Showing posts with label cerpennovel. Show all posts
Showing posts with label cerpennovel. Show all posts

12 February 2014

Ukhwah kicap.




Tuk3..
terlihat satu sosok tubuh dihadapan pintu apabila daun pintu dibuka.

“Haa Ahmad dah balik! jom makan sama” Ajak Rafiq, Hafiy dan Izzy (sambil melambai-lambaikan tangan)

Ahmad  hanya tersenyum dan terus duduk bersila bersama sahabat yang lain

Mereka mengaminkan doa yang dibaca oleh Rafiq.

Ahmad menahan sahabat nya dari makan
Lalu mengeluarkan sebotol kicap dari beg nya.

"Tak ada kicap ni mana best makan" (sambil menunjuk botol kicap dan menuang ke dalam dulang)

Sahabat lain mengangguk ngangguk tanda setuju.

***

Nama aku Ahmad Zakfi, pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan nuklear, hobi aku menulis.   Bila aku buntu dengan assignment dan bosan, aku akan buat cerpen,puisi dan lain-lain. Orang kenali aku dengan nama sup saiya. Ahhaaa..

Aku tinggal di apartment di Damai Indah bersama tiga lagi sahabat baik.

Sahabat aku yang pertama ni namanya ZulRafiq Addin,  dia ni kuat gelak dan sangat ceria.  Hobinya pergi majlis ilmu dan program tarbiah. Pelajar tahun akhir juga sama macam aku tetapi kos astronomi. Seorang berkepimpinan tinggi dan sangat menjaga hati sahabat2 nya. Juga thiqah dan berkaliber. Dia juga lah yang sering saja menjaga tarbiyyah kami di rumah. Bila buat lagha sikit adalah tazkirah ringkas dari beliau.

Sahabat aku yang kecil molek ni pula namanya Hafiyzulhakim. Sangat outspoken dan stylo. Dia juga seorang ketua pelajar di Universiti. Orang yang berkaliber dan berpengaruh . Kaya dengan idea-idea yang mantap. Cumanya dia mudah tersinggung dan sedikit sensitif.  Sama kelas dengan aku dan merupakan salah seorang sahabat aku yang paling rapat . Geng gaduh jugak.

Hah dan yang terakhir ni namanya Mohd Izzy Emir. Sahabat baik aku jugak. Izzy ni selalu je tersenyum. Buat apa-apa pun sangat komited, mudah didekati dan penyabar. Yang paling best dia yang selalu masak untuk kami.
:]]

Kami tinggal berempat je di rumah ni. Apa-apa pun masalah kami selalu je kongsi bersama. Kami pelengkap kekurangan antara satu sama lain.

Setiap hari kami solat berjemaah bersama
Makan bersama
Usrah bersama
Tidur pun bersama-sama
Sweet kan kami!! :]]

Sehinggalah suatu hari
Panggilan telefon,
“Kenapa dengan dia? Ok2 aku datang sekarang” suara rafiq cemas
“Ok! Tunggu Izzy ke sana” Izzy juga cemas setelah mendapat panggilan telefon.

Mereka bergegas menuju ke hospital Pakar Damai Sutera lebih kurang 15minit dari Universiti.

“Hafiy cedera parah masa kami dalam perjalanan ke kuliah pagi tadi.
Aku yang bonceng dia tadi tapi aku sempat turun dari motor dan Hafiy yang melanggar bas tadi.
Allah, doakan Hafiy ye Rafiq, Izzy. “ Ahmad menceritakan detik-detik cemas yang berlaku pagi tadi sambil air matanya deras mengalir dan mendakap kedua sahabat baiknya dengan penuh perasaan serba salah.
“Sabar Ahmad, inshaAllah Hafiy tak da apa-apa, sekarang ni kita banyakkan doa kepada yang Maha Kuasa”.

Mereka pun melangkah perlahan ke surau dan solat hajat buat sahabat mereka  Hafiy yang tidak sedarkan diri di Wad ICU..

“Berdasarkan laporan Xray ni, kawan awak mngalami masalah di bahagian kepala disebabkan hentakan yang kuat” kata Dr.
“Jadinya Dr”, kata Ahmad.
“dia kemungkinan mengalami hilang ingatan”. Kata Dr.
Kata terakhir Dr itu benar-benar membuatkan hati kami tersentak. Adakah kami perlu sediakan diri kami untuk kehilangan Hafiy, sahabat kami.
Ya Allah..

