28 April 2020

6 Ramadan 1441 H - Karya Untuk Arruhul Jadid

 







Assalamualaikum warga Ar Ruhul Jadid sekalian. Apa khabar semua? Harapnya semua dalam keadaan baik dan sihat di samping keluarga yang tersayang. 

 
Hari ini merupakan hari yang ke-17 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, masih ada pasangan yang terpaksa berjauhan kerana komitmen kerja, anak-anak berjauhan dengan ibu bapa di kampung dan para pelajar berada jauh di kolej atau universiti disebabkan arahan PKP ini. Saya doakan agar semua dapat bersabar, sentiasa kuat dan tabah menghadapi tempoh ini.


Saat ini daku baru sahaja berjaya menidurkan Aliya Wafiya (bermaksud kesempurnaan yang tinggi), anakku yang baru berumur 4 bulan 17 hari. Emak anak satu ini yang masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kehadiran cahaya mata yang pertama, berasa serba salah apabila membaca ‘reminder final call’ daripada sahabat untuk menghantar karya atau ucapan di dalam group WhatsApp. Keinginan untuk menghantar karya tersebut selalu tertangguh dek si cilik tersebut. Haha, alasan! Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.


Daku buntu memikirkan topik untuk dimuatkan untuk tatapan sahabat. Almaklum daku tiada kemahiran untuk menulis, sekadar suka membaca sahaja. Namun ku cuba demi sahabat. Mohon terharu ^_^. Eh, panjangnya intro, bila nak start daa. Ok, let’s start. Topik berkaitan dengan intro di bahagian atas, iaitu Aliya. Alhamdulillah, syukur kami dikurniakan cahaya mata selepas beberapa bulan kami berkahwin. Saat ini daku tidak lupa berdoa semoga Allah kurniakan pasangan lain di muka bumi ini yang masih mencuba dengan zuriat yang soleh dan solehah. Keep trying, berdoa dan yakin kepada Allah s.w.t. 


Bila daku melihat media sosial kini, netizen sering memuatkan momen-momen manis anak mereka untuk tatapan semua, tidak terkecuali diriku. Namun hakikatnya, disebalik momen manis tersebut terselitnya momen pedas, pahit, masam dan masin yang tidak ditunjukkan dalam ig dan fb. Ada ketikanya Aliya susah tidur malam, hendak sentiasa didukung atau dibawa berjalan – jalan. Ada kalanya menangis melalak seolah-olah kena pukul, memikirkan kemungkinan ada gangguan makhluk halus, walhal setiap saat sudah dipasang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Zikir – zikir sudah dibaca namun masih tidak berkesan. Lampin sudah ditukar baru, minyak sudah disapu, susu sudah diberi, namun masih seperti tiada kesan. Ibu pun tumpang menangis sekali dibuatnya. 


Kami suami isteri gigih memujuk serta menggoogle tip – tip untuk mengawal keadaan tersebut. Ada artikel yang mengatakan mungkin baju yang dipakai tidak memberi keselesaan kepada bayi. Kami membuat keputusan untuk membuka baju dan seluar, hanya tinggalkan lampin sahaja. Try and error pelbagai cara termasuk memasang ‘lullaby’ atau ‘white noise’ yang dikatakan mirip bunyi samasa bayi dalam rahim seperti bunyi denyutan jantung ibu dan sebagainya.


 Alhamdulillah, ada kalanya teknik ini berkesan, ada kalanya tidak. Maka saat akhir, hanya kesabaran jua yang diperlukan. Daku juga ingin berkongsi tip yang diberikan oleh kakakku bagi ibu untuk amalkan zikir-zikir dikala stress mengawal ragam anak menangis seperti membaca sebanyak-banyaknya :
1. HasbiAllahwanikmalwakil…,
2. LahaulawalaQuataillabillahilaliilazim..,
3. Astagfirullahalazim…

Selain itu, amalan membaca surah Al-Qadr juga dapat menjadi ikhtiar untuk bayi yang susah tidur. Sebelum tidur, sentiasa membaca ayat Qursi, Al-Fatihah dan 3 Qul. Jangan lupa untuk memperbanyakkan memohon doa kepada Allah agar keluarga sentiasa dilindungi dan dijauhi dari sebarang musibah. Bayi yang berusia di bawah 5 bulan masih belum biasakan diri dengan dunia baru dan belum serasi untuk sesuaikan diri. Bila tiba saat genting seperti ini, sikap toleransi atau pertolongan daripada para suami amat diperlukan. Sama-sama kena saling tolong menolong, baru hidup saling melengkapi. InsyaAllah.

Akhir kata, semoga para ibu dekat luar sana termasuk daku sentiasa dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi serta sentiasa belajar untuk mengawal emosi. Tidak sampai sebulan lagi akan tibanya bulan Ramadhan yang mulia. Jom sama-sama berdoa agar wabak Covid-19 yang melanda dunia hari ini segera berakhir sebelum tibanya bulan Ramadhan. Sedih membayangkan Ramdhan tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, nauzubillah. Pastikan kita mendengar arahan pihak berkuasa demi memastikan wabak ini tidak menular. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia nanti dengan hati yang tenang. Amin ;)

#NAY
#3April2020
#RMO17
#stayathome
#staycalm
#don’tpanic









1 comment: