24 March 2013

tentang dunia.

Once upon a time. Maka tersebutlah kisah tentang seorang orang, Shah Rukh Kahan (bukan nama samaran) atau penduduk kampung memanggilnya dengan nama Rukh. Tak pasti sebab apa. Beliau suka makan nasi dan minum air.



Dipendekkan cerita,suatu hari Rukh masuk hutan jalan- jalan. Mahu cari ilham untuk buat short filem tentang hindustan katanya. 



Setelah beberapa jam menelusuri hutan rimba, tetiba Rukh bertemu dengan YB hutan tersebut. Encik Singa!



Sangatlah terkezut beliau. Maka dengan itu,beliau pun membuka langkah seribu . "Kuch kuch hota haei. Somebody help me!!" jeritnya sambil menari-menari guling-guling macam dalam filem boliwod tu. Sila jangan bayangkan.



Setelah lebih kurang 4.7 KM bermarathon dengan Encik Singa, Rukh terserempak pula dengan seorang perigi. Maka dengan kepantasan akalnya berfikir membaca situasi, beliau pun melompat ke dalam perigi sambil melambai mesra kepada Encik Singa.


Ketika melompat kedalam perigi, Rukh sempat berpaut pada sebatang tali"Huu, what relief." Tapi Encik Singa masih berada di sekitar mulut perigi, berlegar-legar menanti dengan pasti.



Akan tetapi, as he see down the well, he see a large  krokodail with his mouth open waiting for him to fall. The only hope that he has is the rope.



Tidak lama kemudian. 2 ekor tikus, satu hitam dan satu putih muncul pula berjalan di atas tali tu. Dan mereka berdua penuh girang mula mengigit-gigit tali tu. "Tamatlah riwayatku disini" kata Rukh.



Ketika keadaan semakin genting highlands, tiba-tiba Rukh ternampak sarang lebah yang penuh dengan madu di hadapan beliau. Dan lebahnya pula tiada. Keluar, pergi tengok wayang kot. "Wah, oseeemmmmm!" Maka rukh pun mencalit madu tu dengan jari dan merasa dengan lidahnya. Ke'osem'an rasa madu tu hingga membuatkan Rukh terlupa keadaan beliau ketika itu. Lupa segala-galanya. Yup,everything!


The story ends there..

So,what the moral of the story?

Now, let us define the characters in the story one by one,


Shah Rukh Kahan : Manusia biasa. Kitalah tu.

Encik Singa : Maut.

Tali : Umur atau hayat.

Krokodail : Kubur

Tikus puteh : Waktu siang.

Tikus hitam : Waktu malam.

Madu pada sarang lebah : Dunia.


So,sudah tahu apa kisah disebaliknya?

The lion is death, which always chasing us. The crocodile is the grave, into which we will fall. If we are good person, it will be a paradise. If we are evil, it will be a pits from jahannam (hell). 

The rope is our life and the black mouse denotes the night and the white mouse denotes the day. They are always changing upon our life and 'eat' our time. 

And the honey are the duniya. When we taste it, we forgot about death, forgot the grave, forgot the day that we will die and the day we will stand infront of our creator!


*Maaf. Penulisan sangat tidak matang. Bercampur bahasa dan language. Peace! :)

17 March 2013

Ikat Nafsu itu!!

Dalam menempuh dunia yang penuh sesak dengan kerja,
sentiasa bertumbuk dengan mata yang sentiasa komplain tak cukup tidur,
bergaduh dengan perut yang nakkan makanan yang sedap-sedap,

kehidupan yang seringkali tidak kena, ada sahaja yang tidak dipuas hati.

Ketahuilah ketidak puashatian itu hanyalah mainan nafsu kamu semata-mata.
dan nafsu itu sifatnya tidak akan pernah puas dengan apa yang dia dapat.

Jika hari ini, apa yang dihajati oleh nafsu kamu dipenuhi. esok dia akan minta lagi. x esok lusa, x lusa mgu depan.

Jadi usahlah dipermainkan oleh nafsumu, ikatlah dia.
Kata hukama' : "tunggang la nafsumu, jangan biarkan nafsumu yang menunggangmu"
kerana bila nafsumu yang menunggang kamu,, maka rosak binasalah badan.

Ikatlah nafsumu dengan mujahadah (bersungguh-sungguh). bermujahadah perlukan keazaman yang kuat. keazaman untuk menjaga diri iaitu hati kita, untuk sentiasa ingat pada Allah.





"Semoga kita sentiasa diberikan kekuatan untuk terus bermujahadah melawan nafsu yang sering mengajak kita melakukan kemungkaran kepada ALLAH" =)












16 March 2013

harapan



Berharap dan teruskan berharap dengan Rabbul A'lamin. Jangan pernah berundur dan berpaling. Moga kesabaran dan ketabahan sentiasa bertapak dalam hati disaat ujian melanda diri. Doa mendoakan wahai rakan taulan dan sahabiah agar thabat di jalan yang panjang ini. Tarik dan pimpinlah kembali andai ada yang rebah dan lelah dalam melangkah menuju janji Allah. 