(Di Wad ICU)
Pada malam hari itu, Ahmad lah yang menjaga Hafiy di ruang hospital yang sunyi sepi. Hafiy masih tidak sedarkan diri dan tiada sebarang pergerakan pada dirinya.
Ahmad membisik ke telinga Hafiy,

“Hafiy, Kau ingat tak dulu kita selalu kongsi kicap kalau makan. Kau tak makan pedas sama macam aku. Jadi kita je yang  selalu gilir-gilir pergi beli kicap kat kedai.
Lepastu kau ingat tak? Kita semua  akhirnya suka makan kicap.
Kalau tak ada duit je kita suruh Izzy tolong masak nasi panas dengan telur mata. Lepastu makan dengan kicap je.”

Hafiy, kau bangunlah. Boleh kita makan sama-sama lagi .”
Tanpa sedar air mata Ahmad mengalir
Dan cepat-cepat dia mengelap risau terkena papa muka Hafiy.

Doa juga tidak putus dari mereka yang lain dan dalam sujud mereka dipertiga malam bermunajad kepadaNya.


Seminggu kemudian..

Hafiy masih lagi tidak sedarkan diri.
Makanan dan minuman masuk ke tubuhnya melalui bantuan tiub.
Pelbagai kata-kata semangat dari keluarga dan rakan-rakannya hinggap ke cuping telinga.  Bebola matanya sahaja yang bergerak-gerak.

Aku , Rafiq dan Izzy datang ke hospital

"Hafiy! Kami datang bawa makanan yang kau suka."

Kami terus membuka nasi panas yang dibawa dari rumah.

“Bangunlah Hafiy , kitorang tunggu kau untuk makan sama-sama lagi” Izzy berkata kepada Hafiy.
Tiba-tiba tangan Hafiy bergerak-gerak..
mulutnya turut bergerak seperti mahu berkata sesuatu
Rafiq meletakkan telinganya di mulut Hafiy.

“Kicap”, satu perkataan itu keluar dari mulut Hafiy.

“Hafiy kau dah sedar?” tanya semua sahabatnya dengan nada yang penuh syukur.
“Aku nak makan nasi dan kicap dengan korang” katanya lagi.

Alhamdulillah Hafiy telah sedar berkat dari doa semua. Mereka semua pun makan bersama-sama nasi berlaukkan kicap yang dibawa.

Lama kelamaan ingatan Hafiy pulih sepenuhnya dan mereka bersatu kembali dengan penuh gembira diatas ukhwah Kicap kerana ALLAH.

Terkadang teman bergembira  ramai,
tidak ramai pula kawan saat berduka,
kecuali sahabat surga,
yang setia walau perlu berkorban masa.
yang penting melihat sahabatnya gembira,
tanpa muram pahit terasa.

Salam Ukhwah keranaNya :)

03 October 2013

of sos and kicap (part II)

*Baca part 1  

  Brr. Brr. Brr.

  Enset Azlan bergetar. Tanpa suara deringan. Dia sengaja letak mod senyap. Tak mahu di ganggu tidurnya di hujung minggu. Setelah 5 hari bergelumang dengan kuliah, pensyarah, test, quiz dan esaimen bagai. Hujung minggu merupakan heaven untuk Azlan. Sem ini dia ambil 20 kredit. Ada beberapa subjek sem lepas yang dia ulang semula untuk baiki pointer semasa. Dia ada dua sem berbaki sebelum tamat pengajian di unibersiti. Dan di hujung-hujung pengajian ini, semua semakin berat dan mencabar bagi Azlan.

  Malas-malas, Azlan capai enset atas meja. Ada mesej baru masuk. Daripada Hasnim. 
Assalam. Sobahul Khoir. Jom sarap kat Aminah sekarang. Lincah!
  Azlan baca sekali imbas. Kemudian dia letak semula enset ke atas meja. Azlan tarik selimut hingga melepasi kepalanya.
"Ah, malaslah."
  Azlan sedikit berbisik.  Dia cuba lelap lagi. Tidak lama kemudian, panggilan pula yang masuk. Azlan ambil semula enset. Hasnim lagi. Azlan tunggu sehingga panggilan itu tamat. Kemudian, Azlan matikan enset.
"Aman."
...

  Pukul 10.30 pagi akhirnya Azlan bangun. Betul-betul bangun. Dia sudah tidak mengantuk lagi.

  Sem ini Azlan tinggal bilik single. Tiada roomate. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, Azlan sentiasa duduk berdua. Walaupun dengan orang berlainan setiap tahun. Tahun ini, Azlan betul-betul mahu bersendirian. Terutamanya, bersendirian dari mereka. Hasnim dan yang lain.

