03 October 2013

of sos and kicap (part II)

*Baca part 1  

  Brr. Brr. Brr.

  Enset Azlan bergetar. Tanpa suara deringan. Dia sengaja letak mod senyap. Tak mahu di ganggu tidurnya di hujung minggu. Setelah 5 hari bergelumang dengan kuliah, pensyarah, test, quiz dan esaimen bagai. Hujung minggu merupakan heaven untuk Azlan. Sem ini dia ambil 20 kredit. Ada beberapa subjek sem lepas yang dia ulang semula untuk baiki pointer semasa. Dia ada dua sem berbaki sebelum tamat pengajian di unibersiti. Dan di hujung-hujung pengajian ini, semua semakin berat dan mencabar bagi Azlan.

  Malas-malas, Azlan capai enset atas meja. Ada mesej baru masuk. Daripada Hasnim. 
Assalam. Sobahul Khoir. Jom sarap kat Aminah sekarang. Lincah!
  Azlan baca sekali imbas. Kemudian dia letak semula enset ke atas meja. Azlan tarik selimut hingga melepasi kepalanya.
"Ah, malaslah."
  Azlan sedikit berbisik.  Dia cuba lelap lagi. Tidak lama kemudian, panggilan pula yang masuk. Azlan ambil semula enset. Hasnim lagi. Azlan tunggu sehingga panggilan itu tamat. Kemudian, Azlan matikan enset.
"Aman."
...

  Pukul 10.30 pagi akhirnya Azlan bangun. Betul-betul bangun. Dia sudah tidak mengantuk lagi.

  Sem ini Azlan tinggal bilik single. Tiada roomate. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, Azlan sentiasa duduk berdua. Walaupun dengan orang berlainan setiap tahun. Tahun ini, Azlan betul-betul mahu bersendirian. Terutamanya, bersendirian dari mereka. Hasnim dan yang lain.

  Azlan kuak jendela. Udara pagi segera menerpa masuk. Langit mendung pagi itu. Tak lama lagi pasti hujan.
"Hujan. Bosannya." 
  Azlan buka laptop atas meja. Connect wi fi. Log masuk mukabuku. Tengok notification. Ada 14 semuanya. Azlan teliti satu persatu. Hampir semuanya adalah request-request untuk bermain game 'Candy Crush'. Azlan langsung tak berminat. Tiba-tiba mata Azlan tertarik dengan satu notification.
Hasnim commented on a photo of you.
   Gambar lama di mukabuku. Gambar Azlan, Hasnim dan yang lain-lain. Dia masih ingat lagi cerita di sebalik gambar tersebut. Masa tu tahun satu. Ada iftar puasa sunat hari isnin, anjuran Persatuan Mukminin Mukminat kat unibersiti. Makan dalam talam. Entah macammana. Azlan, Hasnim, Syamsul, Aslam dan Amin masuk dalam talam yang sama. Talam kecil, tapi yang makannya 5 orang. Tak kenal pun antara mereka. Masing-masing ikut abang senior yang ajak pergi program iftar tu.

  Tapi, itulah kali pertama mereka berlima berkenalan. Antara mereka, fakulti dan kolej berlainan. Cuma Syamsul dan Hasnim yang sama kolej dan fakulti.

...


 "Weh, ada sos cili. Nak tambah tak? Sedap jugak ni dengan ayam madu."
  Aslam mencadang. Serentak antara Hasnim, Syamsul dan Amin menyahut.
"Bole. Bole."
  Azlan senyap. Dia tidak biasa makanan pedas. Walau cuma sedikit pun. Sos cili jauh sekali dalam menu hariannya. Entah kenapa, dia akan ke tandas dua tiga kali setiap kali menjamu makanan pedas. Dan mungkin pelik, dia lebih selera dengan kicap. Setiap kali makan, kicap tidak akan pernah dilupanya. Hatta, sekadar nasi putih dan kicap sudah cukup untuk Azlan tambah dua tiga kali.

  Kerana tidak mahu mengganggu selera kawan-kawan barunya, Azlan tidak membantah. Cuma, dia sangat memilih setiap kali menyuap makanan ke dalam mulut. Dia akan mengasingkan makanan yang terdedah dengan sos cili. Sehinggalah Syamsul perasan.
"Lan, ko tak makan pedas ke?"
"Err. A'ah."
  Azlan sengih-sengih.
"Laa, kenapa tak bagitau awal-awal. Dah nak habis kitorang makan."
  Dengan mulut penuh nasi, Hasnim mencelah.
"Eh, takpe. Takpe. Aku tak puasa pun sebenarnya. Korang makan la."
  Azlan mempelawa mereka meneruskan makan.
"Eh, aku pun tak puasa sebenarnnya."
"Yeke. Aku pun."
"Haha. Same la."
  Berturutan. Amin, Hasnim dan Syamsul mengaku tak puasa. Seterusnya, Aslam menambah.
"Apela korang ni. Orang datang sini nak buka puasa, bukan makan malam."
"Ko puasa ea?"
"Eh, taklah. Aku cuti. Haha."
  Berdekah ketawa antara mereka berlima. Nasib baik tak tersembur nasi.

...

  Azlan senyum sendiri mengenangkan peristiwa tahun lepas itu. Kesal pulak rasanya bila dia memilih untuk mengasingkan diri daripada mereka.

  Azlan baca komen terbaru yang ditulis Hasnim sejam lalu.
"Dua tiga botol sos, mana nak sama botol kicap."
  Azlan termenung sebentar membaca komen Hasnim. Komen terakhir dalam post berkenaan gambar itu adalah 2 tahun lepas. Dan kini, tiba-tiba masa seolah diputar kembali ke belakang. Terlalu banyak kisah disebalik barisan ayat ringkas itu. .

[to be continue, In Shaa Allah..]

10 July 2013

Seksa Kubur ketika bulan Ramadhan

Assalamualaikum..Salam Ramadhan,selawat serta salam pada Junjungan Besar Nabi kita Nabi Muhammad SAW dan kaum kerabat baginda..

Kita pun pasti merasainya.. bersediakah? 
Kita selalu dengar ceramah ustaz  yang pada bulan Ramadhan terbukanya pintu syurga seluas2nya dan tertutupnya pintu neraka serapat2nya.. namun kali ini CH mahu kongsikan satu kisah yang dipetik dalam Kitab az-Zawajir fi-Iqtirafi al-Kabair, Ibnu Hajar yang menulis kisah ini, iaitu kisah seksa kubur.