Harapan : Moga ketemu disyurga Firdausi :) 

episode of tarbiyah

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam itu sungguh terang dihiasi dengan simbahan cahaya dari sang purnama kurniaan Ilahi. Bunyi cengkerik di sekeliling jalan ketika itu sungguh indah. Oh, nikmatnya subhanallah... :)

Tiada kata yang dapat diungkapkan pada Ilahi atas segala nikmat sepanjang permusafiran yang sungguh bermakna itu. Benarlah nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan sangat memberi kesan yang mendalam pada diri ini. 

Mana mungkin dapat peluang melaksanakan solat secara berjemaah subuh di dalam train sebb memang sebelum ni x berpeluang untuk naik train. hehe. 

Pagi yang hening dengan penduduk yang masih ada lena dibuai mimpi dan sesetengahnya hanya beratur menunggu turn toilet mereka sahaja tanpa menghiraukan waktu subuh yang telah masuk. Diri ini masih bermonolg sendirian setelah melihat perkara tersebut.

''Oh, kerdilnya diri ni, nak ajak satu train solat sekali pun x mampu! Apakan daya. Last2 sekali boleh benci perbuatan meninggalkan solat itu dengan hati shj, maka itulah selemah2 iman, Allah... ampunilah aku :( "

kredit untuk gambar

 Maka bersegeralah kalian mengerjakan solat kerana inilah amalan yang pertama akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak. Maka tersangat2lah fail if kita tinggal solat fardhu ini.Jika solatnya diterima maka beruntunglah dia. Tapi,kita harus sedar! Jangan pula kita sangka dengan amalan kita ini kita akan berjaya masuk kedalam syurgaNya kerana kita masuk ke dalam JannahNya itu kerana rahmat kasih sayang dan redhaNya.

Tidak cukup dengan itu, pengalaman ditipu tak kurang hebatnya. Muncul seorang pakcik dari sebelah kubur secara tiba2..

"Nak, pak cik x de duit nak balik rumah. Anak pak cik tinggal pak cik sorang2 kat sini."sebak nada dia berbicara.

Semua yang mendengar cuba menyelami perasaan pak cik itu sambil menunjukkan wajah hiba. Tidak kurang juga yang dah berair biji mata.

Ditengah2 perbualan pak cik tu tanya..

"Boleh ke anak bagi pak cik sikit duit untuk pulang ke rumah? Pak cik memang x de duit dah ni" tanya pak cik itu dengan nada meminta belas kami. 

Tiba2 ada seorang dari kami dengan jujur bertanya:

"Em, pak cik.. dalam poket pak cik tu bukan duit?" Oh, sungguh jujur soalan itu. huhu

Apa lagi semua udah pada panik gitu.. Pak cik ni bergurau ke apa???

Ok, jauhkan diri dari pak cik ni sekarang. Tetiba semasa proses berdalih pak cik menjerit dengan yakin:


"Naaaaak, ni bukan duit la, ni plastik!!" Dalam hati kami masa tu tawakkal jelah..

Itulah antara pengalaman pahit dan manis di tarbiyah oleh Allah. Maka amat rugilah sesiapa yang merasakan setiap perkara yang berlaku dalam hidupnya hanyalah perkara yang biasa dan bukan datang dariNya. 

"Live well or live hell.. we choose" - Rooftop Rant.


kredit untuk gambar


Sekian.

12 March 2013

Ashabul Ukhdud (golongan parit) : Pedoman di jalan dakwah.



Tiba-tiba teringat Ashabul Ukhudud (Golongan Parit) time Usrah Transformer baru-baru ni. Sebuah kisah yang amat menarik hati aku. Mengisahkan seorang pemuda(Ghulam) yang tetap bertahan di jalan Allah..tetap istiqomah pada apa saja yang ia yakini.. Kisah ini juga disebut didalam Al-Quran Surat A-Buruj.
قتل أصحب الأخدود
 "Celakalah kaum yang menggali parit." (Surah al-Buruj 85:4)
Dan terdapat sebuah hadith yang juga mengisahkan secara jelas mengenai Alhabul Ukhdud ini.
---------------------

Shuhaib bin Simaan Arrmmi ra. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Di masa dahulu ada seorang raja (Yahudi) yang mempunyai seorang yang ahli sihir, kemudian ketika ahli sihir telah tua ia berkata kepada raja: "Kini aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku, karena itu anda kirim kepadaku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir"

Apabila tukang sihir tersebut meningkat usianya, dia telah memilih seorang anak remaja (Ghulam) untuk mengajarnya ilmu sihir. Sedang di tengah jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah Ghulam itu ada tempat seorang pendeta (ahli ibadah) yang mengajar agama, maka pada suatu masa pemuda itu singgah di tempat pendeta untuk mendengarkan pengajiannya, maka ia tertarik dengan ajaran pendeta itu sehingga jika ia terlambat datang kepada ahli sihir dia akan dipukul, dan bila terlambat kembali ke rumahnya juga dia dipukul, lalu ia mengadu tentang kejadian itu kepada pendeta.