  Azlan kuak jendela. Udara pagi segera menerpa masuk. Langit mendung pagi itu. Tak lama lagi pasti hujan.
"Hujan. Bosannya." 
  Azlan buka laptop atas meja. Connect wi fi. Log masuk mukabuku. Tengok notification. Ada 14 semuanya. Azlan teliti satu persatu. Hampir semuanya adalah request-request untuk bermain game 'Candy Crush'. Azlan langsung tak berminat. Tiba-tiba mata Azlan tertarik dengan satu notification.
Hasnim commented on a photo of you.
   Gambar lama di mukabuku. Gambar Azlan, Hasnim dan yang lain-lain. Dia masih ingat lagi cerita di sebalik gambar tersebut. Masa tu tahun satu. Ada iftar puasa sunat hari isnin, anjuran Persatuan Mukminin Mukminat kat unibersiti. Makan dalam talam. Entah macammana. Azlan, Hasnim, Syamsul, Aslam dan Amin masuk dalam talam yang sama. Talam kecil, tapi yang makannya 5 orang. Tak kenal pun antara mereka. Masing-masing ikut abang senior yang ajak pergi program iftar tu.

  Tapi, itulah kali pertama mereka berlima berkenalan. Antara mereka, fakulti dan kolej berlainan. Cuma Syamsul dan Hasnim yang sama kolej dan fakulti.

...


 "Weh, ada sos cili. Nak tambah tak? Sedap jugak ni dengan ayam madu."
  Aslam mencadang. Serentak antara Hasnim, Syamsul dan Amin menyahut.
"Bole. Bole."
  Azlan senyap. Dia tidak biasa makanan pedas. Walau cuma sedikit pun. Sos cili jauh sekali dalam menu hariannya. Entah kenapa, dia akan ke tandas dua tiga kali setiap kali menjamu makanan pedas. Dan mungkin pelik, dia lebih selera dengan kicap. Setiap kali makan, kicap tidak akan pernah dilupanya. Hatta, sekadar nasi putih dan kicap sudah cukup untuk Azlan tambah dua tiga kali.

  Kerana tidak mahu mengganggu selera kawan-kawan barunya, Azlan tidak membantah. Cuma, dia sangat memilih setiap kali menyuap makanan ke dalam mulut. Dia akan mengasingkan makanan yang terdedah dengan sos cili. Sehinggalah Syamsul perasan.
"Lan, ko tak makan pedas ke?"
"Err. A'ah."
  Azlan sengih-sengih.
"Laa, kenapa tak bagitau awal-awal. Dah nak habis kitorang makan."
  Dengan mulut penuh nasi, Hasnim mencelah.
"Eh, takpe. Takpe. Aku tak puasa pun sebenarnya. Korang makan la."
  Azlan mempelawa mereka meneruskan makan.
"Eh, aku pun tak puasa sebenarnnya."
"Yeke. Aku pun."
"Haha. Same la."
  Berturutan. Amin, Hasnim dan Syamsul mengaku tak puasa. Seterusnya, Aslam menambah.
"Apela korang ni. Orang datang sini nak buka puasa, bukan makan malam."
"Ko puasa ea?"
"Eh, taklah. Aku cuti. Haha."
  Berdekah ketawa antara mereka berlima. Nasib baik tak tersembur nasi.

...

  Azlan senyum sendiri mengenangkan peristiwa tahun lepas itu. Kesal pulak rasanya bila dia memilih untuk mengasingkan diri daripada mereka.

  Azlan baca komen terbaru yang ditulis Hasnim sejam lalu.
"Dua tiga botol sos, mana nak sama botol kicap."
  Azlan termenung sebentar membaca komen Hasnim. Komen terakhir dalam post berkenaan gambar itu adalah 2 tahun lepas. Dan kini, tiba-tiba masa seolah diputar kembali ke belakang. Terlalu banyak kisah disebalik barisan ayat ringkas itu. .

[to be continue, In Shaa Allah..]

09 April 2013

tentang Laksamana Sunan.


“Laksamana Sunan.” Jeritan Kerang mengejutkan semua penumpang dalam bas 2 tingkat itu.

“Kerang, bangun. Ko ngingau ae?”Lala,teman di sebelah Kerang mengejutkan Kerang.  Mata penumpang di dalam bas tertumpu kepada mereka berdua.

Kerang membuka mata perlahan-lahan. Lala di sebelah pula tidak habis-habis meminta maaf kepada penumpang lain yang asyik memandang mereka.