Kisah ini adalah kisah Ibnu Hajar sendiri. Bermulanya kisahnya, Ibnu Hajar ini selalu ke kubur ayahnya, untuk membaca al-Quran disisi kubur ayahnya. Pada suatu pagi yang gelap selepas solat subuh iaitu pada sepuluh malam Ramadhan yang terakhir, dan kemungkinan pada malam itu adalah lailatulqadar. Tak ada sesiapa  pun selain dia dikawasan kubur tersebut.

Ketika dia duduk dan mula membaca ayat2 al-Quran, tiba-tiba dia terdengar suara rintihan yang mengejutkan “aah..aah… aahh..”  dan nadanya  sangat memilukan.. Suara tersebut datangnya dari kubur yang dibina dengan  batu dan simen, berwarna putih bersih.



Dia memberhentikan bacaan al-Quran dan mencari-cari mana datang suara tersebut. Ternyata datangnya suara tersebut dari kubur tersebut. Penghuninya sedang diseksa, ia mengaduh dengan suara rintihan yang sangat menyayatkan hati. Dia sempat mendengar suara tersebut beberapa minit, dan apabila matahari mulai terbit suara itu menghilang.  

Tidak lama kemudian, ada seorang lelaki melalui tempat itu, dia bertanyakan pada lelaki tersebut.. “Maaf tuan, ini kubur siapa?”.. Lelaki itu pun menjawab.. “kubur si Polan”. Nama yang disebut sangat dia kenali, dia pernah berjumpa denganya ketika kecil dahulu. Allahyarham sangat rajin datang ke masjid, sentiasa menjaga solat dan tidak banyak bercakap.

Dia sangat hairan kerana allahyarham sangat soleh tetapi kenapa dia mendengar suaranya merintih kerana diseksa didalam kubur. Dia bertanya kepada yang lebih mengenali allahyarham..  rupanya allahyarham seorang peniaga, dan ketika usia tua, dia mahu menambahkan sedikit harta kerana dia tidak merasa cukup dengan harta yang dimilikinya. Lalu syaitan membisikkan supaya dia melabur dalam riba supaya hartanya tidak berkurangan.

Ibnu Hajar berkata:

“ Itulah yang menyebabkan dirinya mendapat seksaan kubur walaupun di bulan Ramadhan, dan pada malam lailatulqadar yang penuh rahmat”


p/s: CH Sharing dari buku “Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia”.. muhasabah diri kita semua.. doakan semoga kita menjadi hamba Allah yang terbaik, dan ramadhan ini adalah ramadhan yg lebih baik dari sebelumnya, dan doakan juga pada yang sudah tiada supaya diberi kesejahteraan di alam sana. Wasalam sayang..

09 April 2013

Siapa yang baik hati, kan disayang ALLAH~ Ahaks!




Putih-putih melati, merah-merah delima,
sapa yang baik hati, kan disayang ALLAH... lalala~


"Hang jangan perasan laa. klo perangai hang x baik. sape nak kat hang?"

"Tengok diri hang tu skit, perangai cam pftt tuttt... tapi nak yang baik2, nak yang alim2. Pooorah!"


Sape yang nak pasangan yang tak baik? yang selalu buat jahat?
mestilah tak de sape yang nakkan?

Saya sangat yakin pasti setiap manusia yang waras di bumi ini menginginkan pasangan...
yang soleh/solehah,
yang selalu datang ke surau,
yang selalu bangun malam (nati bole die kejut kita bangun skali),
yang lidahnya sentiasa basah dengan zikir-zikir mengingati ALLAH dan RasulNya,
yang selalu tolong orang,
yang baik tutur katanya,
yang selalu melakukan kebaikan,
yang indah akhlaknya.
Uihh,, banyak kot. nak tulis sume ke?!!

Kita mahukan pasangan yang terbaik dalam hidup kita, tapi pernahkah kita berusaha bersungguh-sungguh mendapatkannya? Kita buat apa je untuk dapatkannya?

Apakah kita tidak tahu bahawa pasangan kita itu pun mahu yang terbaik dari kita?
die pun nak kita ni soleh/solehah,
die pun nak kita selalu datang ke surau,
die pun nak kita selalu bangun malam,
die pun nak kita sentiasa membasahi lidah dengan zikir-zikir mengingati ALLAH dan RasulNya,
die nak kita mahu sume lah!! yang baik-baik dari kita...

Tapi malangnya...
Kita tidak boleh paksa orang untuk menjadi soleh/solehah,
Kita tak boleh paksa orang jadi Baik!

Apa yang kita boleh buat?

BAIKI diri kita menjadi lebih baik!! Yeah!
Kita boleh rajinkan diri kita solat berjemaah,
rajinkan diri kita datang ke surau,
rajinkan diri kita bangun malam,
rajinkan diri kita dengan buat bende-bende baik!

Barulah ade orang yang berkenan... kn2 :)

Opps!
niat tu kene betul, jangan niat pergi surau sebab nak pasangan yang baik.
tak betul 2.  (ngeleng-ngeleng kepala)
niat tu mesti suci murni dan lurus kepada ALLAH, jangan menodai niat itu. ok! :D


"... perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-prempuan yang baik..."
[An-Nur :26]



Jadi bermujahadahlah (bersungguh-sungguh) menjadi orang yang hampir dengan ALLAH.
kemudian doalah pada ALLAH, semoga dengan mujahadah iman kita.
ALLAH akan anugerahkan pasangan yang bukan sahaja baik
bahkan pasangan yang hampir dengan ALLAH. Waaa~

semoga dengan usaha kita yang berterusan,
ALLAH akan lekatkan dalam diri kita kesolehan, lisan yang baik,
suka pada kebaikan dan berakhlak mulia ... aminn~

~JOM BERUBAH JADI LEBIH BAIK~ smile


tentang Laksamana Sunan.


“Laksamana Sunan.” Jeritan Kerang mengejutkan semua penumpang dalam bas 2 tingkat itu.

“Kerang, bangun. Ko ngingau ae?”Lala,teman di sebelah Kerang mengejutkan Kerang.  Mata penumpang di dalam bas tertumpu kepada mereka berdua.

Kerang membuka mata perlahan-lahan. Lala di sebelah pula tidak habis-habis meminta maaf kepada penumpang lain yang asyik memandang mereka.

“Aku ngingau ke?” Dengan suara serak-serak basah, Kerang bertanya kepada Lala.  Di mindanya masih terbayang-bayang pertarungan antara Laksamana Sunan dan Hang Tuah.

“Ye la, cik adik oi. Tak nak semua orang pandang ko pula, tu la, tido lagi lepas asar,” Lala membebel.

“Bukan aku sengaja nak tidur, tadi makan nasi lemak kot. Tu yang ngantuk.” Kerang memberi alasan. 

