04 April 2013

seindah pelangi


  Suasana di tepi pantai petang itu mulai terang. Tadinya mendung gelap. Selepas tangisan langit semakin reda, barulah mentari berani memunculkan dirinya semula. Barangkali dia yang membuat langit sedih.

  Ida dan gerombolannya baru tiba membawa macam-macam bekalan. Mahu berrehlah kononnya. Hampir saja mereka membatalkan hasrat suci dan murni itu apabila di tengah highway, hujan lebat meyimbah 2 buah kereta yang mereka naiki. Namun, demi menghargai penat lelah Mira dan Kina yang semalaman tak tidur memerap ayam untuk dibarbequekan petang itu, mereka teruskan juga perjalanan. Alhamdulillah, hujan semakin reda tatkala mereka makin hampir tiba ke pantai. Untungla.

  Setelah menyiapkan port mereka di tepi pantai, maka mereka mula berkeliaran membuat akitviti masing-masing. Sha dan Mira pergi membeli layang-layang dan mula membaca pergerakan angin. Siap untuk menerbangkan layang-layang mereka. Areen lincah mengeluarkan DSLR dan ligat memusing-musing lensanya mencari sudut tampak yang menarik sekitar pantai. Kina pula membuka halaman 29 novel tulisan Hlovate, yang baru semalam mula dibacanya sambil memerap ayam. Sambil itu, Anis, Ida dan Ja bergelumang dengan ayam-ayam panggang. Habis merah muka Ida meniup-niup bara kayu yang berasap sambil Ja dan Anis membolak-balikkan ayam. Sementara itu, Lina yang tidak tahu mahu berbuat apa mengajak Yati berjalan-jalan menyusuri pantai. Yati ketika itu baru selesai membancuh air, tidak menolak pelawaan mulia Lina itu.

  Angin tersangatlah mesra petang itu. Tudung labuh Lina dan Yati yang disapa bayu laut itu liuk lentuk beralunan seperti ekor ikan emas yang menari-nari dalam akuarium segiempat. Dedaunan nyiur tinggi lampai melambai lambai. Seperti mengalu-alukan kehadiran mereka. Di tepi pantai, air berlumba lari naik membasahi pasir yang puteh berkilau. Sekali sekala mereka terserempak ibu ketam yang sibuk mengajar anaknya berjalan lurus. Di tengah lautan luas membiru, ada unjuran pelangi indah yang dijadikan oleh sang mentari untuk memujuk sang langit yang tadinya berdukacita. Ewah. Suasana yang begitu menyamankan dan mendamaikan jiwa yang bergelojak. Lebih-lebih lagi mereka itu yang sedang melarikan diri daripada lambakan esaimen dan tekanan test-test akademik di unibersiti.

[credit]
  Setelah lenguh dan semput berjalan beberapa meter, Lina dan Yati duduk berehat di tunggul batu yang berjejeran(eh, betulkah perkataan ni?) di tepi pantai. Melemparkan pandangan ke serata kawasan pantai. Jatuh juga pandangan mereka kepada sahabat-sahabat yang asyik dengan aktiviti masing-masing. Seorang demi seorang mereka umpat deskraibkan. Kadang-kadang keduanya tersenyum tertawa melihat gelagat telatah sahabat-sahabat mereka.

      "Kelakar la sahabat-sahabat kita kan Lina. Macam-macam ada. Haha." Yati mengkonklusikan dapatan daripada pemerhatian mereka.

      "A'ah. Semua pun ada stail masing-masing. Memang beza-beza. Hihi." Lina menyokong penuh kenyataan Yati.

      "Tapi, perbezaan tu la yang buat ukhuwah kita ni indah kan. :)"

      "Ha, macammana tu?" berkerut juga dahi Lina mendengarnya.

      "Cuba tengok pelangi tu. Indah kan." Yati menghalakan jari telunjuknya ke arah pelangi yang tersergam indah di tengah lautan.

      "Opkos la."

      "Cube tengok warna-warna dalam pelangi tu. Ada yang sama tak?"

      "Emm. Takde. Semua lain-lain."

      "Macam tu la. Pelangi tu indah sebab ia terjadik daripada warna-warna yang berbeza. Kalau semua sama je kalernya, mesti tak cantek. Macam kita la jugak. Kalau semua sepesen, boring la. Ye dak?"

      "Ha. Betol. Betol. Betol."

      "Hehe."

  Akhirnya mereka berdua pun pulang ke kubu setelah Ida memanggil mereka pulang untuk sama-sama menjamah ayam yang sudah siap dipanggang hingga hitam legam.


3 comments: