Masa cepat benar dirasakan berlalu pergi, sudah
hampir sebulan saya berkunjung pergi ke daerah ini merayakan hujung minggu
dengan mereka. Pertemuan yang amat bermakna dan tidak terjangka. Alhamdulillah
di bumi Turki ini kami sering dipertemukan dengan orang-orang yang hebat.
Usai kami makan bersama,
Firinci Abi memulakan tazkirahnya tentang kalimah Basmallah. Perkara utama yang
diletakkan paling hadapan sekali berbanding ilmu yang lain dalam kitab-kitab
Risalah –I Nur, oleh ulama Turki yang terkenal Bediuzzaman
Said Nursi sendiri.
Analogi kalimah Basmalah terkandung dalam kitab Risale-I
Nur yang pertama, ”The Word”. Begitu
telus penyampaiannya. Aku membayangkan gerak geri Ulama Said Nursi menyampaikan
usrahnya melalui anak muridnya ini.
“Sesungguhnya seorang
badwi yang berkelana
(ber-musafir) di padang
pasir, tentunya berlindung
dengan ketua kabilah,
bernaung di bawah
naungannya agar terselamat
daripada segala kejahatan
musuh, agar terlaksana
segala tugasnya serta
memperolehi segala keperluannya.
Sekiranya tidak, maka
ia akan kekal
keseorangan, terpinga-pinga dan
tercengang-cengang di hadapan musuh yang terlalu ramai dan keperluannya yang tidak terbatas.
Begini ...
kebetulan dua orang
hamba Allah keluar
berkelana. Salah seorang
daripada mereka bersifat
tawadhu’ dan seorang
lagi pula terpedaya
dengan diri sendiri.
Maka yang tawadhu’
itu bernaung kepada
ketua, manakala yang
terpedaya tadi menolak
dari menerima sebarang
naungan. Maka berkelanalah
kedua-duanya itu di padang pasir. Hamba Allah yang bernaung tadi setiap kali
mendiami sebuah khemah dia menerima
penghormatan dan penghargaan
disebabkan kemuliaan nama
ketua tersebut.
Apabila berjumpa perompak, dia akan
berkata; “Sesungguhnya aku berkelana di bawah naungan ketua itu”, lalu si
perompak tadi akan melepaskannya.
Yang terpedaya pula,
dia bertembung dengan
pelbagai musibah dan kecelakaan
yang bukan kepalang. Di sepanjang perjalanan
dia sentiasa berada
dalam keadaan cemas,
takut dan terpinga-pinga. Lalu
dia mengutuk dan
mengeji dirinya sendiri.
Wahai diri
yang tertipu, ketahuilah,
engkau merupakan si
badwi yang berkelana
itu, dan dunia
yang luas inilah
padang pasirnya. Sesungguhnya
kefakiran dan kedaifanmu tidak terbatas
sebagaimana musuh dan
kehendakmu juga tidak
berkesudahan. Oleh yang demikian, maka bernaunglah dengan
nama Pemilik dan
Penguasa sebenar padang
pasir tersebut, agar engkau
terselamat daripada kelihatan terpinga-pinga di depan alam ini dan daripada
kejinya perasaan takut bila berhadapan dengan musibah.”
Persoalan; Kita menyatakan rasa hormat, rasa kagum
kita kepada mereka yang menjadi
sebab kepada nikmat yang kita
perolehi. Dan apakah yang Allah
mahukan daripada kita, sedangkan Dialah
Pemilik dan Penguasa kepada semua nikmat itu?
Jawapan; Sesungguhnya Pemberi nikmat yang hakiki meminta kita tiga perkara sebagai bayaran kepada nikmat-nikmatNya yang
tidak ternilai itu iaitu zikir, syukur dan fikir.
Maka
Bismillah pada permulaan adalah zikir, Alhamdulillah sebagai penyudah
adalah syukur, dan keadaan di antara keduanya
– zikir dan
syukur – adalah fikir iaitu
dengan memerhatikan nikmat-nikmat yang indah tersebut serta menyedari bahawa ia merupakan mukjizat bagi
kekuasaan Dia Yang Esa, yang menjadi tempat berserah dan
juga menyedari itu
semua adalah hadiah
bagi sifat rahmatNya
yang maha luas,
maka pemerhatian inilah yang dipanggil fikir.