Sememangnya, perjalanan dari Pulau Pinang-Kedah-Shah Alam cukup memenatkan badan beliau yang biasa dimanjakan.

“Ye la tu.Alasan. Success people doesn’t make excuses.” Sambil bercakap, tangan Lala mencapai air mineral dari beg lalu diberikan pada Kerang yang masih kelihatan lemah.

By the way, Laksamana Sunan tu siapa?Pakwe baru kau ae? Unik kot nama beliau.” Lala menyambung perbualan. Kali ini, beliau mengambil pula laksa goreng yang baru dibeli di Kedah tadi.

“Laksamana Sunan?” Kerang mengerutkan dahi. Fikirannya ligat mencari pemilik nama tersebut. Macam pernah ku dengar, tapi di mana ye? Matanya tertumpu pada novel Bagaikan Puteri, novel yang dibacanya sebelum terlelap tadi.




“Oh, Laksamana Sunan! Ok,ok...hahaha..aku jerit nama Laksamana Sunan ke tadi?Laksaman Sunan tu, watak dalam novel ni hah. ”Kerang menunjukkan novel di tangannya  kepada Lala.

“Pergh, dasyat gila kau. Menghayati watak sampai masuk dalam mimpi,” Lala buat muka kagum. Tangannya pula masih ligat menyuap laksa goreng ke mulut sendiri. Laksa goreng, only available in Kedah.

“Entahlah, tapi aku rasa, watak Laksaman Sunan menarik. Laksaman Sunan, seorang pahlawan yang meletakkan Allah di tempat paling tinggi. Sedangkan, lawannya, Hang Tuah, meletakkan perintah sultan melaka yang paling utama. Kedua-duanya sama hebat. Ko rasa, kalau depa bertarung, siapa yang akan menang?”Kerang menimbulkan persoalan.

Lala yang sibuk menguyah  laksa goreng terhenti seketika. Fikirannya mencari jawapan.

“Hang Tuah la.Hang Tuah kan betul-betul wujud. Laksamana Sunan tu, imiginasi Ramlee Awang Murshid semata-mata,”Lala memberikan jawapan.

“Tapikan, dalam novel ni, Hang Tuah lepaskan Laksamana Sunan, walaupun arahan sebenar Sultan Melaka waktu tu adalah untuk pastikan Laksamana Sunan terbunuh. Jadi, tak tahu siapa yang menang.” Kerang membuang pandang ke luar. Di matanya, dia dapat membayangkan perasaan Hang Tuah menerima arahan dari Sultan Melaka. Tiada kompromi apatah lagi tawar-menawar  dalam menjalankan arahan Sultan Melaka.

“Jadi? Itukan imiginasi penulis je. Ramlee Awang Murshid kan pandai buat novel thriller. Ko bacalah A.D.A.M. Seriously, best kot.”Lala menyambung suapan laksa goreng. Laksa goreng-simple, tapi sedap.



“Yup, A.D.A.M memang best.  Tapi, bukan itu yang aku nak tekankan kat sini.” Kerang memandang Lala. Mukanya serius.

“Okey, apa yang ko nak tekankan sebenarnya?” Lala menghabiskan suapannya yang terakhir. Alhamdulillah, rezeki Allah, sedap sungguh.

“Masa Laksamana Sunan dan Hang Tuah bertarung kan, Laksaman Sunan sempat lagi berdakwah pada Hang Tuah. Sempat lagi doakan kesejahteraan Hang Tuah. Sempat lagi minta kebenaran Hang Tuah untuk solat. Dan, yang paling aku kagum, sempat lagi ajak Hang Tuah solat berjemaah dengan beliau.Nampak tak mesej yang cuba disampaikan kat sini?” Kerang bertanya. Nadanya serius.

“Berdakwah sehingga ke hujung nyawa?” Lala cuba menjawab. Tangannya kini mencapai keropok yang dibeli semasa mereka berada di Pulau Pinang.

“Yea! Lala pandai. Betul. Tapi, bukan itu je, kerana kagum dengan akhlak dan keperibadian Laksamana Sunan, maka Hang Tuah pun berhelah dengan Sultan dengan mengatakan yang Laksamana Sunan tewas dalam pertarungan tu.” Kerang telan air liur.Tangannya membuka novel yang selama ini dipegangnya. Matanya kini terarah pada novel tersebut.

“ Pendapat aku kan, dari novel ni kita boleh nampak beza jadi seorang Melayu dan jadi orang Islam. Hang Tuah, seorang Melayu yang popular dengan ungkapan ‘Takkan Melayu hilang di dunia’. Bahkan, kerana adat seorang Melayu-perlu patuh pada perintah sultan-Hang Tuah sanggup membunuh sahabatnya sendiri iaitu Hang Jebat. Berbeza dengan menjadi seorang Islam macam Laksaman Sunan. Laksamana Sunan, walaupun berasal dari Tanah Melayu, namun atas dasar kefahaman terhadap agama, sanggup berjuang mempertahankan Aceh dari dikuasai Ratu Sulaman, si penyembah berhala. Setiap perlawanan Laksaman Sunan pasti dengan perasaan yakin dan kebergantungan dirinya yang tinggi kepada Allah. Sampaikan kata-kata Laksamana Sunan ‘Sebagai manusia..aku sayang padamu’  sangat terkesan di hati Ratu Sulaman,” 
Kerang menyambung hujahnya. Matanya kembali ditumpukan kepada teman di sebelah. Bibirnya mengukir senyuman melihat Lala tertidur dengan keropok di tangan.

“Lala, Lala, aku memang suka cerita bed time story kat kau, kan?” Kerang bermonolog seorang. Tangannya mengambil keropok di tangan Lala lalu disimpan di dalam beg. Telinganya setia menghayati lagu “I Believe-R Kelly” yang dipasang di dalam bas.


I believe I can fly

I believe I can touch the sky
I think about it every night and day

Spread my wings and fly away

I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly
I believe I can fly
I believe I can fly

Dalam hatinya, ditekatkan azam untuk menjadi seperti Laksaman Sunan. Tegas dalam pegangan. Tenang dalam perbuatan. Taat arahan ibu dan bapa. Bersungguh-sungguh dalam perjuangan. Dan yang paling bermakna, mati dalam khusnul khotimah.




“Awan..
Kalau dapat kucapai
Maka saktilah hamba”
-Laksamana Sunan-

04 April 2013

schizophrenia

Bismillahirrahmanirrahim..