“Aku ngingau ke?” Dengan suara serak-serak basah, Kerang bertanya kepada Lala.  Di mindanya masih terbayang-bayang pertarungan antara Laksamana Sunan dan Hang Tuah.

“Ye la, cik adik oi. Tak nak semua orang pandang ko pula, tu la, tido lagi lepas asar,” Lala membebel.

“Bukan aku sengaja nak tidur, tadi makan nasi lemak kot. Tu yang ngantuk.” Kerang memberi alasan. 

Sememangnya, perjalanan dari Pulau Pinang-Kedah-Shah Alam cukup memenatkan badan beliau yang biasa dimanjakan.

“Ye la tu.Alasan. Success people doesn’t make excuses.” Sambil bercakap, tangan Lala mencapai air mineral dari beg lalu diberikan pada Kerang yang masih kelihatan lemah.

By the way, Laksamana Sunan tu siapa?Pakwe baru kau ae? Unik kot nama beliau.” Lala menyambung perbualan. Kali ini, beliau mengambil pula laksa goreng yang baru dibeli di Kedah tadi.

“Laksamana Sunan?” Kerang mengerutkan dahi. Fikirannya ligat mencari pemilik nama tersebut. Macam pernah ku dengar, tapi di mana ye? Matanya tertumpu pada novel Bagaikan Puteri, novel yang dibacanya sebelum terlelap tadi.




“Oh, Laksamana Sunan! Ok,ok...hahaha..aku jerit nama Laksamana Sunan ke tadi?Laksaman Sunan tu, watak dalam novel ni hah. ”Kerang menunjukkan novel di tangannya  kepada Lala.

“Pergh, dasyat gila kau. Menghayati watak sampai masuk dalam mimpi,” Lala buat muka kagum. Tangannya pula masih ligat menyuap laksa goreng ke mulut sendiri. Laksa goreng, only available in Kedah.

“Entahlah, tapi aku rasa, watak Laksaman Sunan menarik. Laksaman Sunan, seorang pahlawan yang meletakkan Allah di tempat paling tinggi. Sedangkan, lawannya, Hang Tuah, meletakkan perintah sultan melaka yang paling utama. Kedua-duanya sama hebat. Ko rasa, kalau depa bertarung, siapa yang akan menang?”Kerang menimbulkan persoalan.

Lala yang sibuk menguyah  laksa goreng terhenti seketika. Fikirannya mencari jawapan.

“Hang Tuah la.Hang Tuah kan betul-betul wujud. Laksamana Sunan tu, imiginasi Ramlee Awang Murshid semata-mata,”Lala memberikan jawapan.

“Tapikan, dalam novel ni, Hang Tuah lepaskan Laksamana Sunan, walaupun arahan sebenar Sultan Melaka waktu tu adalah untuk pastikan Laksamana Sunan terbunuh. Jadi, tak tahu siapa yang menang.” Kerang membuang pandang ke luar. Di matanya, dia dapat membayangkan perasaan Hang Tuah menerima arahan dari Sultan Melaka. Tiada kompromi apatah lagi tawar-menawar  dalam menjalankan arahan Sultan Melaka.

“Jadi? Itukan imiginasi penulis je. Ramlee Awang Murshid kan pandai buat novel thriller. Ko bacalah A.D.A.M. Seriously, best kot.”Lala menyambung suapan laksa goreng. Laksa goreng-simple, tapi sedap.



“Yup, A.D.A.M memang best.  Tapi, bukan itu yang aku nak tekankan kat sini.” Kerang memandang Lala. Mukanya serius.

“Okey, apa yang ko nak tekankan sebenarnya?” Lala menghabiskan suapannya yang terakhir. Alhamdulillah, rezeki Allah, sedap sungguh.

“Masa Laksamana Sunan dan Hang Tuah bertarung kan, Laksaman Sunan sempat lagi berdakwah pada Hang Tuah. Sempat lagi doakan kesejahteraan Hang Tuah. Sempat lagi minta kebenaran Hang Tuah untuk solat. Dan, yang paling aku kagum, sempat lagi ajak Hang Tuah solat berjemaah dengan beliau.Nampak tak mesej yang cuba disampaikan kat sini?” Kerang bertanya. Nadanya serius.

“Berdakwah sehingga ke hujung nyawa?” Lala cuba menjawab. Tangannya kini mencapai keropok yang dibeli semasa mereka berada di Pulau Pinang.

