanku itu, ketika dia memulangkan
novelku itu, dia bukan sahaja memberikan sebuah novel, bahkan memberiku sepucuk
surat yang ku kira, mengubah persepsiku terhadap novel itu selama-lamanya.
Wahai teman,
Aku sangat suka akan
novel ini.
Terima kasih atas
novelnya.^^
“Seorang pengarang, bilamana
dibaca orang karangannya, orang tertarik dengan kesulitan bahasa yang
dipakainya. Yang lain pula, bahasanya tidak begitu dipedulikannya,
kadang-kadang menyalahi kepada kebiasaan orang lain, bahkan menyalahi nahu dan
saraf yang terpakai pada lazim, tetapi lebih enak orang membaca karangan itu.”
(Hamka, Tenggelamnya Kapal Van
Der Wijck,Cetakan Keempat 2007, muka surat 195)
P/s: Mungkin bagi kau,
bahasa novel ini tinggi, namun bagiku, bahasa novel ini indah, bahkan sangat
indah dengan plot penceritaan yang penuh pengajaran.
Aku hormat pendirian
kau untuk tidak membaca novel ini sehingga ke halaman terakhir, namun
ketahuilah duhai teman, kau akan kehilangan ilmu yang sungguh berharga.
Bukan mudah membaca
novel karya ulama saat masyarakat di sekeliling kau lebih memuja karya cinta
yang melalaikan.
Bukan senang membaca
karya yang bahasanya tinggi sedangkan orang di sekeliling kau sibuk
menyingkatkan perkataan dan melupakan keindahan bahasa.
Dan aku akui, sangat
sukar membaca karya sastera bila kau bergelar seorang pelajar sains.
Duhai teman, kuatkan
diri menentang arus yang melalaikan dirimu
agar kau tidak menjadi orang-orang yang rugi di akhirat kelak. Moga
Allah permudahkan=)
Terima kasih teman.
"Orang pintar itu ialah yang selalu
menjaga dirinya (dari hal buruk) & banyak beramal untuk bekalnya di akhirat
kelak." (HR.Tirmidzi)
novel ni serius mantap.
ReplyDeletewalaupun saya sendiri belum dapat habiskan.( -___-)
bahasa klasik sangat.
recommentkn baca novel nieh ker? erm..
ReplyDeletenovel ni pasal ap?
ReplyDeletePasal cinta..huhu..
Deleteseorang pemuda & seorang gadis berketurunan padang..
cinta mereka x direstui sebab ibu sang pemuda bukan dari keturunan padang..
jadi ada konflik kat situ...
kat MPH ada jual ke nvel ni skang??
ReplyDeletekat BADAN ade. MPH xde.
ReplyDeleteNak pinjam boleh Mayonies.. ^^
ReplyDeleteohoi~eden pun pinjam kat orang=)
Delete