Bulan pada malamnya mengambang penuh. Udara sesegar di hutan rimba. Tapi, tidak bagi seorang hamba Allah ni. Malam itu sungguh gelisah sekali baginya. Tiada kata yang mampu diungkap dari bibir. Kipas di bilik yang dipasang sekuat maksimum volume tidak serasa di kulitnya. Ok, tu extravaganza.. Peluh terpercik dari dahi. Badan kebas-kebas tidak selesa. Hati berdebar-debar tidak menentu. Kalau dalam drama Melayu or pandangan orang2 tua, " kena tindih la tuh. Haha.sikit-sikit unsur tu yang dibawa.."Ish, x lari dari norma yang biasa."

"Ya Allah, mengapa begitu sukar untuk aku lelapkan mata, mengapa tidak Engkau izinkan hamba ini terlelap mengambil sekelumit masa untuk rehat dari 24 jam yang Kau anugerahkan pada semua hambaMu." Itu antara keluhan Gozales pada malam itu..

Amacam?? Pernah atau tidak kita mengalami simptom-simptom dan gejala seperti ini. emmm, wondering adakah kita pesakit schizophrenia?erk, terkebil-kebil..apa menda pulak nama penyakit tu.. Sila tanya kepada pak cik google, tidak mampu untuk ku ulas lebih lanjut.hanya mampu tunjuk gambar, :)


credit

Ok, sebenarnya dah lari topik. milllion apologize. Actually juz wanna share kenapa simptom yang dikatakan yang pertama tadi boleh terjadi, susah nak tido walau dah berulang kali dipaksa mata yang sudah mengantuk. Ayuh muhasabah, mengapa perkara ini terjadi?? Antara sebabnya adalah mungkin hati anda yang makin gelisah. Ayuh kita bedah kok bisa jadi begitu? Kita korek masalah dari dasarnya.

kredit
Sila muhasabah berapa banyak dosa yang kita lakukan sehari-hari. Mengapa kita masih takabbur untuk memohon ampun padaNya?? Di kala badan sudah merasa tidak selesa, di kala fikiran semakin terganggu. Ayuh!Cepat ingat kembali adakah kita bertaubat atas segala perkara yang kita lakukan?? Normal seorang manusia untuk melakukan dosa. Tidak akan ada manusia yang sunyi tanpa dosa. Siapa yang tak sunyi dari dosa maka dia malaikat!  Oleh itu, fungsi kita sebagai hamba bertaubatlah sebelum terlambat. Bertaubatlah sebelum malaikat menjelang di hadapan muka kita.Jangan menyesal kerana penyesalan takkan mungkin diterima bila masanya sudah tiba. Tiba2 teringat alunan lagu dari Akhil Hay yang bertajuk selimut putih...

 Jadilah hamba yang sebenar-benar hamba. Tambah lah amalan kita dan istiqamah lah dengannya. Ingatlah bahawa mati itu pasti.. 

Surah Adz Dzariyat:56
Dan(ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku

Another ayat yang buat penyakit hati yang gelisah dan susah tidur ni,Allah turunkan ayat ni:

Surah Ar- Ra'd: 28
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


Hah, amacam? Dapat tak apa yang ingin disampaikan dalam entri yang ringkas ni. Harap ianya bermanfaat untuk semua dan menjadi peringatan terutamanya buat penulis dan semua pembaca. :)

Sebelum diakhiri, nah satu lagi untuk ubat tidur: 

kredit
Renung-renungkan dan selamat beramal. 

seindah pelangi


  Suasana di tepi pantai petang itu mulai terang. Tadinya mendung gelap. Selepas tangisan langit semakin reda, barulah mentari berani memunculkan dirinya semula. Barangkali dia yang membuat langit sedih.

  Ida dan gerombolannya baru tiba membawa macam-macam bekalan. Mahu berrehlah kononnya. Hampir saja mereka membatalkan hasrat suci dan murni itu apabila di tengah highway, hujan lebat meyimbah 2 buah kereta yang mereka naiki. Namun, demi menghargai penat lelah Mira dan Kina yang semalaman tak tidur memerap ayam untuk dibarbequekan petang itu, mereka teruskan juga perjalanan. Alhamdulillah, hujan semakin reda tatkala mereka makin hampir tiba ke pantai. Untungla.

  Setelah menyiapkan port mereka di tepi pantai, maka mereka mula berkeliaran membuat akitviti masing-masing. Sha dan Mira pergi membeli layang-layang dan mula membaca pergerakan angin. Siap untuk menerbangkan layang-layang mereka. Areen lincah mengeluarkan DSLR dan ligat memusing-musing lensanya mencari sudut tampak yang menarik sekitar pantai. Kina pula membuka halaman 29 novel tulisan Hlovate, yang baru semalam mula dibacanya sambil memerap ayam. Sambil itu, Anis, Ida dan Ja bergelumang dengan ayam-ayam panggang. Habis merah muka Ida meniup-niup bara kayu yang berasap sambil Ja dan Anis membolak-balikkan ayam. Sementara itu, Lina yang tidak tahu mahu berbuat apa mengajak Yati berjalan-jalan menyusuri pantai. Yati ketika itu baru selesai membancuh air, tidak menolak pelawaan mulia Lina itu.

  Angin tersangatlah mesra petang itu. Tudung labuh Lina dan Yati yang disapa bayu laut itu liuk lentuk beralunan seperti ekor ikan emas yang menari-nari dalam akuarium segiempat. Dedaunan nyiur tinggi lampai melambai lambai. Seperti mengalu-alukan kehadiran mereka. Di tepi pantai, air berlumba lari naik membasahi pasir yang puteh berkilau. Sekali sekala mereka terserempak ibu ketam yang sibuk mengajar anaknya berjalan lurus. Di tengah lautan luas membiru, ada unjuran pelangi indah yang dijadikan oleh sang mentari untuk memujuk sang langit yang tadinya berdukacita. Ewah. Suasana yang begitu menyamankan dan mendamaikan jiwa yang bergelojak. Lebih-lebih lagi mereka itu yang sedang melarikan diri daripada lambakan esaimen dan tekanan test-test akademik di unibersiti.

[credit]
  Setelah lenguh dan semput berjalan beberapa meter, Lina dan Yati duduk berehat di tunggul batu yang berjejeran(eh, betulkah perkataan ni?) di tepi pantai. Melemparkan pandangan ke serata kawasan pantai. Jatuh juga pandangan mereka kepada sahabat-sahabat yang asyik dengan aktiviti masing-masing. Seorang demi seorang mereka umpat deskraibkan. Kadang-kadang keduanya tersenyum tertawa melihat gelagat telatah sahabat-sahabat mereka.