Maka dia diajarkan oleh pendeta, jika terlambat datang kepada ahli sihir berkata: aku ditahan oleh ibuku, dan bila terlambat kembali ke rumah katakan, "Aku ditahan oleh ahli sihir."

Pada suatu hari, di dalam perjalanannya Ghulam terserempak dengan sejenis binatang merayap atau sejenis ular yang menganggu orang ramai. Beliau mengambil seketul batu sambil berkata, ”Wahai tuhan, sekiranya ajaran rahib itu lebih Engkau sukai dari ajaran sihir, maka engkau bunuhlah ular itu dengan batu ini.”

Lalu dilontarnya batu tersebut dan berjaya membunuh ular berkenaan. Maka ia terus memberitahu kejadian itu kepada Rahib (pendita), maka berkatalah Rahib itu kepadanya, "Engkau kini telah mendapat afdhat (pesan) daripadaku, dan engkau akan diuji, maka jika diuji jangan sampai menyebut namaku".

Ekoran peristiwa itu, Ghulam meneruskan pembelajarannya dengan rahib tersebut sehingga mahir dan mampu mengubati dan menyembuhkan penyakit sopak, kusta serta penyakit-penyakit lain. Ketika itu ada seorang pembesar dalam majlis raja dan dia telah buta kerana sakit mata, ketika dia mendengar berita bahwa ada seorang pemuda dapat menyembuhkan pelbagai penyakit maka ia segera pergi kepada pemuda itu sambil membawa hadiah yang banyak, sambil berkata, "sembuhkan aku, dan aku sanggup memberikan kepadamu apa saja yang engkau suka".

Jawab Ghulam itu: "Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang pun sedang yang menyembuhkan hanya Allah azza wajalla, jika engkau mau beriman (percaya) kepada Allah, maka aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkan mu".

Terus dia beriman kepada Allah dan didoakan oleh Ghulam dan seketika itu juga ia sembuh dengan izin Allah s.w.t. Kemudian ia kembali ke majlis raja seperti biasanya, dan ditanya oleh raja, "Hai Fulan, siapakah yang menyembuhkan matamu?"

Jawabnya, "Rabbi (Tuhanku)".

Raja bertanya, "Aku?".

Jawabnya, "Bukan, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu iaitu Allah".

Ditanya oleh Raja, "Apakah anda mempunyai Tuhan selain Aku?"

Jawabnya, "Ya, Tuhan ku dan Tuhanmu ialah Allah".

Maka disiksa oleh raja seberat-beratnya siksa sehingga terpaksa ia memberitahu raja itu akan Ghulam yang mendoakannya untuk sembuh itu. Maka segera dipanggil Ghulam itu lalu berkata, "Hai anak sungguh hebat sihirmu sehingga dapat menyebuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit."

Jawab Ghulam "Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan siapa pun, hanya semata-mata Allah azza wa jalla.".

Raja itu pun bertanya, "Adakah aku?",

"Tidak" jawab permuda itu.

Maka tanya raja itu, "Adakah engkau ada tuhan lain selain aku?"

Jawab pemuda "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu hanya Allah".

Maka Ghulam ditangkap dan disiksa seberat-beratnya sehingga terpaksa dia menunjukkan pada Rahib yang mengajarnya. Maka dipanggil Rahib dan dipaksa untuk meninggalkan agamanya, tetapi Rahib tetap bertahan dan tidak mahu beralih agama, maka diletakkan gergaji di atas kepalanya dan digergaji di kepalanya hingga terbelah dua badannya.

Kemudian kembali Ghulam diperintah untuk meninggalkan agama yang dianutnya (agama Islam), tetapi dia menolak perintah raja, Maka raja memerintahkan supaya pergi ke puncak gunung dan di sana juga supaya ditawarkan kepadanya untuk meninggalkan agamanya dan mengikuti agama raja, jika tetap menolak supaya dilempar dari atas gunung itu, maka ketika telah sampai di atas gunung dan ditawarkan kepadanya untuk berubah agama, dan ditolak oleh pemuda itu.

Kemudian pemuda itu berdoa "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta (Ya Allah selesaikanlah urusanku dengan mereka ini dengan aku sehendak-Mu)".

Tiba-tiba gunung itu bergoncang sehingga mereka berjatuhan dari atas bukit dan mati semuanya, maka segeralah dia kembali menemui raja, dan ketika ditanya, "Manakah orang-orang yang membawamu?" Jawabnya, "Allah yang menyelesaikan urusan mereka".

