aku ini sukanya mengembara
merata dunia sudah diterobos awan birunya
menerjah sesuatu, melihat sesuatu, mengejar sesuatu
apa sebenarnya yang aku inginkan dari kembara?
apa tidak jumpa hujungnya kepuasan?
lalu langsung terus bermain di sfera dunia
selagi tidak cukup semua negara, benua, lautan, gunungan
dicatit dalam buku pengembaraan
aku tak jumpa kepuasaannya
kerna apa?
Kekadang aku terlupa bahawa rohani ini tak terbawa bersama
Terlebih-lebih memberi pada zahir
Berjalan tanpa henti dengan hausnya hati
Aku tak jumpa kepuasaannya
Kerna apa?
Pemilikan kepada sesuatu sudah dibius barah
Barah melupai hak yang lain
aku yang mengembara makanya pengembaraan ini milik aku
aku tidak jumpa kepuasannya
Lalu
Aku berfikir
Aku ini tetamu yang diundang kepada fitrah manusia
Walau cuba aku berlari ke mana arah sekalipun
Aku harus mendatangi akhiratku
Apa bekalnya jika tidak dari pokok rohani
Apakah rendang pokoknya
Jika cuma aku yang membajainya sendiri
Boleh jadi sahaja baja aku membunuhku
Lalu
Aku berfikir
Aku ini lahir dari ummah ini
Di pinjamkan oleh ummah kepada medan kembara
Lalu aku harus kembali berkhidmat kepada mereka
Mengembalikan semula hak ummah
Sesungguhnya aku menanggung beban
Beban hutang kepada ummah
Jauh aku kembara, beban terbawa
Jauh lagi aku kembara, beban lagi terbawa
Aku harus melepaskan beban ini
Memulangkan semula kepada ummah
Membebaskan hak mereka
Berkongsi, membuku kan sesuatu
Dengan cara apa sekalipun
Ini semua baja yang lain
Lalu buah-buah kecintaan lahir
Menambah nambah bekal
Sekarang
Merasa hutang beransur pergi
Merasa rindu jika tak kembara lagi
Merasa tenang memberi makna kepada pemberian
Merasa rohani kosong tanpa dipasak
Merasa puas dengan segalanya kernaNya
Hidup ini
Sekitarnya juga begini
Segala kita punyai, segala yang kita ada
Milik yang lain pada haknya
Membumikan niat untuk akhirat
Dengan pasak rohani
💕,
Marmar Biru
2014
No comments:
Post a Comment