“Yea! Lala pandai. Betul. Tapi, bukan itu je, kerana kagum dengan akhlak dan keperibadian Laksamana Sunan, maka Hang Tuah pun berhelah dengan Sultan dengan mengatakan yang Laksamana Sunan tewas dalam pertarungan tu.” Kerang telan air liur.Tangannya membuka novel yang selama ini dipegangnya. Matanya kini terarah pada novel tersebut.

“ Pendapat aku kan, dari novel ni kita boleh nampak beza jadi seorang Melayu dan jadi orang Islam. Hang Tuah, seorang Melayu yang popular dengan ungkapan ‘Takkan Melayu hilang di dunia’. Bahkan, kerana adat seorang Melayu-perlu patuh pada perintah sultan-Hang Tuah sanggup membunuh sahabatnya sendiri iaitu Hang Jebat. Berbeza dengan menjadi seorang Islam macam Laksaman Sunan. Laksamana Sunan, walaupun berasal dari Tanah Melayu, namun atas dasar kefahaman terhadap agama, sanggup berjuang mempertahankan Aceh dari dikuasai Ratu Sulaman, si penyembah berhala. Setiap perlawanan Laksaman Sunan pasti dengan perasaan yakin dan kebergantungan dirinya yang tinggi kepada Allah. Sampaikan kata-kata Laksamana Sunan ‘Sebagai manusia..aku sayang padamu’  sangat terkesan di hati Ratu Sulaman,” 
Kerang menyambung hujahnya. Matanya kembali ditumpukan kepada teman di sebelah. Bibirnya mengukir senyuman melihat Lala tertidur dengan keropok di tangan.

“Lala, Lala, aku memang suka cerita bed time story kat kau, kan?” Kerang bermonolog seorang. Tangannya mengambil keropok di tangan Lala lalu disimpan di dalam beg. Telinganya setia menghayati lagu “I Believe-R Kelly” yang dipasang di dalam bas.


I believe I can fly

I believe I can touch the sky
I think about it every night and day

Spread my wings and fly away

I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly
I believe I can fly
I believe I can fly

Dalam hatinya, ditekatkan azam untuk menjadi seperti Laksaman Sunan. Tegas dalam pegangan. Tenang dalam perbuatan. Taat arahan ibu dan bapa. Bersungguh-sungguh dalam perjuangan. Dan yang paling bermakna, mati dalam khusnul khotimah.




“Awan..
Kalau dapat kucapai
Maka saktilah hamba”
-Laksamana Sunan-

04 April 2013

seindah pelangi


  Suasana di tepi pantai petang itu mulai terang. Tadinya mendung gelap. Selepas tangisan langit semakin reda, barulah mentari berani memunculkan dirinya semula. Barangkali dia yang membuat langit sedih.

  Ida dan gerombolannya baru tiba membawa macam-macam bekalan. Mahu berrehlah kononnya. Hampir saja mereka membatalkan hasrat suci dan murni itu apabila di tengah highway, hujan lebat meyimbah 2 buah kereta yang mereka naiki. Namun, demi menghargai penat lelah Mira dan Kina yang semalaman tak tidur memerap ayam untuk dibarbequekan petang itu, mereka teruskan juga perjalanan. Alhamdulillah, hujan semakin reda tatkala mereka makin hampir tiba ke pantai. Untungla.

  Setelah menyiapkan port mereka di tepi pantai, maka mereka mula berkeliaran membuat akitviti masing-masing. Sha dan Mira pergi membeli layang-layang dan mula membaca pergerakan angin. Siap untuk menerbangkan layang-layang mereka. Areen lincah mengeluarkan DSLR dan ligat memusing-musing lensanya mencari sudut tampak yang menarik sekitar pantai. Kina pula membuka halaman 29 novel tulisan Hlovate, yang baru semalam mula dibacanya sambil memerap ayam. Sambil itu, Anis, Ida dan Ja bergelumang dengan ayam-ayam panggang. Habis merah muka Ida meniup-niup bara kayu yang berasap sambil Ja dan Anis membolak-balikkan ayam. Sementara itu, Lina yang tidak tahu mahu berbuat apa mengajak Yati berjalan-jalan menyusuri pantai. Yati ketika itu baru selesai membancuh air, tidak menolak pelawaan mulia Lina itu.