Lalu Ghulam diperintah untuk membawanya ke laut dan naik perahu, bila telah sampai di tengah laut ditanyakan padanya jikad ia mahu mengubah agama, jika tidak maka lemparkan ke dalam laut dan ketika telah sampai di tengah laut pemuda itu berdoa, "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta", maka tenggelamlah orang yang membawanya semuanya dan segeralah Ghulam kembali menghadap raja.

Dan ketika ditanya oleh raja "Bagaimana keadaan orang-orang yang membawamu?"

Jawabnya, "Allah yang menyelesaikan mereka".

Kemudian Ghulam berkata kepada raja, "Engkau takkan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku."

Raja bertanya, "Apakah perintahmu?"

Jawabnya, "Kau kumpulkan semua orang di suatu lapangan, lalu engkau gantung aku di atas tiang, lalu engkau ambil anak panah milikku ini dan kau letakkan di busur panah dan membaca: Bismillahi Rabbil Ghulaam (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini), kemudian engkau lepaskan anak panah itu, maka dengan itu engkau dapat membunuhku".

Maka semua permintaannya itu dilaksanakan oleh raja, dan ketika anak panah telah mengenai pelipis pemuda itu ia mengusap dengan tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata, "Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)".


Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahawa semua rakyat telah beriman kepada Tuhannya pemuda itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang banyak ini. Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya tentang agamanya, jika ia tetap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu.

Raja yang zalim itu mencampakkan sesiapa sahaja yang tidak ingin kembali dari agama mereka ke dalam api tersebut sehinggalah tiba giliran seorang wanita bersama bayinya.
Wanita tersebut takut dan teragak-agak dari dihumban ke dalam api tersebut sehinggalah bayi itu bertutur. "Sabarlah hai ibuku karena kau sedang mempertahankan yang hak". Lalu ibu tersebut bersabar dan tabah menghadapinya.

(H.R. Ahmad, Muslim dan Annasa'i)
Berkata Ibnu Abbas kisah ini berlaku 70 tahun sebelum Nabi saw.

---------------------------

..kisah yang sungguh menyentuh..mampukah aku seperti pemuda itu..

Antara doa yang sangat aku suka..yang diucapkan pemuda itu..

"Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta"
"Ya Allah..Tolonglah aku dengan caraMu.."

Maka Yaa Robb..Tolonglah aku dengan CaraMu..
Agar kaki ini berani untuk kembali tegak..dan terus berjalan sampai aku menemukanMu..

~mhbag

11 March 2013

of sos and kicap (part I)

Dua tiga botol sos,
mana nak sama botol kicap.

...


  Hari semakin menginjak matang. Pepohonan rendang berbaris rapi di tepi jalanan. Di celah daunnya yang hijau, cahaya matahari mengintip-ngintip masuk ke bilik melalui jendela. Seperti si dara yang malu-malu meng'usha' jejaka pujaannya yang sedang berjabat tangan dengan Tok Kadi di majlis akad nikah mereka. Eheh. Di bawah pohon, pegawai kebajikan masyarakat kawasan sedang rancak memulakan aktiviti kemasyarakatan, menghimpunkan semua daun-daun kerepot yang bertebaran di sekitar. Dilonggokkan di suatu kawasan sebelum dihantar ke Rumah Daun-daun Tua berdekatan.

  Pagi itu, jalanan agak lengang, tiada bunyi jerit pekik enjin-enjin kenderaan yang tersiksa merana menjadi hamba kepada manusia-manusia. Hanya kereta-kereta pelbagai warna dan jenama yang kaku berparkingan di sepanjang bahu-bahu jalan. Sama ada kereta-kereta tersebut kehabisan minyak atau sekadar mahu dipamerkan, tidak dapat dipastikan. Haha.

  Sementara itu, di balik pintu yang terkunci. Ada Syamsul dan Hasnim. Hasnim sedang khusyuk tawadhu' membaca buku. Mukabuku. Tidak berkelip-kelip matanya membaca post-post terbaru yang hangat pagi itu. Like. Comment. Share. 
"Syam, bangun. Matahari dah tinggi." 
  Hasnim menyeru nama rumetnya yang masih terbaring kaku diatas tilam dengan cadar Mickey Mouse itu. 
"Hmm. Kul bape dah?"
   Mamai-mamai Syamsul menyahut.
"8.32."
"Ha! Weh, asal ko tak kejut aku? Kelas aku pukul 8 kot."
    Terbeliak mata Syamsul. 
"Eh yeke? Hang tak bagitau pun."
   Jawab Hasnim. Sedikit pun tidak menoleh. Masih terus menatap paparan pada skrin laptopnya.
"Arghh. Habislah aku."
  Syamsul segera mencapai hensetnya di bawah bantal.
"Eh, hari ni hari Ahad ea?"
"A'ah."
"Laa, ingatkan hari Isnin."
"Ha, tu la hang. Lepas ma'thurat Subuh jangan tidur. Entah apa yang hang mimpi."
"Hahaha. Hari ni je, ngantuk doe. Weh, Aminah jom."
"Ha, jom jom. Siap cepat. Sat gi aku mesej Aslam, Amin ngan Azlan."
"Oke."
  Hasnim keluarkan henset Soni Eksperia dari koceknya. Tapi dua tiga baris ayat,
Assalam. Sobahul Khoir. Jom sarap kat Aminah sekarang. Lincah!
  Message sent. Beberapa saat kemudian, mesej berbalas. Mesej Amin sampai dulu.
W'salam. Ok.
  Kemudian, tidak lama lepas tu, Aslam  mesej pulak.
Waalikumsalam Akhi. Alhamdulillah, ana bikhoir. Ok dude, see u there. 
  Hanya Azlan yang tak reply lagi. Lepas beberapa minit menunggu, Hasnim cuba kol Azlan. Tak berjawab. Akhirnya, suara Kakak Celcom yang kedengaran,
"This is the voice mail box for the number zero one five.. "
  Hasnim cuba kol lagi. Kali ini, belum pun sempat suara Kakak Celcom keluar, henset dimatikan. Tutt.. tutt.. tutt..
"Sigh.."
   Hasnim mengeluh.