Ferinci Abi kembali ke Istanbul petang itu. Setiap
anak-anak kecil diberikan restu ciuman di dahi, dititipkan juga buah tangan
kecil untuk mereka. Bagiku, pertemuan ini adalah buah tangan Syaaban buat
mereka kakak semua. Risalah Nur merupakan kitab-kitab cahaya buat orang Turki
tika Al Quran tidak lagi diajarkan kerana penutupan madrasah, di rumah
sekalipun harus dibaca secara sembunyi. Tidak boleh dilontarkan suara tilawah
keluar hingga terdengar lewat jendela.
Mengikutkan rasa hatiku yang kotor, mulanya aku agak
tertanya-tanya mengapa mereka sering-sering menyebut Rislaah Nur lebih kedepan
dari kitab lain. Tidak ada juga kitab lain dibariskan bersama Risalah Nur di
rak buku panjang. Tak seperti kita di Malaysia, ribuan kitab telah kita dengar
namanya, puluhan kitab-kitab ada kita ikuti pengajiannya secara terbuka di
sekolah, rumah, masjid serta madrasah.
Ramai yang bilang, di Turki orang-orangnya fanatik, sukar
mengalah dan menrima pandangan lawan dan pendapat orang lain. Di stadium bola,
pergaduhan boleh terjadi di hujung perlawanan. Sesiapa yang mendukung Mustafa
Kamal tidak akan mudah tewas dengan agenda luar sekularisme. Bercakap butuk
tentang tokoh mereka itu di khalayak rmai juga boleh dipenjara. Fanatik mereka
akan sesuatu tak boleh dibawa bincang biasa-biasa. Kalau boleh bergaduh mengapa
harus berdamai.
Di luar sana, satu pujian kepada Turki takkan berakhir
dengan singkat. Segala macam semuanya bagus tak seperti negara lain. Makanan
mereka terbaik, teh-teh di sini paling menjadi ikutan, tak perlu bahasa
Inggeris kerana bahasa mereka sudah memadai, sejarah bangsa mereka terlalu
hebat dan macam-macam lagi. Sayangnya mereka terhadap dunia Turki mereka
sendiri, membuatkan mereka duduk saja dalam tempurung negara sendiri. Jarang
terdengar orang Turki ke luar negara sana untuk mengambil tahu hal
antarabangsa.
Hakikatnya, memang tanah Turki sangat indah pada banyak
sudut dan keadaan, tanah yang mahu aku singgah dan datang lagi berulangkali.
Aku fanatik akan Turki? Tidak. Kerana saya sukakan pelbagai hal tentang negara
ini. Bagi saya, mulanya ya saya memikirkan oh mereka fanatik juga sama Said
Nursi Bediuzzaman serta kitabnya sekali.
Pada sudut lain ku pandang, kita ini satu-satunya kitab
yang boleh dibaca langsung secara individu, bahasanya ringan dan segala isinya
mudah difahami seiring dengan keadan yang menekan saat ia disebar luas. Benteng
sekularisme pula telah tertanam dalam ke dada 2 ke 3 generasi rakyat sekarang,
menembusi batas menjadi sukar.
Perlahan-lahan rantai perjuangan islam meresap ke dalam
udara Turki dengan adanya penerapan agama mula terlihat di bawah pimpinan Recep
Tayyib Erdogan. 10 hingga ke 20 tahun itu mereka hanya berusaha sendiri dalam
kelompok kawan-kawan, keluarga kecil dan diri sendirilah yang harus kuat
mempertahankan iman.
Jadi sekarang aku merasa sangat beruntung ditemukan oleh
Allah dnegan mereka yang fanatik ini. Walaupun membaca kitab yang sama, mereka
lebih banyak lakukan pengajian seharian berbanding diri aku sendiri. Sekarang
aku yang harus mengambil pelajaran besar dari mereka.
Bersambung..
Nurkilan,
Nilam Tang
No comments:
Post a Comment