Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan Ramadan pada tahun 2020. Siapa sangka angka 20 ni membawa makna yang tersendiri. Pengalaman yang paling bermakna dan dirindui ialah berbuka puasa bersama-sama keluarga saya. Sudah lama tak rasai kemanisan dan kemeriahan berbuka puasa ramai-ramai.
Di saat kita rasa peritnya duduk lama di rumah, ingatlah ada insan yang tidak mempunyai rumah. Bukan sahaja rumah, malah keluarga juga mereka tidak ada. Oleh itu, bersyukurlah dengan nikmat yang kita ada sekarang. Di bulan Ramadan kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, bahkan menjaga pandangan, pendengaran, dan percakapan. Semoga Ramadan tahun 2020 ini memberi penuh makna kepada kita semua.
Sekian, salam rindu nak usrah.
😍,
No comments:
Post a Comment