 ...

  Restoran Aminah. Meja nombor 9. Aslam, Amin, Syamsul dan Hasnim duduk.
"Bang, order!"
   Pekik Hasnim sambil mengangkat tangan. Kelaparan barangkali.
"Oke. Kejap."
   Abang waiter restoran mengangkat tangan kepada mereka. Restoran agak sibuk pagi itu. Biasalah hujung minggu. Lepas beberapa minit barulah Abang waiter datang kepada mereka mengambil pesan.
"Minum bang?"
"Teh tarik."
  Pesan Syamsul.
"Sama."
  Aslam pulak.
"Saya gak, sama. Amin, order air."
  Ikut Hasnim.
"Nescafe panas. Kurang manis."
  Sahut Amin. Sungguh menjaga kesihatan.
"Oke. Makan?"  
"Roti kosong dua."
  Kali ini, Amin mula dulu.
"Roti kosong satu, roti telor satu."
  Di follow oleh Aslam.
"Roti telur satu."
  Syamsul diet.
"Emm, bagi telor setengah masak satu set. Roti kosong satu. Roti tampal satu."
  Bukan main lagi Hasnim ni.
"Oke. Teh tarik tiga, nescafe panas kurang manis satu, roti kosong empat, roti telor dua, roti tampal satu and telor setengah masak satu set. Betul?" 
  Laju jak abang waiter tu kira. Ingat pulak dia semua order walaupun tak dicatatnya di mana-mana kertas. Sepatutnya abang waiter ni jadi professer di unibersiti buat kajian macam-macam, bukan kerja waiter kat restoran. Ah, biarlah dia.

  Sambil menunggu pesanan siap, mereka berempat berbual mesra. Aslam buka topik.
"Bola semalam siapa menang, Johor ke Selangor?"
"Ntah. Aku tak tengok. Ce tanya Syamsul."
"Alaa, main kat Shah Alam. Bolela.."
   Syamsul mencebik bibir.
"Hahaha, ngaku je la. Johor kalah 4-1 kot. "
"Apela korang ni. Takde bende lain ke nak cerita. Tak tarbawi langsung. Haha."
  Amin dengan provoknya, macam biasa.
"Weh, lama tak nampak Azlan. Dia ape cer ea?"
  Syamsul cuba ubah topik..


[to be continue, In Shaa Allah..]


Begini caranya

"Sampai je bilik terus tutup pintu kuat-kuat. Apa kena la dengan Rubiah ni?" Getus hati Raihan.

Rubiah teresak-esak menahan tangisnya. Rindu keluarga ke? Kalau anak manja tu manja lah. Tapi itu bukan yang ditangisinya. Raihan cuba bertanya kepada sahabat baiknya itu.

"Rubiah, awat ni? Hang nangis pasai pa? Habaq kat aku. Kot2 la bole tolong dengaq." Itu je la yang Raihan mampu. Tapi tak pe. Biasa la orang perempuan, tak selesaikan masalah tak pe, asal ada tempat meluahkan masalah pon dah cukup.

"Raihan, aku ni jahat sangat ke? Aku tak boleh nak jadi baik ke? Orang yang pakai tudung labuh je ke yang baik?" Dush banyak pulak soalan dia. Monolog Raihan.

"Ish...ish...ish... dah kenapa pulak la kau ni? Kena rasuk ka? Hang ni baik ja aku tengok. Tang mana yang jahatnya? Raihan bingung. Kenapa pula sahabatnya menyoal soalan yang tak berapa nak logik bagi dirinya.

