30 April 2020

8 Ramadan 1441 H - Karya Ramadhan 2020


Hari ini hari Khamis. Aku sedang memangku baby yang baru selesai menyusu. Jam menunjukkan pukul 8.10 pm. Jam rumah ini dicepatkan 10 minit.


“Abang, buka TV, tengok berita. Hari ini mesti pengumuman puasa.” Dengan gaya tangan sebelah memengang baby dan sebelah lagi menunjukkan kearah TV.

 
Suami mengambil remote and membuka TV. 



“Abang rasa dia pakai baju warna Hijau kali ni” suamiku cuba main teka teki.

“Warna biru kot,sempena kerajaan Baru” kataku cuba meneka juga

Ikuti pengumuman puasa oleh Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Kali ni bagiku dia memakai baju biru cair,bersamping hijau. Tapi suami tetap mengatakan dia memakai baju Hijau. 



 "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Jumaat, 24 April 2020.”


Alhamdulillah,esok puasa untuk tahun 1441 Hijrah,  Allah masih temukan diri ini dengan Ramadhan pada tahun ini. 


Sejurus mengumuman Puasa, ada pula Perutusan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Aku dengar bait-bait ucapannya dengan begitu teliti. Sebak hati ini bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020. Walaupun PKP 1 dan 2 dilaksanakan semasa aku sedang cuti besalin, tetapi aku tetap terasa lainnya hidup ini. Ikutkan 29 April 2020 ni berakhirlah cuti bersalinku, habis PKP 2 sepatutnya dah naik kerja, segala bekalan susu adik dah aku sediakan. Nampaknya, kita kena tetap berada dirumah. Ini bermakna tiada Tarawih pada tahun ini.  


Ya Allah, sedihnya, walaupun tahun ni aku mungkin tak dapat bertarawih di Masjid atas sebab kelahiran baby baru, tapi aku suka mendengar bacaan dan laungan takbir dari masjid berhampiran rumah aku ni. Terasa suasana Ramadhan tu, seronoknya Pesta Ibadah. Tahun ni semua tu tak ada. Hanya kedengaran azan lima waktu sahaja. Alhamdulillah azan lima waktu tu masih berkumandang.  


Inilah yang dikatakan kesempatan. Semasa Allah berikan peluang untuk kita berjemaah di masjid, pada masa tu kita biarkan masjid dengan hanya satu dua tiga kerat saf. Sekarang kesempatan itu dah tak ada. Masih ada ke kesempatan pada masa akan datang?


Tidak terfikir langsung Masjidil al-Haram yang penuh dengan umat Islam tapi kali ni lengang akibat Virus Covid-19 ni. Ada yang mengatakan ini semua virus ciptaan untuk New World Order. Mungkin ya, siapa tahu kisah underground musuh Islam. Sekarang akibat virus ni kita umat Islam tak dapat solat berjemaah di masjid, malahan sudah 6 kali Solat Jumaat tidak dilaksanakan. Aku agak tersentuh dengan kata-kata seorang komenter ni.


 “Sekarang kita akur untuk tidak bersolat berjemaah di masjid, suatu hari jika ada virus yang melarang untuk kita sujud, masa tu kita takut virus atau kita akan tetap sujud pada Allah walaupun kita akan dijangkiti virus?”


Sempena Ramadan yang Mulia ini, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah agar virus ini lenyap di atas muka bumi Allah dan kehidupan kita kembali seperti sedia kala.
 









Stay Safe, Stay Healthy  
Selamat Berpuasa , Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.InsyaAllah.



 ðŸ’“,
CH
24.04.2020








1 comment: