1999
Sembilan belas
Sembilan puluh sembilan
Berganti kelas
Cuti pergi tak perlahan
Tahun baru di sekolah baru
Cita baharu di hati emakku
Kali pertama kami diberitahu
Hadiri kelas dua waktu
Paginya kelas biasa di situ
Petangnya pula agama diburu
Sekolah agama aku tak tuju
Januari itu sudah sebelas umurku
Tak mahu ku daftar di kelas satu
Pandangan orang buat aku malu
Quran dibaca berlagu merdu
Hujungnya tiba giliran aku
Merangkak ku baca Muqaddam itu
Penyidai emak meninjau tanganku
Berdesir
Libasan kecil menusuk kalbu
Mengalir
Air mataku bercucuran pilu
Jim aku kira Kho
Nun aku bilang Ba
Zai aku baca Ro
Kop aku ulang Fa
Senduku, panjang ditemani pelita
Rajukku, tinggi menduduki tahta
Besok-besok,
Dalam gelap aku memilih jauh dan duduk diam,
Bulan esok,
Mereka khatam aku pula cemburu dalam diam.
Hingga Ramadan kali itu
Berbaris 7 8 beradik
Dalam pekat Subuh-subuh itu
Suara kami tinggi gemersik
Ganding membaca 1 per satu
Qunut Iftitah hingga cerdik
Emak tak mahu memujukku
Bukan
Emak tak hairan merajuknya aku
Bukan
Emak mengurus rumah segala
Anaknya 11 di kandung satu
Pelajaran di rumah harus segera
Yang lewat pantaslah menyatu
Ramadan itu aku mula mengerti
Anak besar cepatlah berdikari
Duka lara atasilah sendiri
Dari emak cuma nasihat diberi
💕,
Nilam Tang
No comments:
Post a Comment