"Tak de la. Ada la sorang kawan aku ni kata nanti masuk neraka kau pakai baju ketat, stoking tak pakai. Tudung tu jarang kemain. Arghhh!!! Macam-macam lagi la. Tension aku." Luah Rubiah.
_____________________________________________________________
Oooo. Itu rupanya yang dirisaukan. Ramai yang lari dari kita sebab cara dakwah tak betul. Ramai yang kata kita ni garang, itu tak betul ini tak betul. Banyak lah. Dakwah  secara kasar macam tu ada ke orang nak lekat? Ini style aku. Yes. Style tetap style. Style Nabi Muhammad lagi berkesan. Penuh hikmah, bijaksana, akhlak terpuji. Subhanallah indahnya.

Stop speculating and guessing,
Trust what your heart is sensing,
Every new breath is blessing,
Sent by Allah.


Novel 2 jam.


Anda kenal dengan Hamka?

Ya,Hamka.

Ya, betul. Beliaulah yang saya maksudkan.

Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah.

Ya, benar  tu, Hamka, pendakwah yang disegani di rantau Nusantara.




Anda mahu tahu, sebagaimana kamu kenal dengan Hamka, sebegitu juga dia  mengenali Hamka.

Sebab itu, saat dia ternampak novel karya Hamka di katilku, hatinya jadi tidak keruan.

Apa tidaknya , novel  yang diidam-idamkannya kini berada di depan mata.

Puas dia mencari novel  tersebut di MPH, Popular, Borders mahupun Kinokuniya tidak dijumpanya novel tersebut.

Yang dijumpanya di kedai tersebut hanyalah novel-novel cinta karya penulis yang tidak dikenalinya.

Lantas, saat peluang berada di depan mata, dia meminta izinku untuk meminjam novel tersebut.

“Ambillah cik adik oi. Nak ambil terus pun tak pe. Novel ni bahasanya tinggi. Kakak Limau yang duduk bilik sebelah tu pun tidak boleh memahami novel ni. Aku ada novel ni pun sebab mak aku yang bagi. Kalau tak, dalam mimpi pun belum tentu aku baca novel ni haaah. Baik aku layan novel cinta ni, lagi best”. Kataku dengan penuh kejujuran.

Tanpa ku sedari, kata-kataku  itu sedikit sebanyak menjatuhkan motivasi dirinya.

Pulang ke bilik, dia meletakkan novel tersebut di dalam “To-Read-List” yang paling bawah.

Semangat mahu membaca novel tersebut berada di tahap negatif 120.

Namun, takdir manusia, Allah yang tentukan.

Saat dia kebosanan di dalam bilik, hatinya tergerak membuka novel tersebut.

Semenjak itu, tangannya tidak boleh melepaskan pegangan novel itu, mindanya tidak boleh tidak menghabiskan karya   286  muka surat itu dan hatinya sudah terpateri kukuh dengan novel itu.

Dan, dia,

Ya, dia,

berjaya menghabiskan membaca novel itu dalam masa 2 jam.

Selesai membaca, terbit satu perasaan baru dalam dirinya.

Tidak pernah terfikir dalam benak hatinya seorang pendakwah terkenal  mampu menulis sebuah novel cinta yang sungguh tragis.

Tidak pernah lagi dia membaca sebuah novel cinta yang mampu menceritakan kepincangan adat masyarakat Padang pada zaman itu sebaik Hamka.

Tidak pernah lagi dia berjaya memecah rekod dirinya sendiri dengan membaca sebuah novel setebal 286  muka surat dalam 2 jam. Rekodnya yang terbaik sebelum ini adalah membaca buku setebal 200 muka surat dalam masa setengah hari.

Dan, sudah tentu, tidak dapat dinafikan lagi, dia, sudah jatuh hati dengan karya Hamka.

Dan, dia-ya, dia, rakanku itu, ketika dia memulangkan novelku itu, dia bukan sahaja memberikan sebuah novel, bahkan memberiku sepucuk surat yang ku kira, mengubah persepsiku terhadap novel itu selama-lamanya.

Wahai teman,
Aku sangat suka akan novel ini.
Terima kasih atas novelnya.^^

Seorang pengarang, bilamana dibaca orang karangannya, orang tertarik dengan kesulitan bahasa yang dipakainya. Yang lain pula, bahasanya tidak begitu dipedulikannya, kadang-kadang menyalahi kepada kebiasaan orang lain, bahkan menyalahi nahu dan saraf yang terpakai pada lazim, tetapi lebih enak orang membaca karangan itu.”
(Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,Cetakan Keempat 2007, muka surat 195)



P/s: Mungkin bagi kau, bahasa novel ini tinggi, namun bagiku, bahasa novel ini indah, bahkan sangat indah dengan plot penceritaan yang penuh pengajaran.

Aku hormat pendirian kau untuk tidak membaca novel ini sehingga ke halaman terakhir, namun ketahuilah duhai teman, kau akan kehilangan ilmu yang sungguh berharga.

Bukan mudah membaca novel karya ulama saat masyarakat di sekeliling kau lebih memuja karya cinta yang melalaikan.