  Angin tersangatlah mesra petang itu. Tudung labuh Lina dan Yati yang disapa bayu laut itu liuk lentuk beralunan seperti ekor ikan emas yang menari-nari dalam akuarium segiempat. Dedaunan nyiur tinggi lampai melambai lambai. Seperti mengalu-alukan kehadiran mereka. Di tepi pantai, air berlumba lari naik membasahi pasir yang puteh berkilau. Sekali sekala mereka terserempak ibu ketam yang sibuk mengajar anaknya berjalan lurus. Di tengah lautan luas membiru, ada unjuran pelangi indah yang dijadikan oleh sang mentari untuk memujuk sang langit yang tadinya berdukacita. Ewah. Suasana yang begitu menyamankan dan mendamaikan jiwa yang bergelojak. Lebih-lebih lagi mereka itu yang sedang melarikan diri daripada lambakan esaimen dan tekanan test-test akademik di unibersiti.

[credit]
  Setelah lenguh dan semput berjalan beberapa meter, Lina dan Yati duduk berehat di tunggul batu yang berjejeran(eh, betulkah perkataan ni?) di tepi pantai. Melemparkan pandangan ke serata kawasan pantai. Jatuh juga pandangan mereka kepada sahabat-sahabat yang asyik dengan aktiviti masing-masing. Seorang demi seorang mereka umpat deskraibkan. Kadang-kadang keduanya tersenyum tertawa melihat gelagat telatah sahabat-sahabat mereka.

      "Kelakar la sahabat-sahabat kita kan Lina. Macam-macam ada. Haha." Yati mengkonklusikan dapatan daripada pemerhatian mereka.

      "A'ah. Semua pun ada stail masing-masing. Memang beza-beza. Hihi." Lina menyokong penuh kenyataan Yati.

      "Tapi, perbezaan tu la yang buat ukhuwah kita ni indah kan. :)"

      "Ha, macammana tu?" berkerut juga dahi Lina mendengarnya.

      "Cuba tengok pelangi tu. Indah kan." Yati menghalakan jari telunjuknya ke arah pelangi yang tersergam indah di tengah lautan.

      "Opkos la."

      "Cube tengok warna-warna dalam pelangi tu. Ada yang sama tak?"

      "Emm. Takde. Semua lain-lain."

      "Macam tu la. Pelangi tu indah sebab ia terjadik daripada warna-warna yang berbeza. Kalau semua sama je kalernya, mesti tak cantek. Macam kita la jugak. Kalau semua sepesen, boring la. Ye dak?"

      "Ha. Betol. Betol. Betol."

      "Hehe."

  Akhirnya mereka berdua pun pulang ke kubu setelah Ida memanggil mereka pulang untuk sama-sama menjamah ayam yang sudah siap dipanggang hingga hitam legam.


11 March 2013

of sos and kicap (part I)

Dua tiga botol sos,
mana nak sama botol kicap.

...


  Hari semakin menginjak matang. Pepohonan rendang berbaris rapi di tepi jalanan. Di celah daunnya yang hijau, cahaya matahari mengintip-ngintip masuk ke bilik melalui jendela. Seperti si dara yang malu-malu meng'usha' jejaka pujaannya yang sedang berjabat tangan dengan Tok Kadi di majlis akad nikah mereka. Eheh. Di bawah pohon, pegawai kebajikan masyarakat kawasan sedang rancak memulakan aktiviti kemasyarakatan, menghimpunkan semua daun-daun kerepot yang bertebaran di sekitar. Dilonggokkan di suatu kawasan sebelum dihantar ke Rumah Daun-daun Tua berdekatan.

  Pagi itu, jalanan agak lengang, tiada bunyi jerit pekik enjin-enjin kenderaan yang tersiksa merana menjadi hamba kepada manusia-manusia. Hanya kereta-kereta pelbagai warna dan jenama yang kaku berparkingan di sepanjang bahu-bahu jalan. Sama ada kereta-kereta tersebut kehabisan minyak atau sekadar mahu dipamerkan, tidak dapat dipastikan. Haha.

  Sementara itu, di balik pintu yang terkunci. Ada Syamsul dan Hasnim. Hasnim sedang khusyuk tawadhu' membaca buku. Mukabuku. Tidak berkelip-kelip matanya membaca post-post terbaru yang hangat pagi itu. Like. Comment. Share. 
"Syam, bangun. Matahari dah tinggi." 
  Hasnim menyeru nama rumetnya yang masih terbaring kaku diatas tilam dengan cadar Mickey Mouse itu. 
"Hmm. Kul bape dah?"
   Mamai-mamai Syamsul menyahut.
"8.32."
"Ha! Weh, asal ko tak kejut aku? Kelas aku pukul 8 kot."
    Terbeliak mata Syamsul. 
"Eh yeke? Hang tak bagitau pun."
   Jawab Hasnim. Sedikit pun tidak menoleh. Masih terus menatap paparan pada skrin laptopnya.
"Arghh. Habislah aku."
  Syamsul segera mencapai hensetnya di bawah bantal.
"Eh, hari ni hari Ahad ea?"
"A'ah."
"Laa, ingatkan hari Isnin."
"Ha, tu la hang. Lepas ma'thurat Subuh jangan tidur. Entah apa yang hang mimpi."
"Hahaha. Hari ni je, ngantuk doe. Weh, Aminah jom."
"Ha, jom jom. Siap cepat. Sat gi aku mesej Aslam, Amin ngan Azlan."
"Oke."
  Hasnim keluarkan henset Soni Eksperia dari koceknya. Tapi dua tiga baris ayat,
Assalam. Sobahul Khoir. Jom sarap kat Aminah sekarang. Lincah!
  Message sent. Beberapa saat kemudian, mesej berbalas. Mesej Amin sampai dulu.
W'salam. Ok.
  Kemudian, tidak lama lepas tu, Aslam  mesej pulak.
Waalikumsalam Akhi. Alhamdulillah, ana bikhoir. Ok dude, see u there. 
  Hanya Azlan yang tak reply lagi. Lepas beberapa minit menunggu, Hasnim cuba kol Azlan. Tak berjawab. Akhirnya, suara Kakak Celcom yang kedengaran,
"This is the voice mail box for the number zero one five.. "
  Hasnim cuba kol lagi. Kali ini, belum pun sempat suara Kakak Celcom keluar, henset dimatikan. Tutt.. tutt.. tutt..
"Sigh.."
   Hasnim mengeluh.

 ...

  Restoran Aminah. Meja nombor 9. Aslam, Amin, Syamsul dan Hasnim duduk.
"Bang, order!"
   Pekik Hasnim sambil mengangkat tangan. Kelaparan barangkali.
"Oke. Kejap."
   Abang waiter restoran mengangkat tangan kepada mereka. Restoran agak sibuk pagi itu. Biasalah hujung minggu. Lepas beberapa minit barulah Abang waiter datang kepada mereka mengambil pesan.
"Minum bang?"
"Teh tarik."
  Pesan Syamsul.
"Sama."
  Aslam pulak.
"Saya gak, sama. Amin, order air."
  Ikut Hasnim.
"Nescafe panas. Kurang manis."
  Sahut Amin. Sungguh menjaga kesihatan.
"Oke. Makan?"  
"Roti kosong dua."
  Kali ini, Amin mula dulu.
"Roti kosong satu, roti telor satu."
  Di follow oleh Aslam.
"Roti telur satu."
  Syamsul diet.
"Emm, bagi telor setengah masak satu set. Roti kosong satu. Roti tampal satu."
  Bukan main lagi Hasnim ni.
"Oke. Teh tarik tiga, nescafe panas kurang manis satu, roti kosong empat, roti telor dua, roti tampal satu and telor setengah masak satu set. Betul?" 
  Laju jak abang waiter tu kira. Ingat pulak dia semua order walaupun tak dicatatnya di mana-mana kertas. Sepatutnya abang waiter ni jadi professer di unibersiti buat kajian macam-macam, bukan kerja waiter kat restoran. Ah, biarlah dia.

  Sambil menunggu pesanan siap, mereka berempat berbual mesra. Aslam buka topik.
"Bola semalam siapa menang, Johor ke Selangor?"
"Ntah. Aku tak tengok. Ce tanya Syamsul."
"Alaa, main kat Shah Alam. Bolela.."
   Syamsul mencebik bibir.
"Hahaha, ngaku je la. Johor kalah 4-1 kot. "
"Apela korang ni. Takde bende lain ke nak cerita. Tak tarbawi langsung. Haha."
  Amin dengan provoknya, macam biasa.
"Weh, lama tak nampak Azlan. Dia ape cer ea?"
  Syamsul cuba ubah topik..


[to be continue, In Shaa Allah..]


Novel 2 jam.


Anda kenal dengan Hamka?

Ya,Hamka.

Ya, betul. Beliaulah yang saya maksudkan.

Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah.

Ya, benar  tu, Hamka, pendakwah yang disegani di rantau Nusantara.




Anda mahu tahu, sebagaimana kamu kenal dengan Hamka, sebegitu juga dia  mengenali Hamka.

Sebab itu, saat dia ternampak novel karya Hamka di katilku, hatinya jadi tidak keruan.

