06 May 2020

14 Ramadan 1441 H - NIAT


Awali apa pun yang kita kerjakan dengan

NIAT.

Coretan ini ditulis pada 7 Ramadan.

Sebenarnya tak tahu nak share apa dengan Team Ramadan Kad.

harap sedikit sebanyak perkongsian ini dapat menyuntik semangat dan sama bermuhasabah.

terlebih lagi buat diri sendiri yang kadang tersungkur di jalanan sendiri.

Ramadan kali ini kita tempuh berbeza.

Berbeza dari tahun yang sudah. Mungkin ada antara kita masih keliru.

Tanpa berterawih di masjid, tanpa ifthar berjemaah, masjid surau ada yang kosong, tanpa bazar Ramadhan, ada yang tak dapat bekerja, bekerja di rumah, yang ada anak terpaksa homeschooling. semua berbeza.

Norma baru yang kita perlu adapt! tak boleh tidak. Semenjak musibah wabak Covid19 melanda dunia. 360 darjah dunia berubah wajah.


Yang tinggi, direndahkan, yang rendah ditinggikan, yang tak nampak selama ni, terpapar keluar diketahui umum. Allahu 😢 kuasa Allah.. 

kita semua sama tiada beza, hanya manusia biasa tak boleh lawan kekuasaan Tuhan walau kaya raya, tinggi pangkat, tetap jika Dia berkata tidak, pasti tak dapat juga lakukan.


Jadi kita back to basic dalam hidup kita.

iaitu NIAT kita.

apa yang kita lakukan semua kerana Allah.

Dia yang tetapkan segalanya. perbaiki balik akhlak kita dengan Allah. bersangka baik dan terus bersangka baik.

perumpamaan jika kita tersesat dalam hutan, tak ada waze, buntu macam tak ada petunjuk. pasti kita ikut gerak hati, tawakal dan ikhtiar. Cari tempat yang tinggi untuk kita lihat overview dari kawasan yang kita berada.

Sekarang ni kita tak sesat dalam hutan, sebenarnya ada antara kita yang sesat dalam perasaan sendiri, kecewa, sedih dan keliru.


Sebab akal fikiran kita terbatas, tak mampu berfikir apa bakal jadi kedepan. lebih dari apa yang dah ada depan mata kita sekarang.

Back balik pada topik kita niat. cari lah tempat tinggi.

Apa yang paling tinggi dari fikiran logik akal kita? iaitu pemilik akal fikiran kita sendiri. Allah swt.. dia Maha Perancang dan Maha mengatur segala perjalanan kehidupan makhluk.


Jadi jangan berputus asa sahabat 😘 back to basic! masih belum terlambat perbaiki Niat kita.


Moga Ramadan ini membawa sinar dan pergi segala virus wabak, dan jadikan tingkatan takwa kita lebih tinggi dari sebelumnya.. aamiin YRA.


Salam penuh rindu buat sahabat semua.


Take care
#Kitajagakita.
#ZCM



1 comment: