Disclaimer: Dikala tulisan
ini ditulis, penulis sedang berada dalam perintah kawalan bergerak pada hari
yang ke 7. Sebarang tulisan adalah hanya pandangan peribadi menulis.
Hari ini sudah hari ke 7/14
dalam proses kuarantin negara. Hampir satu Malaysia tengah cuba bergelut
melawan virus covid19. Baik sektor pelancongan, pengangkutan, dan banyak lagi
sektor yang terkesan dengan covid19.
Kita semua harus bersedia
dengan kegawatan ekonomi yang teruk dalam masa terdekat, banyakkan berjimat ,
cut apa yang tak perlu dan tak penting buat masa terdekat. Peniaga banyak yang
terjejas dari segi pendapatan. Mana nak bayar sewa kedai lagi, bil api air di
kedai lagi, termasuk nak bayar gaji pekerja. Kemungkinan banyak peniaga kecil
yang tak mampu tanggung kerugian sehingga terpaksa menutup kedai selepas ini.
Lebih teruk golongan bawahan yang sebelum ini kais pagi makan pagi kais petang
lagi lah terkesan dengan semua yang terjadi.
Isu ini bukan isu di
Malaysia je tapi seluruh dunia terkesan dengan perkara ini. Dikala ini kita
boleh tengok siapa yang pentingkan diri. Panic buying beli sampai tak tengok
orang lain yang nak juga beli keperluan asas. Seorang beli sampai selori
beras(ok, ni hyperbola) macam setahun tak nak keluar rumah. Walhal, kerajaan
berapa kali ingatkan kita semua bekalan makanan mencukupi. Buat panik sampai
orang lain pun panik tengok beli sampai macam itu.
Pada mula awal covid19 ni
di China banyak orang kita buat tak tahu atau malas nak ambil tahu. Rasa macam
bukan hal kita. Masa tu ada juga yang buat spekulasi yang penyakit ini susah
nak berjangkit dengan orang Islam. Nah, sekarang bila sampai penyakit ni di
Malaysia yang majoritinya muslim semua terdiam. Tiada lagi spekulasi yang tak
berasas. Kawan, penyakit ni tak kenal bangsa, agama, kaum mahupun fahaman
politik kalian. Tolong jangan jadi rasis dan buat masa ini mari kita lupakan
sementara segala persengketaan dan apa2 ketidaksefahaman dan bersama kita
doakan yang negara kita mampu menangani masalah ni dalam masa yang cepat walau
ada negara lain yang berspekulasi bahawa masalah ini akan berlanjutan sehingga
ke hujung tahun atau malah ke tahun 2021. Doa sahajalah senjata kita setelah
usaha2 yang dah kita buat untuk kekal di rumah jika tiada sebarang urusan untuk
keluar. Selain itu, ayuh kita doakan golongan frontliners diberi kekuatan dan
kemudahan sepanjang pkp (perintah kawalan pergerakan).
Sehingga saat ini sudah 172
negara dan 14,530 mangsa terkorban yang sudah dicatatkan seluruh dunia.
Pemimpin2 dunia ada yang sudah menangis ketika di sidang media akibat
kehilangan rakyat mereka. YDP Agong sehingga terlihat di TV aliran perdana
mengingatkan kita jangan sampai kita menyesal. Virus ini bukan lagi mainan!
Sedangkan solat jemaah di masjid/surau juga dibatalkan melainkan untuk imam,
bilal dan siak. Solat jumaat apatah lagi, terpaksa dihentikan demi nak kawal
dari penyakit ni tersebar ke orang awam.
Paling menyedihkan bila
memikirkan apa kita sempat sampai ke bulan Ramadan dengan keadaan yang sudah
tenang? Boleh tarawikh bersama-sama di surau/masjid, berbuka bersama keluarga
yang tersayang dan juga solat raya aidilfitri berjemaah. Boleh bersalam-salaman
dengan semua orang tanpa rasa ada syak wasangka apa dia punya covid19?
Ayuh sama-sama kita di
mendoakan semoga wabak ini cepat berakhir. Together we are stronger. Moga lebih
terang sinar yang kita temui di hujung terowong dan kita temui pelangi setelah
bergelap dari terowong. Apa saja yang terjadi di kala ini dengan izinNya. Pasti
hikmahnya kita akan nampak di hujungnya. Moga ada doa dalam kalangan kita yang
cepat termakbul. Semoga tarawikh kali ini kita masih dapat memakmurkan
masjid. 💪
😍,
Syahida
Semoga Allah angkat dan hapuskan virus covid-19 daripada kita semua umat manusia di seluruh negara. Amiiin
ReplyDelete