Hari ini hari Khamis. Aku sedang memangku baby yang baru
selesai menyusu. Jam menunjukkan pukul 8.10 pm. Jam rumah ini dicepatkan 10
minit.
“Abang, buka TV, tengok berita. Hari ini mesti pengumuman
puasa.” Dengan gaya tangan sebelah memengang baby dan sebelah lagi menunjukkan kearah
TV.
Suami mengambil remote and membuka TV.
“Abang rasa dia pakai baju warna Hijau kali ni” suamiku cuba
main teka teki.
“Warna biru kot,sempena kerajaan Baru” kataku cuba meneka
juga
Ikuti pengumuman puasa oleh Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Kali ni bagiku dia memakai baju biru cair,bersamping hijau. Tapi suami tetap
mengatakan dia memakai baju Hijau.
"Bagi
menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan
ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan Puasa bagi negeri-negeri
seluruh Malaysia ialah pada hari Jumaat, 24 April 2020.”
Alhamdulillah,esok puasa untuk tahun 1441 Hijrah, Allah masih temukan diri ini dengan Ramadhan
pada tahun ini.
Sejurus mengumuman Puasa, ada pula Perutusan Perdana Menteri
oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Aku dengar bait-bait ucapannya dengan begitu
teliti. Sebak hati ini bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilanjutkan
sehingga 12 Mei 2020. Walaupun PKP 1 dan 2 dilaksanakan semasa aku sedang cuti
besalin, tetapi aku tetap terasa lainnya hidup ini. Ikutkan 29 April 2020 ni berakhirlah
cuti bersalinku, habis PKP 2 sepatutnya dah naik kerja, segala bekalan susu
adik dah aku sediakan. Nampaknya, kita kena tetap berada dirumah. Ini bermakna
tiada Tarawih pada tahun ini.
Inilah yang dikatakan kesempatan. Semasa Allah berikan
peluang untuk kita berjemaah di masjid, pada masa tu kita biarkan masjid dengan
hanya satu dua tiga kerat saf. Sekarang kesempatan itu dah tak ada. Masih ada
ke kesempatan pada masa akan datang?
Tidak terfikir langsung Masjidil al-Haram yang penuh dengan
umat Islam tapi kali ni lengang akibat Virus Covid-19 ni. Ada yang mengatakan
ini semua virus ciptaan untuk New World Order. Mungkin ya, siapa tahu kisah
underground musuh Islam. Sekarang akibat virus ni kita umat Islam tak dapat
solat berjemaah di masjid, malahan sudah 6 kali Solat Jumaat tidak dilaksanakan.
Aku agak tersentuh dengan kata-kata seorang komenter ni.
“Sekarang kita akur
untuk tidak bersolat berjemaah di masjid, suatu hari jika ada virus yang melarang
untuk kita sujud, masa tu kita takut virus atau kita akan tetap sujud pada
Allah walaupun kita akan dijangkiti virus?”
Sempena Ramadan yang Mulia ini, marilah sama-sama kita berdoa
kepada Allah agar virus ini lenyap di atas muka bumi Allah dan kehidupan kita kembali
seperti sedia kala.
Stay Safe, Stay Healthy
Selamat Berpuasa , Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari
sebelumnya.InsyaAllah.
💓,
CH
24.04.2020