Bukan senang membaca karya yang bahasanya tinggi sedangkan orang di sekeliling kau sibuk menyingkatkan perkataan dan melupakan keindahan bahasa.  

Dan aku akui, sangat sukar membaca karya sastera bila kau bergelar seorang pelajar sains.

Duhai teman, kuatkan diri menentang arus yang melalaikan dirimu  agar kau tidak menjadi orang-orang yang rugi di akhirat kelak. Moga Allah permudahkan=)

Terima kasih teman.




"Orang pintar itu ialah yang selalu menjaga dirinya (dari hal buruk) & banyak beramal untuk bekalnya di akhirat kelak." (HR.Tirmidzi)

10 March 2013

Saat Iman melemah


Tidak boleh disangkal lagi kita hanyalah manusia biasa bukan malaikat yang akan sentiasa patuh dan taat akan suruhan Allah ta'ala. Kita hanyalah manusia ~

Ada kalanya kita akan merasakan kesungguhan untuk melakukan kebaikan dan adakalanya kesungguhan itu merasakan berat untuk dilakukan.

Adakalanya kita merasa ghairah dan aktif untuk melakukan sesuatu dan adakalanya perasaan malas itu merajai. Keadaan sebegitu berlaku dari semua aspek kehidupan termasuk dalam aspek agama.

Ada masanya kita tersangat lah rajin dan bersemangat untuk buat usrah, pergi kuliah, baca buku-buku agama, solat sunat , baca Al-Quran bahkan bangun pagi untuk qiam dilakukan saban malam. Adakalanya terasa terlalu banyak syaitan yang menghasut di kiri dan kanan sehingga hendak membuka selembaran muka Al-Quran terasa payah.. Nauzubillah.

Ada masanya menunaikan solat dengan khusyuk sehingga sujud lama menangisi dosa-dosa dan ada masanya solat kita merasa keberatan untuk melakukan , walaupun saat azan memanggil-manggil , kita masih berada di hadapan laptop tercinta. Allah ~

Ada juga tikanya mulut sungguh indah meluahkan butir-butir mutiara nasihat buat orang disekeliling dan menjadi suntikan semangat buat yang lainnya dan tanpa disedari banyak pula kita melanggarnya. 

Ada pula masanya kita sering bangun bermunajat padaNya di 2/3 malam tetapi kadangkala kita lupa menunaikan solat-solat yang lain dan bangun subuh juga "subuh gajah".

Dalam sesuatu perkara , kita mengatakan kejujuran dan adakalanya kita ambil pembohongan untuk menyelamatkan diri.

Persoalannya ?

Mengapa kita menjadi sebegitu ?
Apakah yang menjadi punca terkadang kita menjadi alim dan di masa yang lain kita berubah watak menjadi zalim . Adakah semua manusia mengalaminya ?

Sebenarnya hal ini berlaku disebabkan masalah keimanan kita sendiri iaitu keimanan kepada Allah swt. Iman manusia kadangkala menaik dan kadangkala menjadi lemah. Semua masalah-masalah yang acapkali kita alami tersebut berlaku kepada semua manusia hatta nabi dan manusia suci . Segalanya sebagai ujian untuk memuhasabahkan kita kembali dan menjadikan kita manusia yang lebih kuat pergantungan kepadaNya. Permasalahan iman yang berlaku juga disebabkan masalah jiwa dan hati yang semakin kering dengan santapannya iaitu mudah dikatakan dengan masalah nafsu yang merajai pada satu-satu masa tanpa kita sedari. 

Begitu perlunya pengawalan nafsu dan suapan rohani untuk menguatkan diri kita untuk mengecap redha illahi dalam meniti titian duniawi yang mencabar untuk sampai ke destinasi akhir yang kekal abadi.

"Berjihadlah atas nafsu (diri)-mu untuk menolaknya dari hawa (nafsu)-nya kerana sesungguhnya itu merupakan kewajipan atasmu sebagaimana berjihad terhadap musuhmu." (Imam Musa al-Kadzim)

Antara petanda lemahnya iman kita 
1. menderhaka dan melakukan dosa
2. Merasakan hati menjadi keras dan kaku
3. Tidak lagi tekun melakukan ibadah
4. Malas melakukan amal ibadah yang meremehkan
5. Dada terasa sesak, mengalami perubahan perangai dan tabiat membelenggu sehingga seakan-akan      seorang merasakan beban menghimpitnya.
6. Tak tersentuh dengan kandungan ayat-ayat Al-Quran
7.Lalai mengingati Allah sehingga lupa berzikir
8. Tidak merasa bersalah melanggar perintah Allah
9. sombong dan gila pada kemasyuran
10. Bakhil dan kikir

Masalah keimanan ini juga berkait rapat dengan keyakinan kita sebagai seorang muslim. Akidah yang kuat didalam hati. Suburi iman agar segala ucapan, akhlak, mahupun perbuatan kita dapat dipandu dengan baik dalam menjalankan amanah Allah swt atas bumiNya ini .

