Tuk3..
terlihat satu sosok tubuh dihadapan pintu apabila daun pintu dibuka.
terlihat satu sosok tubuh dihadapan pintu apabila daun pintu dibuka.
“Haa Ahmad dah balik! jom makan sama” Ajak Rafiq, Hafiy dan Izzy (sambil
melambai-lambaikan tangan)
Ahmad hanya tersenyum
dan terus duduk bersila bersama sahabat yang lain
Mereka mengaminkan doa yang dibaca oleh Rafiq.
Ahmad menahan sahabat nya dari makan
Lalu mengeluarkan sebotol kicap dari beg nya.
"Tak ada kicap ni mana best makan" (sambil menunjuk botol
kicap dan menuang ke dalam dulang)
Sahabat lain mengangguk ngangguk tanda setuju.
***
Nama aku Ahmad Zakfi, pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan
nuklear, hobi aku menulis. Bila aku
buntu dengan assignment dan bosan, aku
akan buat cerpen,puisi dan lain-lain. Orang kenali aku dengan nama sup saiya. Ahhaaa..
Aku tinggal di apartment di Damai Indah bersama tiga lagi sahabat baik.
Sahabat aku yang pertama ni namanya ZulRafiq Addin, dia ni kuat gelak dan sangat ceria. Hobinya pergi majlis ilmu dan program tarbiah.
Pelajar tahun akhir juga sama macam aku tetapi kos astronomi. Seorang
berkepimpinan tinggi dan sangat menjaga hati sahabat2 nya. Juga thiqah dan
berkaliber. Dia juga lah yang sering saja menjaga tarbiyyah kami di rumah. Bila
buat lagha sikit adalah tazkirah ringkas dari beliau.
Sahabat aku yang kecil molek ni pula namanya Hafiyzulhakim. Sangat
outspoken dan stylo. Dia juga seorang ketua pelajar di Universiti. Orang yang
berkaliber dan berpengaruh . Kaya dengan idea-idea yang mantap. Cumanya dia mudah
tersinggung dan sedikit sensitif. Sama
kelas dengan aku dan merupakan salah seorang sahabat aku yang paling rapat . Geng gaduh jugak.
Hah dan yang terakhir ni namanya Mohd Izzy Emir. Sahabat baik aku
jugak. Izzy ni selalu je tersenyum. Buat apa-apa pun sangat komited, mudah
didekati dan penyabar. Yang paling best dia yang selalu masak untuk kami.
:]]
Kami tinggal berempat je di rumah ni. Apa-apa pun masalah
kami selalu je kongsi bersama. Kami pelengkap kekurangan antara satu sama lain.
Setiap hari kami solat berjemaah bersama
Makan bersama
Usrah bersama
Tidur pun bersama-sama
Sweet kan kami!! :]]
Sehinggalah suatu hari
Panggilan telefon,
“Kenapa dengan dia? Ok2 aku datang sekarang” suara rafiq
cemas
“Ok! Tunggu Izzy ke sana” Izzy juga cemas setelah mendapat
panggilan telefon.
Mereka bergegas menuju ke hospital Pakar Damai Sutera lebih
kurang 15minit dari Universiti.
“Hafiy cedera parah masa kami dalam perjalanan ke kuliah
pagi tadi.
Aku yang bonceng dia tadi tapi aku sempat turun dari motor
dan Hafiy yang melanggar bas tadi.
Allah, doakan Hafiy ye Rafiq, Izzy. “ Ahmad menceritakan
detik-detik cemas yang berlaku pagi tadi sambil air matanya deras mengalir dan mendakap
kedua sahabat baiknya dengan penuh perasaan serba salah.
“Sabar Ahmad, inshaAllah Hafiy tak da apa-apa, sekarang ni
kita banyakkan doa kepada yang Maha Kuasa”.
Mereka pun melangkah perlahan ke surau dan solat hajat buat sahabat
mereka Hafiy yang tidak sedarkan diri di
Wad ICU..
“Berdasarkan laporan Xray ni, kawan awak mngalami masalah di
bahagian kepala disebabkan hentakan yang kuat” kata Dr.
“Jadinya Dr”, kata Ahmad.
“dia kemungkinan mengalami hilang ingatan”. Kata Dr.
Kata terakhir Dr itu benar-benar membuatkan hati kami
tersentak. Adakah kami perlu sediakan diri kami untuk kehilangan Hafiy, sahabat
kami.
Ya Allah..
(Di Wad ICU)
Pada malam hari itu, Ahmad lah yang menjaga Hafiy di ruang
hospital yang sunyi sepi. Hafiy masih tidak sedarkan diri dan tiada sebarang
pergerakan pada dirinya.
Ahmad membisik ke telinga Hafiy,
“Hafiy, Kau ingat tak dulu kita selalu kongsi kicap kalau
makan. Kau tak makan pedas sama macam aku. Jadi kita je yang selalu gilir-gilir pergi beli kicap kat kedai.
Lepastu kau ingat tak? Kita semua akhirnya suka makan kicap.
Kalau tak ada duit je kita suruh Izzy tolong masak nasi
panas dengan telur mata. Lepastu makan dengan kicap je.”
Hafiy, kau bangunlah. Boleh kita makan sama-sama lagi .”
Tanpa sedar air mata Ahmad mengalir
Dan cepat-cepat dia mengelap risau terkena papa muka Hafiy.
Doa juga tidak putus dari mereka yang lain dan dalam sujud
mereka dipertiga malam bermunajad kepadaNya.
Seminggu kemudian..
Hafiy masih lagi tidak sedarkan diri.
Makanan dan minuman masuk ke tubuhnya melalui bantuan tiub.
Pelbagai kata-kata semangat dari keluarga dan rakan-rakannya
hinggap ke cuping telinga. Bebola
matanya sahaja yang bergerak-gerak.
Aku , Rafiq dan Izzy datang ke hospital
"Hafiy! Kami datang bawa makanan yang kau suka."
Kami terus membuka nasi panas yang dibawa dari rumah.
“Bangunlah Hafiy , kitorang tunggu kau untuk makan sama-sama
lagi” Izzy berkata kepada Hafiy.
Tiba-tiba tangan Hafiy bergerak-gerak..
mulutnya turut bergerak seperti mahu berkata sesuatu
Rafiq meletakkan telinganya di mulut Hafiy.
“Kicap”, satu perkataan itu keluar dari mulut Hafiy.
“Hafiy kau dah sedar?” tanya semua sahabatnya dengan nada
yang penuh syukur.
“Aku nak makan nasi dan kicap dengan korang” katanya lagi.
Alhamdulillah Hafiy telah sedar berkat dari doa semua.
Mereka semua pun makan bersama-sama nasi berlaukkan kicap yang dibawa.
Lama kelamaan ingatan Hafiy pulih sepenuhnya dan mereka
bersatu kembali dengan penuh gembira diatas ukhwah Kicap kerana ALLAH.
Terkadang teman bergembira
ramai,
tidak ramai pula kawan saat berduka,
kecuali sahabat surga,
yang setia walau perlu berkorban masa.
yang penting melihat sahabatnya gembira,
tanpa muram pahit terasa.
Salam Ukhwah keranaNya :)
well done,,
ReplyDelete