30 May 2014

kerana ukhwah kita.



Ingat tak semalam
akhi ukhti sayang?

kalian sama-sama dalam 
setiap gerak kerja

walau ujian seberat mana
walau ombak setinggi mana
walau taufan sekuat mana
walau cacian sehebat mana
kalian hadapinya bersama

bertahun sudah kita ikrar bersama
bertemu dan berpisah
hanya keranaNya

ukhwah kita
tak ada sapa boleh belinya
walau dengan pengumpulan
segunung harta dibumi ini
tak mampu menggadainya

dengan semua itu
takkan ku mahu 
hari ini melihat ukhwah
ini menjadi kaca yang berderai
ke bumi yang tiba saatnya
menjadi penghuni
bakul sampah lantas hilang nilainya

kembalikan hati kepada ilahi
kembali kan ingatan kenangan
yang mencoret kebaikan demi kebaikan
dari akhi ukhti yang dikasihi keranaNya
melebihi dari kelukaan yang bisa menjadi penawarnya

Ingat akan hari esok
akan sebab ukhwah yang sekian 
lama Allah bina ini
kerana ukhwah kita
bukan biasa-biasa.
tapi sampai syurga..



14 February 2014

Adakah aku kekasih mu?


Kasihnya itu
kerana kita
hamba-Nya

Kasihnya itu
kerana kita
umatnya

Kasihnya itu
kerana kita
cintanya

Namun
kasihkah kita
kepadanya?

Kasihkah kita 
kepada 
pengorbanannya?

Kasihkah kita
kepada
perjuangannya?

Kitakah
yang menyambung
perjuangannya?

Atau kitakah
yang menghancurkan
perjuangannya?

Allah,
sungguh tidak layak
andai sehari
dalam hidup ini tidak memikirkan
nasib umat

Wahai kekasih Allah
Malu untukku mengatakan
aku ini penyambung
mata rantai
perjuangan

Jauh sekali ingin mengakui
sebagai kekasihmu
Adakah aku kekasihmu?


12 February 2014

Ukhwah kicap.




Tuk3..
terlihat satu sosok tubuh dihadapan pintu apabila daun pintu dibuka.

“Haa Ahmad dah balik! jom makan sama” Ajak Rafiq, Hafiy dan Izzy (sambil melambai-lambaikan tangan)

Ahmad  hanya tersenyum dan terus duduk bersila bersama sahabat yang lain

Mereka mengaminkan doa yang dibaca oleh Rafiq.

Ahmad menahan sahabat nya dari makan
Lalu mengeluarkan sebotol kicap dari beg nya.

"Tak ada kicap ni mana best makan" (sambil menunjuk botol kicap dan menuang ke dalam dulang)

Sahabat lain mengangguk ngangguk tanda setuju.

***

Nama aku Ahmad Zakfi, pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan nuklear, hobi aku menulis.   Bila aku buntu dengan assignment dan bosan, aku akan buat cerpen,puisi dan lain-lain. Orang kenali aku dengan nama sup saiya. Ahhaaa..

Aku tinggal di apartment di Damai Indah bersama tiga lagi sahabat baik.

Sahabat aku yang pertama ni namanya ZulRafiq Addin,  dia ni kuat gelak dan sangat ceria.  Hobinya pergi majlis ilmu dan program tarbiah. Pelajar tahun akhir juga sama macam aku tetapi kos astronomi. Seorang berkepimpinan tinggi dan sangat menjaga hati sahabat2 nya. Juga thiqah dan berkaliber. Dia juga lah yang sering saja menjaga tarbiyyah kami di rumah. Bila buat lagha sikit adalah tazkirah ringkas dari beliau.

Sahabat aku yang kecil molek ni pula namanya Hafiyzulhakim. Sangat outspoken dan stylo. Dia juga seorang ketua pelajar di Universiti. Orang yang berkaliber dan berpengaruh . Kaya dengan idea-idea yang mantap. Cumanya dia mudah tersinggung dan sedikit sensitif.  Sama kelas dengan aku dan merupakan salah seorang sahabat aku yang paling rapat . Geng gaduh jugak.

Hah dan yang terakhir ni namanya Mohd Izzy Emir. Sahabat baik aku jugak. Izzy ni selalu je tersenyum. Buat apa-apa pun sangat komited, mudah didekati dan penyabar. Yang paling best dia yang selalu masak untuk kami.
:]]

Kami tinggal berempat je di rumah ni. Apa-apa pun masalah kami selalu je kongsi bersama. Kami pelengkap kekurangan antara satu sama lain.

Setiap hari kami solat berjemaah bersama
Makan bersama
Usrah bersama
Tidur pun bersama-sama
Sweet kan kami!! :]]

Sehinggalah suatu hari
Panggilan telefon,
“Kenapa dengan dia? Ok2 aku datang sekarang” suara rafiq cemas
“Ok! Tunggu Izzy ke sana” Izzy juga cemas setelah mendapat panggilan telefon.

Mereka bergegas menuju ke hospital Pakar Damai Sutera lebih kurang 15minit dari Universiti.

“Hafiy cedera parah masa kami dalam perjalanan ke kuliah pagi tadi.
Aku yang bonceng dia tadi tapi aku sempat turun dari motor dan Hafiy yang melanggar bas tadi.
Allah, doakan Hafiy ye Rafiq, Izzy. “ Ahmad menceritakan detik-detik cemas yang berlaku pagi tadi sambil air matanya deras mengalir dan mendakap kedua sahabat baiknya dengan penuh perasaan serba salah.
“Sabar Ahmad, inshaAllah Hafiy tak da apa-apa, sekarang ni kita banyakkan doa kepada yang Maha Kuasa”.

Mereka pun melangkah perlahan ke surau dan solat hajat buat sahabat mereka  Hafiy yang tidak sedarkan diri di Wad ICU..

“Berdasarkan laporan Xray ni, kawan awak mngalami masalah di bahagian kepala disebabkan hentakan yang kuat” kata Dr.
“Jadinya Dr”, kata Ahmad.
“dia kemungkinan mengalami hilang ingatan”. Kata Dr.
Kata terakhir Dr itu benar-benar membuatkan hati kami tersentak. Adakah kami perlu sediakan diri kami untuk kehilangan Hafiy, sahabat kami.
Ya Allah..

(Di Wad ICU)
Pada malam hari itu, Ahmad lah yang menjaga Hafiy di ruang hospital yang sunyi sepi. Hafiy masih tidak sedarkan diri dan tiada sebarang pergerakan pada dirinya.
Ahmad membisik ke telinga Hafiy,

“Hafiy, Kau ingat tak dulu kita selalu kongsi kicap kalau makan. Kau tak makan pedas sama macam aku. Jadi kita je yang  selalu gilir-gilir pergi beli kicap kat kedai.
Lepastu kau ingat tak? Kita semua  akhirnya suka makan kicap.
Kalau tak ada duit je kita suruh Izzy tolong masak nasi panas dengan telur mata. Lepastu makan dengan kicap je.”

Hafiy, kau bangunlah. Boleh kita makan sama-sama lagi .”
Tanpa sedar air mata Ahmad mengalir
Dan cepat-cepat dia mengelap risau terkena papa muka Hafiy.

Doa juga tidak putus dari mereka yang lain dan dalam sujud mereka dipertiga malam bermunajad kepadaNya.


Seminggu kemudian..

Hafiy masih lagi tidak sedarkan diri.
Makanan dan minuman masuk ke tubuhnya melalui bantuan tiub.
Pelbagai kata-kata semangat dari keluarga dan rakan-rakannya hinggap ke cuping telinga.  Bebola matanya sahaja yang bergerak-gerak.

Aku , Rafiq dan Izzy datang ke hospital

"Hafiy! Kami datang bawa makanan yang kau suka."

Kami terus membuka nasi panas yang dibawa dari rumah.

“Bangunlah Hafiy , kitorang tunggu kau untuk makan sama-sama lagi” Izzy berkata kepada Hafiy.
Tiba-tiba tangan Hafiy bergerak-gerak..
mulutnya turut bergerak seperti mahu berkata sesuatu
Rafiq meletakkan telinganya di mulut Hafiy.

“Kicap”, satu perkataan itu keluar dari mulut Hafiy.

“Hafiy kau dah sedar?” tanya semua sahabatnya dengan nada yang penuh syukur.
“Aku nak makan nasi dan kicap dengan korang” katanya lagi.

Alhamdulillah Hafiy telah sedar berkat dari doa semua. Mereka semua pun makan bersama-sama nasi berlaukkan kicap yang dibawa.

Lama kelamaan ingatan Hafiy pulih sepenuhnya dan mereka bersatu kembali dengan penuh gembira diatas ukhwah Kicap kerana ALLAH.

Terkadang teman bergembira  ramai,
tidak ramai pula kawan saat berduka,
kecuali sahabat surga,
yang setia walau perlu berkorban masa.
yang penting melihat sahabatnya gembira,
tanpa muram pahit terasa.

Salam Ukhwah keranaNya :)