07 May 2020

15 Ramadan 1441 H - Alcamo Story


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

                Tarikh itu, hari itu sedikit sebanyak telah mengubah hati seorang hamba Allah untuk sedikit merasa terjentik! Dia tersedar dari lamunan dan mimpi atas kata-kata yang didengar di satu frekuensi yang agak familiar di telinga Alcamo. Ya namanya Alcamo.

Bermula sebuah kisah..

Pagi itu budak hingusan Alcamo bangun sedikit awal. Beberapa urusan perlu diselesaikan. Erti hidup pada memberi. Dia cuba memberi yang terbaik kepada insan sekelilingnya walau Alcamo tahu yang dia tak akan mungkin dan tak akan pernah menjadi yang terbaik. Ah, setiap insan pasti ada yang kekurangan dan kelebihan tersendiri. Depends pada mereka bagaimana mereka memanfaatkannya.

Suasana pagi di pasar agak bingit. Alcamo lebih selesa untuk stay dalam kereta sahaja sambil melihat suasana hiruk-pikuk di pasar. Ya, dia banyak belajar apabila memerhati. Kucing-kucing yang kelaparan mengerumuni kereta. Rasa kasihan membaluti diri, tapi tiada makanan untuk diberi.

Ya Allah,lembutkanlah hati peniaga untuk memberi si kucing ni makanan.’ Getus hati kecil Alcamo.

Kemudian fokus si Alcamo mula lari apabila radio yang didengar dikuatkan sedikit. Topik penyampaiannya berkaitan hati. Alcamo dengar culas tak culas. Tiba-tiba Allah gerakkan hati Alcamo untuk fokus…

‘Kita sebagai umat Islam semua perkara perlu berpaksikan kepada Allah SWT. Hatta menangis sekali pun air mata perlu jatuh kerana Allah bukan kerana manusia, harta dan sebagainya.’ ulas ustaz panjang lebar.

Perghhhhh!!!!! Isinya mantap, hati apatah lagi tersentap rasa macam disiat-siat. Hancur hati Alcamo.

Jika pernah kita menitiskan air mata dan air mata itu bukan kerana Allah maka bertaubatlah sebelum terlambat,’ tambah ustaz.

Woargggh, rasa bertimpa-timpa tangga jatuh di atas diri Alcamo. Tidak mampu lagi dia menanggung beban dosa.

“Sudah berapa kali dalam hidup aku yang aku titiskan air mata bukan kerana Allah???”. Alcamo mula bermonolog sendirian.

Dia mula membilang berapa kali dia menangis bukan kerana Allah. Duit hilang menangis, dapat result teruk sikit menangis, kawan kutuk sikit berair mata, baca novel pon meleleh tumpah air mata, lagi parah tengok cerita korea pon menangis, ah sampai sudah tak terkira berapa juta kali air matanya tumpah bukan kerana penciptanya. Dia muhasabah sendiri hati mula berkira-kira mengapa ini semua terjadi. .

 Terjelepok mengingatkan diri yang beitu banyak lalai mengingati Allah…Sedangkan semua makhluk bertasbih mengingati Allah dan dia, Alcamo masih lalai.

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sungguh, Dia maha Penyantun, maha pengampun.” (17:44)

Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim.. Nama sang pencipta dipanggil nun jauh di sudut hatinya. Mengharapkan kasih sayang si Dia yang pasti tak pernah meninggalkan hambaNya. Hati Alcamo sedikit tenang.

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Keahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (13:28)

Perlahan-lahan kalimah astaghfirullah terpacul dibibir Alcamo.

“Ya Allah ampunilah dosa kami, kami lalai ya Allah. Tunjukkanlah kami jalan yang benar, jalan yang Engkau redhai. Jadikanlah kami hamba yang mendamba cinta dan rahmatMu."












 💕,
Afasiribopen
2014| UTM


No comments:

Post a Comment