Antara petua menyuburi iman dari melemah
1. Memahami al-Quran
2. Merasakan keagungan Allah
3. Mencari ilmu syar'i
4. Melakukan halaqah zikir
5. Memperbanyakkan amal soleh
6. Melakukan pelbagai jenis ibadah
7. Takut su'ul khatimah ketika meninggal dunia
8. Banyak mengingati mati
9. Mengingat adanya hari akhirat
10.Memikirkan kehinaan dunia
(Zhahiratu Dhuf'ul iman karya Muhammad Soleh al-Munajjid, 1413H)

“Wahai Tuhan yang sentiasa membolak-balikkan hati, Engkau tetapkanlah hati ini di dalam agamaMu”.


 Suburi iman dengan usrah salah satu cara mengecas bateri iman andai melemah :)
"Perumpamaan dengan sebuah komputer, laptop, handphone. Segala benda-benda eletronik tu perlulah dicas bilamana baterinya lemah. Dan begitu jualah dengan diri setiap manusia, perlulah sentiasa dicas imannya, Kerana iman manusia itu kadangkala bertambah. Kadangkala berkurang. Saat iman itu berkuranglah, perlunya usrah. Kerana  usrah umpama suatu alat untuk mengecas semula iman-iman manusia saat ia lemah."  

Dahlah. Aku nak jadi baik.


Roh baru
Semangat baru.
_____________________________________________________________

"Waduh.."

"Kenape la susah sangat nak pakai baju ni? Nak kena iron la, itu la ini la. Cerewet. Tudung pulak besar. Haish. belit sana, belit sini."

"Kan senang pakai baju cam adik aku tu. Tak yah nak iron-iron. Tudung pakai sarung je. Ni si minah tu la punya pasal. Pandai-pandai pulak dah bagi baju ngan tudung besar ni."

"Ala bro. Nak pergi main bola dekat padang tu je. Pakai seluar pendek ni ok ape. Tak trendy langsung pakai seluar panjang."

Ini dialog yang biasa kita dengar. Lelaki dan perempuan. Tua dan muda. Tetapi kebiasaannya remaja. Mesti la muda kan.

Perubahan bukan satu perkara yang mudah. Namun, jika sekali terlintas untuk berubah terus usahakan ke arah perubahan tersebut. Fastabiqul khairat.

Jangan takut untuk berubah ke arah kebaikan. Allah tak marah pun hambanya yang mencari jalan mendekati-Nya. Allah itu kan Maha Penyayang. Allah itu kan Maha Pengampun.

Manusia memang suka mengumpat. Manusia memang suka mencaci, manusia memang suka mengata, manusia bla bla bla... Memang itu perangai manusia. Jadi pakai lah penapis telinga tebal-tebal supaya dapat filter apa yang dicaci, diumpat oleh manusia. Lapangkan dada, tenangkan hati, berdoa semoga Allah beri hidayah kepada manusia seperti itu.

Ingat!!! Islam agama yang mudah tapi bukan untuk bermudah-mudah. Tetap dan fleksibel salah satu cirinya. Aurat masih wajib ditutup. Cuma cara tutup aurat tu boleh dipelbagaikan. Sukati lah nak buat macam mana pun. Pakai tudung labuh, pashmina, selendang, tudung saji, baldi, kotak (jika trend sekarang pakai menda ni ikut la. :-D).

Main bola tak semestinya pakai seluar pendek atas lutut. Semestinya dan sewajibnya tutup lutut anda wahai lelaki. Seluar pendek itu hanya layak di tempat tidur atau di bilik mandi. Nak pakai boleh, tapi pakailah seluar tight kat dalam tu. Kata nak trendy.

Jangan takut untuk berubah ye saudara-saudara seagama ku sekalian.
Semoga kita semua sentiasa dalam kasih sayang dan rahmat Allah. ^_^

romantika ukhuwah.


Di saat Salman Al-Farisi merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama, dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah.

Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi, penuh warna dan cinta.

Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.

“Subhanallah.. Alhamdulillah”

Terpancul kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.

Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.

“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.

Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya.

Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya”, berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.

“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang utama.

Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

“Silakan tuan..” balas Abu Darda’.

Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.

“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan..”

“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua. Sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman.

Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.

“Allahu Akbar.. Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti”dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.

“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” Air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.

-Salim A Fillah. (Jalan Cinta Para Pejuang)




09 March 2013

pertama bermula.


  Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita angsur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita, hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakkhirkan walau satu saat dan tidak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa.

   Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuhi hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati.

   Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan.

   Itulah Falsafah Hidup.
                                
                        -Prof Dr Hamka




...


assalamualaikum warahmatullah
ini cerita pertama
insyaAllah akan ada yang kedua 
dan ketiga serta seterusnya.

semoga ada manfaatnya
pada semua jiwa
yang punya cinta
pada Allah Taala.

:)

-porenja