Apa tidaknya , novel  yang diidam-idamkannya kini berada di depan mata.

Puas dia mencari novel  tersebut di MPH, Popular, Borders mahupun Kinokuniya tidak dijumpanya novel tersebut.

Yang dijumpanya di kedai tersebut hanyalah novel-novel cinta karya penulis yang tidak dikenalinya.

Lantas, saat peluang berada di depan mata, dia meminta izinku untuk meminjam novel tersebut.

“Ambillah cik adik oi. Nak ambil terus pun tak pe. Novel ni bahasanya tinggi. Kakak Limau yang duduk bilik sebelah tu pun tidak boleh memahami novel ni. Aku ada novel ni pun sebab mak aku yang bagi. Kalau tak, dalam mimpi pun belum tentu aku baca novel ni haaah. Baik aku layan novel cinta ni, lagi best”. Kataku dengan penuh kejujuran.

Tanpa ku sedari, kata-kataku  itu sedikit sebanyak menjatuhkan motivasi dirinya.

Pulang ke bilik, dia meletakkan novel tersebut di dalam “To-Read-List” yang paling bawah.

Semangat mahu membaca novel tersebut berada di tahap negatif 120.

Namun, takdir manusia, Allah yang tentukan.

Saat dia kebosanan di dalam bilik, hatinya tergerak membuka novel tersebut.

Semenjak itu, tangannya tidak boleh melepaskan pegangan novel itu, mindanya tidak boleh tidak menghabiskan karya   286  muka surat itu dan hatinya sudah terpateri kukuh dengan novel itu.

Dan, dia,

Ya, dia,

berjaya menghabiskan membaca novel itu dalam masa 2 jam.

Selesai membaca, terbit satu perasaan baru dalam dirinya.

Tidak pernah terfikir dalam benak hatinya seorang pendakwah terkenal  mampu menulis sebuah novel cinta yang sungguh tragis.

Tidak pernah lagi dia membaca sebuah novel cinta yang mampu menceritakan kepincangan adat masyarakat Padang pada zaman itu sebaik Hamka.

Tidak pernah lagi dia berjaya memecah rekod dirinya sendiri dengan membaca sebuah novel setebal 286  muka surat dalam 2 jam. Rekodnya yang terbaik sebelum ini adalah membaca buku setebal 200 muka surat dalam masa setengah hari.

Dan, sudah tentu, tidak dapat dinafikan lagi, dia, sudah jatuh hati dengan karya Hamka.

Dan, dia-ya, dia, rakanku itu, ketika dia memulangkan novelku itu, dia bukan sahaja memberikan sebuah novel, bahkan memberiku sepucuk surat yang ku kira, mengubah persepsiku terhadap novel itu selama-lamanya.

Wahai teman,
Aku sangat suka akan novel ini.
Terima kasih atas novelnya.^^

Seorang pengarang, bilamana dibaca orang karangannya, orang tertarik dengan kesulitan bahasa yang dipakainya. Yang lain pula, bahasanya tidak begitu dipedulikannya, kadang-kadang menyalahi kepada kebiasaan orang lain, bahkan menyalahi nahu dan saraf yang terpakai pada lazim, tetapi lebih enak orang membaca karangan itu.”
(Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,Cetakan Keempat 2007, muka surat 195)



P/s: Mungkin bagi kau, bahasa novel ini tinggi, namun bagiku, bahasa novel ini indah, bahkan sangat indah dengan plot penceritaan yang penuh pengajaran.

Aku hormat pendirian kau untuk tidak membaca novel ini sehingga ke halaman terakhir, namun ketahuilah duhai teman, kau akan kehilangan ilmu yang sungguh berharga.

Bukan mudah membaca novel karya ulama saat masyarakat di sekeliling kau lebih memuja karya cinta yang melalaikan.

Bukan senang membaca karya yang bahasanya tinggi sedangkan orang di sekeliling kau sibuk menyingkatkan perkataan dan melupakan keindahan bahasa.  

Dan aku akui, sangat sukar membaca karya sastera bila kau bergelar seorang pelajar sains.

Duhai teman, kuatkan diri menentang arus yang melalaikan dirimu  agar kau tidak menjadi orang-orang yang rugi di akhirat kelak. Moga Allah permudahkan=)

Terima kasih teman.




"Orang pintar itu ialah yang selalu menjaga dirinya (dari hal buruk) & banyak beramal untuk bekalnya di akhirat kelak." (HR.Tirmidzi)