      "Kelakar la sahabat-sahabat kita kan Lina. Macam-macam ada. Haha." Yati mengkonklusikan dapatan daripada pemerhatian mereka.

      "A'ah. Semua pun ada stail masing-masing. Memang beza-beza. Hihi." Lina menyokong penuh kenyataan Yati.

      "Tapi, perbezaan tu la yang buat ukhuwah kita ni indah kan. :)"

      "Ha, macammana tu?" berkerut juga dahi Lina mendengarnya.

      "Cuba tengok pelangi tu. Indah kan." Yati menghalakan jari telunjuknya ke arah pelangi yang tersergam indah di tengah lautan.

      "Opkos la."

      "Cube tengok warna-warna dalam pelangi tu. Ada yang sama tak?"

      "Emm. Takde. Semua lain-lain."

      "Macam tu la. Pelangi tu indah sebab ia terjadik daripada warna-warna yang berbeza. Kalau semua sama je kalernya, mesti tak cantek. Macam kita la jugak. Kalau semua sepesen, boring la. Ye dak?"

      "Ha. Betol. Betol. Betol."

      "Hehe."

  Akhirnya mereka berdua pun pulang ke kubu setelah Ida memanggil mereka pulang untuk sama-sama menjamah ayam yang sudah siap dipanggang hingga hitam legam.


01 April 2013

Pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya

cc foto : pnulis porenja

Salah satu daripada 25 pesanan Luqman Al-Hakim kepada anak-anaknya

“Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”

Moga bermanfaat ~

24 March 2013

tentang dunia.

Once upon a time. Maka tersebutlah kisah tentang seorang orang, Shah Rukh Kahan (bukan nama samaran) atau penduduk kampung memanggilnya dengan nama Rukh. Tak pasti sebab apa. Beliau suka makan nasi dan minum air.



Dipendekkan cerita,suatu hari Rukh masuk hutan jalan- jalan. Mahu cari ilham untuk buat short filem tentang hindustan katanya. 



Setelah beberapa jam menelusuri hutan rimba, tetiba Rukh bertemu dengan YB hutan tersebut. Encik Singa!



Sangatlah terkezut beliau. Maka dengan itu,beliau pun membuka langkah seribu . "Kuch kuch hota haei. Somebody help me!!" jeritnya sambil menari-menari guling-guling macam dalam filem boliwod tu. Sila jangan bayangkan.



Setelah lebih kurang 4.7 KM bermarathon dengan Encik Singa, Rukh terserempak pula dengan seorang perigi. Maka dengan kepantasan akalnya berfikir membaca situasi, beliau pun melompat ke dalam perigi sambil melambai mesra kepada Encik Singa.


Ketika melompat kedalam perigi, Rukh sempat berpaut pada sebatang tali"Huu, what relief." Tapi Encik Singa masih berada di sekitar mulut perigi, berlegar-legar menanti dengan pasti.



Akan tetapi, as he see down the well, he see a large  krokodail with his mouth open waiting for him to fall. The only hope that he has is the rope.



Tidak lama kemudian. 2 ekor tikus, satu hitam dan satu putih muncul pula berjalan di atas tali tu. Dan mereka berdua penuh girang mula mengigit-gigit tali tu. "Tamatlah riwayatku disini" kata Rukh.



Ketika keadaan semakin genting highlands, tiba-tiba Rukh ternampak sarang lebah yang penuh dengan madu di hadapan beliau. Dan lebahnya pula tiada. Keluar, pergi tengok wayang kot. "Wah, oseeemmmmm!" Maka rukh pun mencalit madu tu dengan jari dan merasa dengan lidahnya. Ke'osem'an rasa madu tu hingga membuatkan Rukh terlupa keadaan beliau ketika itu. Lupa segala-galanya. Yup,everything!


The story ends there..

So,what the moral of the story?

Now, let us define the characters in the story one by one,


Shah Rukh Kahan : Manusia biasa. Kitalah tu.

Encik Singa : Maut.

Tali : Umur atau hayat.

Krokodail : Kubur

Tikus puteh : Waktu siang.

Tikus hitam : Waktu malam.

Madu pada sarang lebah : Dunia.


So,sudah tahu apa kisah disebaliknya?

The lion is death, which always chasing us. The crocodile is the grave, into which we will fall. If we are good person, it will be a paradise. If we are evil, it will be a pits from jahannam (hell). 

The rope is our life and the black mouse denotes the night and the white mouse denotes the day. They are always changing upon our life and 'eat' our time. 

And the honey are the duniya. When we taste it, we forgot about death, forgot the grave, forgot the day that we will die and the day we will stand infront of our creator!


*Maaf. Penulisan sangat tidak matang. Bercampur bahasa dan language. Peace! :)

17 March 2013

Ikat Nafsu itu!!

Dalam menempuh dunia yang penuh sesak dengan kerja,
sentiasa bertumbuk dengan mata yang sentiasa komplain tak cukup tidur,
bergaduh dengan perut yang nakkan makanan yang sedap-sedap,

kehidupan yang seringkali tidak kena, ada sahaja yang tidak dipuas hati.

Ketahuilah ketidak puashatian itu hanyalah mainan nafsu kamu semata-mata.
dan nafsu itu sifatnya tidak akan pernah puas dengan apa yang dia dapat.

Jika hari ini, apa yang dihajati oleh nafsu kamu dipenuhi. esok dia akan minta lagi. x esok lusa, x lusa mgu depan.

Jadi usahlah dipermainkan oleh nafsumu, ikatlah dia.
Kata hukama' : "tunggang la nafsumu, jangan biarkan nafsumu yang menunggangmu"
kerana bila nafsumu yang menunggang kamu,, maka rosak binasalah badan.

Ikatlah nafsumu dengan mujahadah (bersungguh-sungguh). bermujahadah perlukan keazaman yang kuat. keazaman untuk menjaga diri iaitu hati kita, untuk sentiasa ingat pada Allah.





"Semoga kita sentiasa diberikan kekuatan untuk terus bermujahadah melawan nafsu yang sering mengajak kita melakukan kemungkaran kepada ALLAH" =)












16 March 2013

harapan



Berharap dan teruskan berharap dengan Rabbul A'lamin. Jangan pernah berundur dan berpaling. Moga kesabaran dan ketabahan sentiasa bertapak dalam hati disaat ujian melanda diri. Doa mendoakan wahai rakan taulan dan sahabiah agar thabat di jalan yang panjang ini. Tarik dan pimpinlah kembali andai ada yang rebah dan lelah dalam melangkah menuju janji Allah. 

Harapan : Moga ketemu disyurga Firdausi :) 

episode of tarbiyah

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam itu sungguh terang dihiasi dengan simbahan cahaya dari sang purnama kurniaan Ilahi. Bunyi cengkerik di sekeliling jalan ketika itu sungguh indah. Oh, nikmatnya subhanallah... :)

Tiada kata yang dapat diungkapkan pada Ilahi atas segala nikmat sepanjang permusafiran yang sungguh bermakna itu. Benarlah nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan sangat memberi kesan yang mendalam pada diri ini. 

Mana mungkin dapat peluang melaksanakan solat secara berjemaah subuh di dalam train sebb memang sebelum ni x berpeluang untuk naik train. hehe. 

Pagi yang hening dengan penduduk yang masih ada lena dibuai mimpi dan sesetengahnya hanya beratur menunggu turn toilet mereka sahaja tanpa menghiraukan waktu subuh yang telah masuk. Diri ini masih bermonolg sendirian setelah melihat perkara tersebut.

''Oh, kerdilnya diri ni, nak ajak satu train solat sekali pun x mampu! Apakan daya. Last2 sekali boleh benci perbuatan meninggalkan solat itu dengan hati shj, maka itulah selemah2 iman, Allah... ampunilah aku :( "

kredit untuk gambar

 Maka bersegeralah kalian mengerjakan solat kerana inilah amalan yang pertama akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak. Maka tersangat2lah fail if kita tinggal solat fardhu ini.Jika solatnya diterima maka beruntunglah dia. Tapi,kita harus sedar! Jangan pula kita sangka dengan amalan kita ini kita akan berjaya masuk kedalam syurgaNya kerana kita masuk ke dalam JannahNya itu kerana rahmat kasih sayang dan redhaNya.

Tidak cukup dengan itu, pengalaman ditipu tak kurang hebatnya. Muncul seorang pakcik dari sebelah kubur secara tiba2..

"Nak, pak cik x de duit nak balik rumah. Anak pak cik tinggal pak cik sorang2 kat sini."sebak nada dia berbicara.

Semua yang mendengar cuba menyelami perasaan pak cik itu sambil menunjukkan wajah hiba. Tidak kurang juga yang dah berair biji mata.

Ditengah2 perbualan pak cik tu tanya..

"Boleh ke anak bagi pak cik sikit duit untuk pulang ke rumah? Pak cik memang x de duit dah ni" tanya pak cik itu dengan nada meminta belas kami. 

Tiba2 ada seorang dari kami dengan jujur bertanya:

"Em, pak cik.. dalam poket pak cik tu bukan duit?" Oh, sungguh jujur soalan itu. huhu

Apa lagi semua udah pada panik gitu.. Pak cik ni bergurau ke apa???

Ok, jauhkan diri dari pak cik ni sekarang. Tetiba semasa proses berdalih pak cik menjerit dengan yakin:


"Naaaaak, ni bukan duit la, ni plastik!!" Dalam hati kami masa tu tawakkal jelah..

Itulah antara pengalaman pahit dan manis di tarbiyah oleh Allah. Maka amat rugilah sesiapa yang merasakan setiap perkara yang berlaku dalam hidupnya hanyalah perkara yang biasa dan bukan datang dariNya. 

"Live well or live hell.. we choose" - Rooftop Rant.


kredit untuk gambar


Sekian.

12 March 2013

Ashabul Ukhdud (golongan parit) : Pedoman di jalan dakwah.



Tiba-tiba teringat Ashabul Ukhudud (Golongan Parit) time Usrah Transformer baru-baru ni. Sebuah kisah yang amat menarik hati aku. Mengisahkan seorang pemuda(Ghulam) yang tetap bertahan di jalan Allah..tetap istiqomah pada apa saja yang ia yakini.. Kisah ini juga disebut didalam Al-Quran Surat A-Buruj.
قتل أصحب الأخدود
 "Celakalah kaum yang menggali parit." (Surah al-Buruj 85:4)
Dan terdapat sebuah hadith yang juga mengisahkan secara jelas mengenai Alhabul Ukhdud ini.
---------------------

Shuhaib bin Simaan Arrmmi ra. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Di masa dahulu ada seorang raja (Yahudi) yang mempunyai seorang yang ahli sihir, kemudian ketika ahli sihir telah tua ia berkata kepada raja: "Kini aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku, karena itu anda kirim kepadaku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir"

Apabila tukang sihir tersebut meningkat usianya, dia telah memilih seorang anak remaja (Ghulam) untuk mengajarnya ilmu sihir. Sedang di tengah jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah Ghulam itu ada tempat seorang pendeta (ahli ibadah) yang mengajar agama, maka pada suatu masa pemuda itu singgah di tempat pendeta untuk mendengarkan pengajiannya, maka ia tertarik dengan ajaran pendeta itu sehingga jika ia terlambat datang kepada ahli sihir dia akan dipukul, dan bila terlambat kembali ke rumahnya juga dia dipukul, lalu ia mengadu tentang kejadian itu kepada pendeta.

Maka dia diajarkan oleh pendeta, jika terlambat datang kepada ahli sihir berkata: aku ditahan oleh ibuku, dan bila terlambat kembali ke rumah katakan, "Aku ditahan oleh ahli sihir."

Pada suatu hari, di dalam perjalanannya Ghulam terserempak dengan sejenis binatang merayap atau sejenis ular yang menganggu orang ramai. Beliau mengambil seketul batu sambil berkata, ”Wahai tuhan, sekiranya ajaran rahib itu lebih Engkau sukai dari ajaran sihir, maka engkau bunuhlah ular itu dengan batu ini.”

Lalu dilontarnya batu tersebut dan berjaya membunuh ular berkenaan. Maka ia terus memberitahu kejadian itu kepada Rahib (pendita), maka berkatalah Rahib itu kepadanya, "Engkau kini telah mendapat afdhat (pesan) daripadaku, dan engkau akan diuji, maka jika diuji jangan sampai menyebut namaku".

Ekoran peristiwa itu, Ghulam meneruskan pembelajarannya dengan rahib tersebut sehingga mahir dan mampu mengubati dan menyembuhkan penyakit sopak, kusta serta penyakit-penyakit lain. Ketika itu ada seorang pembesar dalam majlis raja dan dia telah buta kerana sakit mata, ketika dia mendengar berita bahwa ada seorang pemuda dapat menyembuhkan pelbagai penyakit maka ia segera pergi kepada pemuda itu sambil membawa hadiah yang banyak, sambil berkata, "sembuhkan aku, dan aku sanggup memberikan kepadamu apa saja yang engkau suka".

Jawab Ghulam itu: "Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang pun sedang yang menyembuhkan hanya Allah azza wajalla, jika engkau mau beriman (percaya) kepada Allah, maka aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkan mu".

Terus dia beriman kepada Allah dan didoakan oleh Ghulam dan seketika itu juga ia sembuh dengan izin Allah s.w.t. Kemudian ia kembali ke majlis raja seperti biasanya, dan ditanya oleh raja, "Hai Fulan, siapakah yang menyembuhkan matamu?"

Jawabnya, "Rabbi (Tuhanku)".

Raja bertanya, "Aku?".

Jawabnya, "Bukan, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu iaitu Allah".

Ditanya oleh Raja, "Apakah anda mempunyai Tuhan selain Aku?"

Jawabnya, "Ya, Tuhan ku dan Tuhanmu ialah Allah".

Maka disiksa oleh raja seberat-beratnya siksa sehingga terpaksa ia memberitahu raja itu akan Ghulam yang mendoakannya untuk sembuh itu. Maka segera dipanggil Ghulam itu lalu berkata, "Hai anak sungguh hebat sihirmu sehingga dapat menyebuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit."

Jawab Ghulam "Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan siapa pun, hanya semata-mata Allah azza wa jalla.".

Raja itu pun bertanya, "Adakah aku?",

"Tidak" jawab permuda itu.

Maka tanya raja itu, "Adakah engkau ada tuhan lain selain aku?"

Jawab pemuda "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu hanya Allah".

Maka Ghulam ditangkap dan disiksa seberat-beratnya sehingga terpaksa dia menunjukkan pada Rahib yang mengajarnya. Maka dipanggil Rahib dan dipaksa untuk meninggalkan agamanya, tetapi Rahib tetap bertahan dan tidak mahu beralih agama, maka diletakkan gergaji di atas kepalanya dan digergaji di kepalanya hingga terbelah dua badannya.

Kemudian kembali Ghulam diperintah untuk meninggalkan agama yang dianutnya (agama Islam), tetapi dia menolak perintah raja, Maka raja memerintahkan supaya pergi ke puncak gunung dan di sana juga supaya ditawarkan kepadanya untuk meninggalkan agamanya dan mengikuti agama raja, jika tetap menolak supaya dilempar dari atas gunung itu, maka ketika telah sampai di atas gunung dan ditawarkan kepadanya untuk berubah agama, dan ditolak oleh pemuda itu.

Kemudian pemuda itu berdoa "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta (Ya Allah selesaikanlah urusanku dengan mereka ini dengan aku sehendak-Mu)".

Tiba-tiba gunung itu bergoncang sehingga mereka berjatuhan dari atas bukit dan mati semuanya, maka segeralah dia kembali menemui raja, dan ketika ditanya, "Manakah orang-orang yang membawamu?" Jawabnya, "Allah yang menyelesaikan urusan mereka".

Lalu Ghulam diperintah untuk membawanya ke laut dan naik perahu, bila telah sampai di tengah laut ditanyakan padanya jikad ia mahu mengubah agama, jika tidak maka lemparkan ke dalam laut dan ketika telah sampai di tengah laut pemuda itu berdoa, "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta", maka tenggelamlah orang yang membawanya semuanya dan segeralah Ghulam kembali menghadap raja.

Dan ketika ditanya oleh raja "Bagaimana keadaan orang-orang yang membawamu?"

Jawabnya, "Allah yang menyelesaikan mereka".

Kemudian Ghulam berkata kepada raja, "Engkau takkan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku."

Raja bertanya, "Apakah perintahmu?"

Jawabnya, "Kau kumpulkan semua orang di suatu lapangan, lalu engkau gantung aku di atas tiang, lalu engkau ambil anak panah milikku ini dan kau letakkan di busur panah dan membaca: Bismillahi Rabbil Ghulaam (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini), kemudian engkau lepaskan anak panah itu, maka dengan itu engkau dapat membunuhku".

Maka semua permintaannya itu dilaksanakan oleh raja, dan ketika anak panah telah mengenai pelipis pemuda itu ia mengusap dengan tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata, "Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)".


Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahawa semua rakyat telah beriman kepada Tuhannya pemuda itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang banyak ini. Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya tentang agamanya, jika ia tetap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu.

Raja yang zalim itu mencampakkan sesiapa sahaja yang tidak ingin kembali dari agama mereka ke dalam api tersebut sehinggalah tiba giliran seorang wanita bersama bayinya.
Wanita tersebut takut dan teragak-agak dari dihumban ke dalam api tersebut sehinggalah bayi itu bertutur. "Sabarlah hai ibuku karena kau sedang mempertahankan yang hak". Lalu ibu tersebut bersabar dan tabah menghadapinya.

(H.R. Ahmad, Muslim dan Annasa'i)
Berkata Ibnu Abbas kisah ini berlaku 70 tahun sebelum Nabi saw.

---------------------------

..kisah yang sungguh menyentuh..mampukah aku seperti pemuda itu..

Antara doa yang sangat aku suka..yang diucapkan pemuda itu..

"Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta"
"Ya Allah..Tolonglah aku dengan caraMu.."

Maka Yaa Robb..Tolonglah aku dengan CaraMu..
Agar kaki ini berani untuk kembali tegak..dan terus berjalan sampai aku menemukanMu..

~mhbag

11 March 2013

of sos and kicap (part I)

Dua tiga botol sos,
mana nak sama botol kicap.

...


  Hari semakin menginjak matang. Pepohonan rendang berbaris rapi di tepi jalanan. Di celah daunnya yang hijau, cahaya matahari mengintip-ngintip masuk ke bilik melalui jendela. Seperti si dara yang malu-malu meng'usha' jejaka pujaannya yang sedang berjabat tangan dengan Tok Kadi di majlis akad nikah mereka. Eheh. Di bawah pohon, pegawai kebajikan masyarakat kawasan sedang rancak memulakan aktiviti kemasyarakatan, menghimpunkan semua daun-daun kerepot yang bertebaran di sekitar. Dilonggokkan di suatu kawasan sebelum dihantar ke Rumah Daun-daun Tua berdekatan.

  Pagi itu, jalanan agak lengang, tiada bunyi jerit pekik enjin-enjin kenderaan yang tersiksa merana menjadi hamba kepada manusia-manusia. Hanya kereta-kereta pelbagai warna dan jenama yang kaku berparkingan di sepanjang bahu-bahu jalan. Sama ada kereta-kereta tersebut kehabisan minyak atau sekadar mahu dipamerkan, tidak dapat dipastikan. Haha.

  Sementara itu, di balik pintu yang terkunci. Ada Syamsul dan Hasnim. Hasnim sedang khusyuk tawadhu' membaca buku. Mukabuku. Tidak berkelip-kelip matanya membaca post-post terbaru yang hangat pagi itu. Like. Comment. Share. 
"Syam, bangun. Matahari dah tinggi." 
  Hasnim menyeru nama rumetnya yang masih terbaring kaku diatas tilam dengan cadar Mickey Mouse itu. 
"Hmm. Kul bape dah?"
   Mamai-mamai Syamsul menyahut.
"8.32."
"Ha! Weh, asal ko tak kejut aku? Kelas aku pukul 8 kot."
    Terbeliak mata Syamsul. 
"Eh yeke? Hang tak bagitau pun."
   Jawab Hasnim. Sedikit pun tidak menoleh. Masih terus menatap paparan pada skrin laptopnya.
"Arghh. Habislah aku."
  Syamsul segera mencapai hensetnya di bawah bantal.
"Eh, hari ni hari Ahad ea?"
"A'ah."
"Laa, ingatkan hari Isnin."
"Ha, tu la hang. Lepas ma'thurat Subuh jangan tidur. Entah apa yang hang mimpi."
"Hahaha. Hari ni je, ngantuk doe. Weh, Aminah jom."
"Ha, jom jom. Siap cepat. Sat gi aku mesej Aslam, Amin ngan Azlan."
"Oke."
  Hasnim keluarkan henset Soni Eksperia dari koceknya. Tapi dua tiga baris ayat,
Assalam. Sobahul Khoir. Jom sarap kat Aminah sekarang. Lincah!
  Message sent. Beberapa saat kemudian, mesej berbalas. Mesej Amin sampai dulu.
W'salam. Ok.
  Kemudian, tidak lama lepas tu, Aslam  mesej pulak.
Waalikumsalam Akhi. Alhamdulillah, ana bikhoir. Ok dude, see u there. 
  Hanya Azlan yang tak reply lagi. Lepas beberapa minit menunggu, Hasnim cuba kol Azlan. Tak berjawab. Akhirnya, suara Kakak Celcom yang kedengaran,
"This is the voice mail box for the number zero one five.. "
  Hasnim cuba kol lagi. Kali ini, belum pun sempat suara Kakak Celcom keluar, henset dimatikan. Tutt.. tutt.. tutt..
"Sigh.."
   Hasnim mengeluh.

 ...

  Restoran Aminah. Meja nombor 9. Aslam, Amin, Syamsul dan Hasnim duduk.
"Bang, order!"
   Pekik Hasnim sambil mengangkat tangan. Kelaparan barangkali.
"Oke. Kejap."
   Abang waiter restoran mengangkat tangan kepada mereka. Restoran agak sibuk pagi itu. Biasalah hujung minggu. Lepas beberapa minit barulah Abang waiter datang kepada mereka mengambil pesan.
"Minum bang?"
"Teh tarik."
  Pesan Syamsul.
"Sama."
  Aslam pulak.
"Saya gak, sama. Amin, order air."
  Ikut Hasnim.
"Nescafe panas. Kurang manis."
  Sahut Amin. Sungguh menjaga kesihatan.
"Oke. Makan?"  
"Roti kosong dua."
  Kali ini, Amin mula dulu.
"Roti kosong satu, roti telor satu."
  Di follow oleh Aslam.
"Roti telur satu."
  Syamsul diet.
"Emm, bagi telor setengah masak satu set. Roti kosong satu. Roti tampal satu."
  Bukan main lagi Hasnim ni.
"Oke. Teh tarik tiga, nescafe panas kurang manis satu, roti kosong empat, roti telor dua, roti tampal satu and telor setengah masak satu set. Betul?" 
  Laju jak abang waiter tu kira. Ingat pulak dia semua order walaupun tak dicatatnya di mana-mana kertas. Sepatutnya abang waiter ni jadi professer di unibersiti buat kajian macam-macam, bukan kerja waiter kat restoran. Ah, biarlah dia.

  Sambil menunggu pesanan siap, mereka berempat berbual mesra. Aslam buka topik.
"Bola semalam siapa menang, Johor ke Selangor?"
"Ntah. Aku tak tengok. Ce tanya Syamsul."
"Alaa, main kat Shah Alam. Bolela.."
   Syamsul mencebik bibir.
"Hahaha, ngaku je la. Johor kalah 4-1 kot. "
"Apela korang ni. Takde bende lain ke nak cerita. Tak tarbawi langsung. Haha."
  Amin dengan provoknya, macam biasa.
"Weh, lama tak nampak Azlan. Dia ape cer ea?"
  Syamsul cuba ubah topik..


[to be continue, In Shaa Allah..]


Begini caranya

"Sampai je bilik terus tutup pintu kuat-kuat. Apa kena la dengan Rubiah ni?" Getus hati Raihan.

Rubiah teresak-esak menahan tangisnya. Rindu keluarga ke? Kalau anak manja tu manja lah. Tapi itu bukan yang ditangisinya. Raihan cuba bertanya kepada sahabat baiknya itu.

"Rubiah, awat ni? Hang nangis pasai pa? Habaq kat aku. Kot2 la bole tolong dengaq." Itu je la yang Raihan mampu. Tapi tak pe. Biasa la orang perempuan, tak selesaikan masalah tak pe, asal ada tempat meluahkan masalah pon dah cukup.

"Raihan, aku ni jahat sangat ke? Aku tak boleh nak jadi baik ke? Orang yang pakai tudung labuh je ke yang baik?" Dush banyak pulak soalan dia. Monolog Raihan.

"Ish...ish...ish... dah kenapa pulak la kau ni? Kena rasuk ka? Hang ni baik ja aku tengok. Tang mana yang jahatnya? Raihan bingung. Kenapa pula sahabatnya menyoal soalan yang tak berapa nak logik bagi dirinya.

"Tak de la. Ada la sorang kawan aku ni kata nanti masuk neraka kau pakai baju ketat, stoking tak pakai. Tudung tu jarang kemain. Arghhh!!! Macam-macam lagi la. Tension aku." Luah Rubiah.
_____________________________________________________________
Oooo. Itu rupanya yang dirisaukan. Ramai yang lari dari kita sebab cara dakwah tak betul. Ramai yang kata kita ni garang, itu tak betul ini tak betul. Banyak lah. Dakwah  secara kasar macam tu ada ke orang nak lekat? Ini style aku. Yes. Style tetap style. Style Nabi Muhammad lagi berkesan. Penuh hikmah, bijaksana, akhlak terpuji. Subhanallah indahnya.

Stop speculating and guessing,
Trust what your heart is sensing,
Every new breath is blessing,
Sent by Allah.